Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (49) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (55) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Apr 19, 2009

Doktor Jantung: Nyawa pendek 11 minit

Bersama Dr Haizal Haron Kamar


TAHUKAH anda, setiap rokok yang dihisap boleh memendekkan umur hidup anda selama 11 minit, iaitu bersamaan dengan masa yang diambil untuk menghisap sebatang rokok?

Tahukah anda, kanak-kanak yang ibu atau bapanya merokok adalah 50 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit asma?

Rokok yang kandungannya melebihi 4000 bahan kimia, termasuk tar, karbon monoksida, nikotin dan sianida, bukan saja boleh mengakibatkan penyakit jantung, malah penyebab utama barah paru-paru, emfisema, bronkitis kronik dan strok.

Faktor risiko untuk mendapat penyakit jantung koronari seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah kolesterol tidak normal, obesiti dan merokok boleh diubahsuai untuk mendapat Penyakit Jantung Koronari (PJK) dan antara semua ini, merokoklah faktor risiko PJK utama yang paling boleh dielak.

Saya faham, dengan menulis artikel begini, mungkin saya mencetuskan kemarahan segelintir pembaca yang sangat setia kepada industri tembakau.

Bagaimanapun, saya harap pembaca faham tujuan utama adalah berkongsi ilmu serta pengalaman dalam usaha membasmi tabiat yang membawa padah ini.

Jika dikaji kesan dan akibat tabiat merokok, keburukan dan bahayanya sangat jelas, tetapi mengapa masih lagi ramai sanggup meneruskannya?

Kenapa, walaupun terselamat daripada bahaya serangan jantung, ada yang tidak boleh berhenti daripada tabiat yang membunuh ini? Adakah kesihatan tidak lagi bermakna bagi mereka?

Saya boleh merawat 1,000 pesakit, tetapi jika ada walaupun seorang pesakit yang masih berterusan merokok, saya berasa sangat kecewa. Saya sering diajukan soalan dan komen seperti:

  • Pakcik saya berumur 80 tahun, masih lagi merokok dan sihat. Bagaimana pula doktor boleh berkata merokok membahayakan kesihatan?

  • Bukankah berhenti merokok serta-merta itu berbahaya?

  • Saya merokok hampir seumur hidup saya. Adalah mustahil untuk saya berhenti.

    Untuk menjawab soalan pertama, bayangkan anda memandu kereta dengan laju. Kemudian anda menutup mata selama 10 saat. Dalam tempoh itu, anda berkemungkinan besar terbabit dalam kemalangan, tetapi ada juga kemungkinan sebaliknya. Jika difikirkan dengan lebih lanjut, anda juga berkemungkinan mengalami kemalangan jalan raya walaupun mata tidak ditutup.

    Persoalannya ialah, yang mana antara dua senario itu yang lebih selamat? Semua ini berkaitan dengan kemungkinan atau kebarangkalian. Bagi setiap perokok yang tua tetapi masih sihat, ada 10, 20, malah lebih ramai lagi yang mati akibat serangan jantung atau barah paru-paru disebabkan merokok, tetapi sayangnya mereka yang malang ini tidak mendapat perhatian ramai.

    Adakah anda ingin mengambil peluang dengan kesihatan dan nyawa anda berdasarkan seorang perokok berumur 80 tahun yang setakat ini bernasib baik?

    Soalan kedua pula melucukan. Bagaimanakah dengan berhenti merokok secara serta-merta boleh membawa kemudaratan? Ini seolah-olah berkata, bagaimanakah berbuat baik dengan tiba-tiba boleh membuatkan anda seorang yang jahat?

    Tahukah anda, apabila anda berhenti merokok dengan sepenuhnya, dalam masa 20 minit, tekanan darah dan degupan jantung kembali kepada normal.

    Selepas 24 jam, kebarangkalian untuk mendapat serangan jantung menurun. Dalam tempoh antara dua hingga tiga bulan, peredaran darah semakin baik dan keupayaan pernafasan meningkat sebanyak 30 peratus. Selepas satu hingga sembilan bulan berhenti merokok; batuk, masalah sinus dan pernafasan menjadi kurang. Selepas setahun, risiko anda untuk mendapat penyakit jantung koronari berkurangan sebanyak separuh (50 peratus) berbanding ketika anda merokok.

    Jadi, fikirlah dengan baik. Bagaimanakah berhenti merokok dengan tiba-tiba ini boleh memudaratkan, sedangkan manfaatnya adalah serta-merta!

    Apa yang ditakutkan perokok sebenarnya adalah simptom atau gejala pengunduran. Bagaimanapun, dengan keazaman dan semangat kuat serta bimbingan yang wajar, masalah ini boleh diatasi. Berbincanglah dengan bekas perokok. Mereka tentu akan meyakinkan anda.

    Untuk membincangkan kenyataan ketiga dan terakhir, tidak mustahil untuk anda berhenti merokok walaupun merokok hampir seumur hidup. Anda boleh melakukannya dengan cara berhenti perlahan-lahan atau terus berhenti merokok secara serta-merta. Semua pesakit saya tahu bahawa kaedah kedua adalah pilihan saya. Ini kerana ia dapat mengatasi masalah merokok secepat mungkin tanpa terpaksa mengikuti program khas yang mungkin mengambil masa sangat lama.

    Tahukah anda, apa perbezaan antara dua cara ini? Kaedah pertama menasihati anda untuk ‘cuba’ berhenti tetapi yang keduanya pula memberitahu anda untuk terus berhenti. Mencuba adalah sememangnya sukar kerana apabila mencuba, ia boleh memberi anda peluang dan kemungkinan untuk gagal.

    Yang anda perlukan adalah keputusan teguh untuk berhenti. Kebanyakan yang gagal untuk berhenti merokok adalah kerana mereka belum membuat keputusan. Untuk berbuat demikian, anda perlukan satu sebab yang sangat penting untuk berhenti merokok. Sebab itu berbeza bagi setiap individu dan anda perlu memikirkannya segera.

    Untuk kebanyakan orang, sebabnya mungkin ada di rumah apabila mereka melihat keluarga dan anak yang masih muda. Hanya selepas membuat keputusan muktamad dan berpegang teguh kepadanya, baru anda akan berjaya mengatasi tabiat membunuh ini. Sebagai kesimpulan, jika anda masih merokok, jangan ‘cuba’ untuk berhenti merokok. BERHENTI SERTA-MERTA! Semoga berjaya.
  • No comments:

    Post a Comment