Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Apr 27, 2009

Selamatkan gigi anda

BERAPA ramai antara kita kerap menunda rancangan bertemu doktor gigi kerana gerun dengan prosedur yang bakal dilalui? Ini bukan perkara pelik kerana ia dialami ramai orang, terutama yang sememangnya tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan mulut.

Rasa gerun, gusar dan bimbang biasanya disebabkan ramai tidak tahu mengenai peralatan dan prosedur pergigian yang digunakan.

Sebenarnya tiada apa perlu digeruni kerana teknik rawatan terkini bukan saja boleh mengurangkan kesakitan, tetapi membantu mengekalkan gigi yang masih boleh diselamatkan.

Walaupun semua orang tahu kita perlu menjalani pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali, ramai hanya datang berjumpa doktor apabila mengalami masalah pergigian, terutama sakit gigi yang keterlaluan.

Bagaimanapun dalam keadaan ini, berkemungkinan besar gigi bermasalah tidak dapat diselamatkan, kata Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr S Sivanesan.

Katanya, sikap menunggu gejala pergigian timbul bukan tindakan bijak kerana pemeriksaan secara tetap (setahun dua kali sudah memadai) boleh mengelak masalah gigi dialami menjadi lebih parah.

“Masalah gigi perlu dirawat segera, jika tidak peluang menyelamatkan gigi sangat tipis. Walaupun masalah pergigian (kaviti atau gigi berlubang dan pereputan) masih menjadi masalah dalam masyarakat kita, kadarnya semakin berkurangan.

“Statistik menunjukkan peningkatan positif sebanyak lima peratus di kalangan kanak-kanak berumur enam tahun yang mempunyai gigi tanpa karies (gigi menjadi busuk dan reput) dalam tempoh lima tahun (2003 hingga 2007).

“Bagaimanapun, masalah pergigian dilaporkan lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak yang mungkin disebabkan kurang penekanan dan kesedaran terhadap penjagaan gigi.

“Mereka juga kurang didedahkan dengan cara mencegah masalah gigi dan menjaga kesihatan mulut secara menyeluruh.

“Namun senario berbeza ditunjukkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Ramai mula sedar kepentingan penjagaan gigi melalui pelbagai program anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian dan Jabatan Pendidikan.

“Di kalangan orang dewasa, masalah gigi sedikit berbeza. Bagi kumpulan di bawah umur 40 tahun kebanyakan kerosakan gigi disebabkan karies, dan bagi golongan 40 tahun ke atas pula masalah diakibatkan penyakit gusi atau periodontitis,” katanya pada pelancaran Bulan Kesihatan Mulut 2009 bertema Kaviti Sifar anjuran bersama Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (Colgate) dan MDA.

Hadir sama Pengarah Urusan Colgate, John Hazlin; Ketua Pengarah Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan, Datin Dr Norain Abu Talib dan Pengerusi Perkhidmatan Pergigian Komuniti MDA, Dr V Nedunchelian.

Mungkin ramai malu untuk mengakui mereka ‘fobia’ pada doktor gigi. Ia boleh dikesan melalui banyak perkara, termasuk:

  • Keadaan fizikal pesakit — pesakit kelihatan takut, resah dan gementar

  • Pesakit bertanya banyak soalan sebelum rawatan

  • Pesakit hanya berjumpa doktor pergigian pada saat-saat terakhir atau apabila tidak boleh menahan sakit lagi

  • Pesakit membawa teman untuk menenangkan mereka

  • Pesakit menolak rawatan pergigian dan meminta ubat saja untuk mengelak menjalani rawatan pergigian

  • Pesakit membeli ubat dari farmasi

    Masalah ‘takut’ berjumpa doktor gigi ini mudah diatasi, iaitu dengan:

  • Mengambil tahu mengenai prosedur pergigian terkini

  • Memahami bahawa kesakitan atau ketidakselesaan yang dialami sebenarnya diminimumkan

  • Sedar bahawa rawatan itu jauh lebih baik baik berbanding kehilangan gigi

  • Sedar bahawa kesihatan gigi adalah penting kerana kajian menunjukkan masalah gigi juga dikaitkan dengan penyakit lain seperti jantung

    Tahun ini masuk tahun keenam Colgate menganjurkan Bulan Kesihatan Mulut yang diadakan pada sepanjang April. Kali ini sebanyak 560 klinik gigi di seluruh negara mengambil bahagian dan memberi khidmat pemeriksaan gigi secara percuma.

    Bagi yang sudah lama tidak berjumpa doktor gigi, guna peluang ini untuk menjalani pemeriksaan gigi anda sekeluarga.

    Sasaran tahun ini adalah memberi perkhidmatan pemeriksaan gigi dan pendidikan kepada 500,000 penduduk Malaysia, selaras dengan misi Rancangan Kesihatan Mulut Kebangsaan 2010 untuk meningkatkan tahap kesihatan mulut di negara ini.

    Dr Siva berkata, untuk mendapatkan mulut dan gigi sihat bukan susah kerana sejak kecil kita diajar untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Yang perlu kini ialah lebih berdisiplin mengamalkannya.

    Selain itu, penjagaan kesihatan gigi tidak lengkap tanpa flos. Kita disaran untuk flos setiap kali selepas memberus gigi kerana berus gigi tidak mampu membersihkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi.

    Panduan untuk gigi sihat:

  • Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ada orang memberus gigi sangat cepat. Untuk hasil lebih baik, gigi perlu diberus sekurang-kurangnya dua minit bermula dengan menyendengkan berus (45 darjah) bertentangan garisan gusi. Beri perhatian pada setiap gigi dan jangan lupa bersihkan lidah anda sekali kerana ia membantu menyingkirkan bakteria yang boleh menyebabkan nafas berbau.

  • Flos sekerap mungkin. Flos sama penting dengan memberus gigi. Cara betul untuk flos ialah pegang flos dan sisipkannya di celah gigi. Pegang flos supaya ia berada di depan dan belakang gigi (seolah membentuk huruf C); perlahan-lahan gerakkan ke atas dan ke bawah untuk bersihkan gigi berkenaan.

  • Berkumur dengan cecair kumur antibakteria. Tahukah anda, 80 peratus daripada bakteria di dalam mulut bukan ada pada gigi? Penggunaan cecair kumur menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan nafas berbau. Guna cecair kumur yang tidak beralkohol bagi mengurangkan kerengsaan tisu lembut dalam mulut.

  • Berjumpa doktor gigi dua tahun sekali. Dalam tempoh itu, segera jalani pemeriksaan jika anda merasakan ada yang tidak kena dengan gigi atau mulut anda.



    Fobia pada doktor gigi

  • Keadaan fizikal pesakit — pesakit kelihatan takut, resah dan gementar

  • Pesakit bertanya banyak soalan sebelum rawatan

  • Pesakit hanya berjumpa doktor pergigian pada saat-saat terakhir atau apabila tidak boleh menahan sakit lagi

  • Pesakit membawa teman untuk menenangkan mereka

  • Pesakit menolak rawatan pergigian dan meminta ubat saja untuk mengelak menjalani rawatan pergigian

  • Pesakit membeli ubat dari farmasi
  • No comments:

    Post a Comment