IBLIS yang dilaknat Allah SWT terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendedahkan semua rahsia yang dikehendaki baginda.
Berikut adalah bahagian akhir jawapan makhluk laknat kepada setiap soalan baginda Rasulullah SAW.
Nabi Muhammad SAW bertanya kepada iblis berapa yang dimintanya daripada Allah SWT.
Iblis menjawab 10 perkara lantas baginda bertanyakan apakah perkara berkenaan. Makhluk laknat itu menjawab: โAku minta agar Allah SWT membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Dia mengizinkan.
Allah SWT berfirman, โBerbagilah dengan manusia dalam harta dan anak dan janji mereka tidaklah janji syaitan kecuali tipu daya,โ (Al-Isra:64).
โHarta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah SWT.
โAku minta supaya Allah SWT membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan-Nya maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
โAku minta supaya boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
โAku minta supaya Allah SWT menjadikan kamar mandi sebagai rumahku, pasar sebagai masjidku, syair sebagai Quranku, pemabuk sebagai teman tidurku dan memberikan aku saudara maka Allah SWT jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku,โ terang Iblis kepada Nabi Muhammad SAW.
Allah SWT berfirman: โOrang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan,โ (Al-Isra: 27).
Iblis kemudiannya berkata: โWahai Muhammad, aku minta supaya Allah SWT membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.
โDan aku minta supaya Allah SWT memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia,โ katanya.
Permintaan Iblis itu diperkenankan Allah SWT yang menjawab: โSilakan.โ
Iblis memaklumkan dia bangga dengan hal itu kerana sehingga hari kiamat, sebahagian besar manusia bersamanya di hari penentuan berkenaan.
Iblis lalu terus berkata: โWahai Muhammad, aku tidak boleh menyesatkan orang sedikit pun. Aku hanya boleh membisikkan dan menggoda.
โJika aku boleh menyesatkan, tidak akan tersisa seorang pun yang beriman. Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikit pun.
โEngkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tidak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.
โOrang yang bahagia adalah orang yang sudah ditulis bahagia sejak di perut ibunya dan orang yang sengsara adalah orang yang sudah ditulis sengsara sejak dalam kandungan ibunya,โ katanya.
Rasulullah SAW lalu membaca ayat yang bermaksud: โMereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT,โ (Hud:118 - 119).
Baginda juga membaca ayat bermaksud: โSesungguhnya ketentuan Allah SWT pasti berlaku,โ (Al-Ahzab: 38).
Iblis lalu berkata: โWahai Rasul Allah, takdir sudah ditentukan dan pena takdir sudah kering. Maha suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga dan yang sudah menjadikan aku pemimpin makhluk celaka serta penduduk neraka.
โAku si celaka yang terusir. Ini yang terakhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tidak berbohong," luah iblis laknat.
No comments:
Post a Comment