Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (49) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (55) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Apr 3, 2009

Pangkat, kedudukan untuk keredaan Allah

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

PEMIMPIN di dalam Islam bukanlah suatu keistimewaan, tetapi ia adalah tanggungjawab. Dengan menjadi pemimpin, bertambahlah tanggungjawab.

Di dalam Islam ia bukanlah menjadi rebutan, kerana dengan menjadi pemimpin akan bertambahlah kewajipan seseorang dan semakin banyak soalannya di hadapan Allah S.W.T.


Rasulullah s.a.w meletakkan asas supaya pemimpin itu tidak difahami sebagai keistimewaan, tetapi tangungjawab. Meskipun semakin besar tangungjawabnya, semakin besar pula ganjaran disisi Allah.

Tetapi jika amanah itu diambil ringan dan diabaikan, besarlah risiko dan akibatnya di akhirat kelak.

Justeru, Rasulullah s.a.w amat berhati-hati supaya pemimpin itu berada di tangan orang yang kuat dan berkelayakan dari segi ketaatan kepada Allah, kekuatan peribadi dan jasmani, kepintaran akal dan dihormati.

Baginda amat berhati-hati agar jangan ada pemimpin itu jatuh ke tangan orang yang lemah sahsiahnya sehingga dia lemah melawan nafsunya.

Jika dia lemah melawan nafsunya sendiri, dia tidak dapat mematuhi Allah dan tidak terselamat daripada faktor kehancuran seperti rasuah dan maksiat.

Rakyat dan pengikut berkewajipan menegur pemimpin apabila tersalah dan tersasar.

Dalam ucapan sulung Khalifah Abu Bakar, beliau menyatakan pelantikannya sebagai pemimpin tidak memadai untuk menjadi lambang yang beliau terbaik dari kalangan mereka.

Seterusnya, beliau mengharapkan sokongan selagi berada dalam kebenaran dan sebaliknya, sekiranya umat Islam melihat sebarang keburukan atau kebatilan daripada pihaknya, beliau meminta supaya ditegur dan diperbetulkan.

Harapan yang sama juga dimajukan oleh pengganti Khalifah Saidina Abu Bakar, iaitu Saidina Umar al-Khattab.

Sesuai dengan perwatakan yang sangat tegas dan bengis, seorang lelaki mewakili rakyat menyambut harapan Saidina Umar dengan mengatakan, sekiranya khalifah melakukan penyelewengan, rakyat akan memperbetulkannya dengan 'mata pedang’.

Dalam satu peristiwa, Khalifah Saidina Umar al-Khattab berlapang dada menerima teguran daripada seorang wanita berkenaan saranan khalifah supaya kadar mas kahwin yang diletakkan pihak pengantin perempuan haruslah rendah.

Wanita berkenaan menempelak pandangan khalifah dan menegaskan sebarang penetapan kadar mas kahwin sememangnya hak pengantin perempuan dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan.

Khalifah tidak menganggap teguran itu sebagai perkara yang memalukan bahkan menegaskan dengan kata-katanya: “Perempuan ini benar dan Umar sudah bersalah.”

Penegasan khalifah seiring dengan doa beliau sebagai seorang pemimpin yang menyebut sebagai: “Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku mengenai keaiban diriku.”

Sifat berlapang dada yang ditunjukkan oleh pemimpin ulung ini membuktikan mereka adalah kalangan insan yang tinggi takwanya.

Mereka tidak mengejar pangkat dan kedudukan, sebaliknya pangkat dan kedudukan itu digunakan untuk mendapatkan keredaan Allah. Melalui jawatan terbabit mereka membuat keputusan dan dia adalah pemimpin.

Seorang gabenor diberi tugas memimpin rakyat di wilayahnya, lalu dia adalah pemimpin kepada rakyat di dalam wilayahnya. Seorang Pengetua diberi amanah dan tangungjawab mengurus dan memimpin satu organisasi sekolah, dia adalah pemimpin sekolah itu.

Jatuh bangun sekolah adalah terletak di bahunya dan dasar kenegaraan yang memberikan kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.

Islam menentukan bidang kepemimpinan amat luas. Pemimpin tidak hanya memimpin sebuah negara. Pemimpin dalam Islam ialah setiap orang yang diberi tanggungjawab mengendalikan sesuatu urusan.

Oleh kerana setiap orang mempunyai tanggungjawab ini, setiap orang itu mempunyai peranan memimpin. Seorang bapa diberi tugas memimpin keluarganya, bahkan seorang insan ditugaskan memimpin dirinya. Dia adalah pemimpin.

No comments:

Post a Comment