Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Nov 14, 2012

Jom doa

Jom berDOA.....
Semoga tahun HIJRAH 1433 yg bakal berlalu meninggalkan sejuta peringatan dan teladan......yang baik kita teruskan yang kurang baik kita baiki bersama....
Semoga tahun baru HIJRAH 1434 menjanjikan kemenangan mutlak kepada KEBENARAN yang sebenarnya.....


May 28, 2012

MyQalam Quran Readpen hanya RM280 sahaja

Salam...
Quran Digital Read MyQalam
WORD BY WORD PAKEJ TERBARU!!
 HANYA RM269 sahaja!!!! JIMAT RM50....
untuk pesanan CALL/SMS 0196434876





DENGAN SUARA TERJEMAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA/ENGLISH

DENGAN SUARA DARI 9 PEMBACA:

Mar 18, 2012

JANGAN dalam Islam

JANGAN dalam Islam

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Jan 12, 2012

HADIAH istimewa untuk masa depan anak-anak!!!

Istimewa buat yang tersayang......



untuk dapatkan produk istimewa untuk penyubur minda anak-anak, untuk mencapai pencapaian yang lebih baik.....sila hubungi 0196434876/ 019-2407038.....semoga segala usaha kita diberkati olehNya

Oct 30, 2011

Ingatlah....Dia yang tentukan!

  Buat renungan KITA semua....
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”
 
Huraian

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.
 

Oct 5, 2011

Kita mesti usaha...tapi...Allah yang beri rezeki...

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buatsetiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikandunia dan akhirat. Di antaranya:

1  ...Menyempatkan ... diri     ....beribadah

  Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya danmenutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.´ (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairahr.a.)

2. Memperbanyak  ....istighfar 

 Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.Sabda Nabi s.a.w.:³Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akanmenghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dariarah yang tidak disangka.´ (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa¶i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullahbin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

 Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malahmenutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:³« dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.´ (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa  ... ingat ...Allah

 Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikepada orang beriman. Firman-Nya:³(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.´ (Ar-Ra¶d: 28)

5.Berbakti  ...dan... mendoakan... ibu bapa


 Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur danditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda s.a.w. juga bersabda:³Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkanumurnya.´ (Riwayat Abu Ya¶ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:³Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah )daripadanya.´ (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6 .Berbuat baik dan menolong orang yang lemah


 Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orangsakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:³Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangankamu.´ (Riwayat Bukhari)


7.Tunaikan        ...hajat ...orang  ... lain


 Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,seperti sabda Nabi s.a.w.:³Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya«´ (Riwayat Muslim)


8.Banyak berselawat
  Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat
 menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkanterlaksananya semua hajat.
 9.Buat... kebajikan .... banyak-banyak

 Ibnu Abbas berkata:³Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dandisayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkanhati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.´

10.Berpagi-pagi


 Menurut   Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11.Menjalin .... silaturrahim


 Nabi s.a.w. bersabda:³Barang siapa  ingin  dilapangkan  rezekinya  dan  dilambatkan  ajalnya  maka  hendaklah  dia  menghubungis     anak-saudaranya.´ (Riwayat Bukhari)


12.Melazimi kekal berwuduk
 Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkaratermasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:³Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.´(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah


 Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabdakepada Zubair bin al-Awwam:³Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azzawajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepadaorang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allahmenyedikitkan baginya.´(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14.Melazimi solat malam (tahajud)
  Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha


  Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), jugamempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:³Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaansiang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.´ (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
 Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allahberfirman:³Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demisesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.´(Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: ³« danKami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.´ (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan   ... zikir  ..dan ..bacaan.. ayat... Quran ...tertentu
 Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma¶ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah(ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadisebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah ( Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu " Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang diiringi doa "Ya Allah bukalah hati kami untuk mengenaliMu, bukalah pintu rahmat dan keampunanMu, ya Fattah ya 'Alim. Ada juaga hadis yang menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqiah, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
18.Berdoa
 Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap padarahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar... sehabisnya
 Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah.Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikandunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezekidalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik danhalal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
 Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:'Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .´ (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda: ³Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.´(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri ³jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.´ (At-Talaq: 2-3)

Doa terhijab...

10 Sebab Doa Terhijab

 Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulahkami apakah sebabnya?´ Ibrahim Adhammenjawab, terhijabnya        doa disebabkan10 perkara..´ 

1) Kamu mengenali Allah tetapi  tidak         menunaikan        hakNya (perintahNya). 

2) Kamu membaca al-Quran tetapi    tidak beramal dengannya. 

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh   kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

 4) Kamu mendakwa mencintai    Rasulullah   tetapi   kamu meninggalkan    amalan dan sunnahnya. 

5) Kamu mendakwa mencintai syurga     tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya. 

6) Kamu mendakwa   membenci   neraka  tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa. 

7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. 

8) Kamu sibuk menceritakan    keaiban orang lain tetapi kamu lupa   keaiban diri sendiri. 

9) Kamu makan rezeki Allah tapikamu tidak   mensyukurinya. 

10) Kamu mengebumikan jenazahsaudaramu tetapi kamu lupa   mengambil   iktibar daripadanya.