Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Apr 27, 2009

Rasa berdebar

PERNAHKAH anda terasa debaran jantung yang begitu kuat dan laju? Pernahkah anda terfikir bahawa itu mungkin adalah gejala atau simptom penyakit jantung?

Debaran jantung atau palpitasi adalah keadaan di mana seseorang itu dapat merasakan degupan jantungnya dengan jelas. Degupan mungkin laju atau perlahan, tetapi kadangkala ia mungkin pada kelajuan atau rentak normal.

Palpitasi adalah satu gejala yang sering dialami ketika melakukan aktiviti, cemas, risau, terkejut atau marah. Dada terasa berdebar dan mungkin juga terasa seakan-akan bergoyang. Palpitasi ini akan hilang apabila situasi kembali normal.

Hampir semua orang akan merasa debaran di dada apabila ada di dalam situasi berkenaan tetapi jika ia kerap berlaku, ia mungkin disebabkan masalah tertentu.

Palpitasi yang tidak normal ini boleh berlaku selama beberapa saat atau minit, tetapi boleh juga berlarutan hingga lebih sehari.

Palpitasi juga boleh mempunyai gejala yang berkaitan seperti kesukaran bernafas, sakit dada dan pening kepala.

Jika berlaku pitam atau hampir pitam akibat palpitasi, perkara ini harus diambil serius kerana ia mungkin disebabkan penyakit jantung.

Ada banyak sebab berlakunya palpitasi yang tidak normal. Secara amnya, ia terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Sistem saraf simpatetik berlebihan

Sistem saraf simpatetik bertindak, antara lain, untuk mengawal kelajuan dan kekuatan jantung mengepam darah ke seluruh badan mengikut kesesuaian.

Situasi atau penyakit seperti ketakutan atau kecemasan, kekurangan oksigen atau gula di dalam darah, anemia (kekurangan sel darah merah) dan penyakit lemah jantung boleh meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik. Jantung yang semakin laju dan kuat ini seterusnya akan menyebabkan debaran jantung menjadi jelas.

2. Peredaran darah yang hiperdinamik

Penyakit atau keadaan seperti tirotoksikosis (hormon tiroid yang berlebihan), demam panas, anemia, injap jantung bocor dan kehamilan boleh menyebabkan peredaran darah yang lebih dinamik dan kuat untuk menampung kehendak badan atau kandungan. Ini boleh mendatangkan rasa degupan jantung yang agak kuat.

3. Aritmia

Aritmia terjadi apabila jantung tidak lagi berdenyut secara normal. Rentaknya tidak seragam dan kadar denyutannya mungkin terlalu laju atau perlahan. Keadaan sebegini boleh menyebabkan palpitasi.

Antara punca aritmia ialah kontraksi pramasa atrial atau ventrikel (denyutan jantung berlebihan), fibrilasi atrial (denyutan jantung yang tidak seragam), takikardia ventrikular (denyutan jantung yang terlalu laju) dan halangan elektrik jantung.

Diagnosis

Keterangan mengenai pengalaman seseorang yang mengalami palpitasi adalah sangat penting kerana ia boleh memberi maklumat penting mengenai sebab berlakunya palpitasi.

Contohnya jika debaran jantung itu tidak seragam dan laju, kemungkinan besar ia disebabkan denyutan jantung yang laju dan tidak seragam atau disebut sebagai fibrilasi atrial.

Minum terlalu banyak kopi atau alkohol juga boleh menyebabkan jantung berdenyut dengan laju dan menghasilkan palpitasi.

Kadangkala pemeriksaan fizikal boleh mengesan rentak jantung yang laju dan tidak seragam. Namun pada masa lain pula, rentak dan denyutan jantung adalah normal dan mustahil untuk seseorang itu menghasilkan palpitasi secara sukarela apabila berjumpa doktor.

Diagnosis sebaik-baiknya ialah dengan merakam aktiviti elektrik jantung di permukaan dada yang dipanggil elektrokardiogram (ECG). Bagaimanapun, kejadian palpitasi itu mungkin hanya dalam beberapa ketika dan tidak berterusan.

Oleh itu merakam ECG selama 24 jam menggunakan alat perakam Holter dapat meningkatkan peluang menganalisis rentak jantung yang tidak normal.

Ujian ECG juga boleh mengesan jika seseorang itu mempunyai penyakit jantung koronari atau pernah mengalami serangan jantung.

Ini penting kerana jika palpitasi berlaku, ini mungkin disebabkan takikardia ventrikular akibat kekurangan darah pada otot jantung yang boleh membawa kepada maut.

Ujian darah, terutama ujian fungsi kelenjar tiroid, adalah penting kerana tiroid lebih aktif boleh membuat jantung berdenyut laju dan tidak seragam (fibrilasi atrial).

Manakala kelenjar tiroid yang kurang aktif pula mengakibatkan jantung bergerak perlahan. Ujian darah juga mampu mengesan paras garam galian seperti kalium dan kalsium (sama ada berlebihan atau kekurangan) yang boleh memberi kesan kepada rentak jantung.

Injap jantung yang sempit atau bocor serta jantung bengkak dan lemah adalah punca palpitasi; juga boleh dikesan melalui ujian ekokardiogram. Ujian ini membabitkan imbasan bunyi ultra yang mengkaji struktur dan fungsi jantung.

Rawatan

Rawatan palpitasi bergantung kepada puncanya. Untuk kebanyakan pesakit, dengan menghentikan atau mengurangkan minuman kopi atau teh yang ada banyak kafein boleh membantu gejala palpitasi.

Jika palpitasi itu disebabkan aktiviti sistem saraf simpatetik yang tinggi, ubat seperti penghalang beta (beta-blocker) boleh memperlahankan pergerakan jantung dengan menghalang tindakan hormon adrenalin pada jantung.

Ubat khas seperti amiodarone dan digoxin boleh digunakan untuk pesakit yang mengalami aritmia. Jika ritma jantung menjadi lebih laju dan serius, ubat berkenaan boleh diberi melalui kaedah suntikan intravena untuk mendapatkan kesan cepat.

Untuk pesakit yang mengalami ritma jantung yang lebih parah hingga mengakibatkan tekanan darah rendah misalnya, kardioversi elektrikal boleh mengembalikan rentak jantung kepada asal.

Prosedur ini membabitkan kejutan elektrik kepada jantung dalam keadaan pesakit tidak sedar iaitu dengan menggunakan anestetik am.

Jika pesakit itu mengalami takikardia ventrikular yang berulang walaupun diberi pelbagai ubat aritmia, pemasangan alat pengawal rentak jantung atau pacemaker dengan fungsi kardioversi elektrik harus dilakukan.

Ini kerana ubat tidak lagi berkesan dan alat pengawal rentak jantung mampu mengesan jika berlaku takikardia ventrikular dan kejutan elektrik pada tenaga rendah boleh diberi serta-merta untuk menyelamatkan nyawa.

Secara amnya, palpitasi yang disebabkan aritmia berpunca daripada penyakit jantung atau komplikasi penyakit jantung. Jika palpitasi itu boleh membawa kepada pitam atau hampir pitam, ini adalah masalah serius dan anda perlu segera berjumpa doktor.

Sebarang pertanyaan, sila ajukan ke haizal@tropicanamedicalcentre.com atau sihat@hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment