Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Apr 8, 2009

Asas bank sahabat Nabi

ADA banyak persoalan berkenaan asal usul bank daripada perspektif Islam. Ramai ilmuan yang menulis dalam bidang hal berkenaan akan membuat kesimpulan, tidak wujud sistem perbankan pada zaman Nabi Muhammad SAW mahupun sahabat seperti yang wujud pada zaman ini.


Adakah penubuhan bank Islam dewasa ini dianggap meniru pemikiran Barat semata-mata, tidak bersih daripada sudut asalnya serta tidak sesuai dengan sistem konvensional yang wujud?


Sudah diterima di kalangan ulama Islam, ciptaan baru di dalam bidang kewangan dan hal ehwal urusan sesama manusia (iaitu bukan hal ibadat khusus) tidak menjadi masalah dalam Islam selagi boleh diubah suai dan tidak bercanggah dengan kehendak hukum Islam.

Selain itu, mereka yang menyusuri sejarah Islam akan mendapati beberapa asas kepada bank sejak zaman sahabat Nabi SAW lagi dan zaman selepas itu seperti berikut:

1. Khidmat Simpanan (wadi’ah) oleh Az-Zubayr Al-’Awwam

Ibn Sa’ad mencatatkan bahawa ramai mendatangi Zubayr dan meminta wang mereka disimpan sehingga Zubayr menolak kerana berasa terbeban akan hilangnya wang berkenaan, sedangkan beliau langsung tidak boleh menggunakannya.

Justeru, Zubayr meminta penyimpan untuk menyimpan atas dasar pinjaman dan bukan lagi wadi’ah. Sebagaimana katanya yang bermaksud: “Tidak, tapi jadikannya sebagai pinjaman, sesungguhnya aku bimbang ia hilang.”

Hasil tindakan Zubaiyr, semakin ramai datang kepadanya sehingga jumlah dipegangnya mencecah 2,200,000 dirham. Ia jumlah yang sangat besar pada zaman berkenaan sehingga ada penulis menamakannya sebagai Bank Zubayr. Mungkin ia boleh dikira sebagai bank Islam yang pertama.

Melalui tindakan Zubayr, beliau menukar asas konsep wadiah yang hanya menjaga amanah menyimpan tanpa boleh digunakan kepada pinjaman yang membolehkan beliau melaburnya dan pada masa sama menjamin keselamatan wang berkenaan.

Natijah keuntungan yang diperoleh Zubayr banyak digunakan untuk membeli aset. Menurut Az-Zahabi, tatkala Zubayr meninggal dunia akibat dibunuh, beliau tidak meninggalkan satu dinar atau dirham. Yang ditinggalkannya ialah beberapa keping tanah di Ghabat dan sebuah rumah di Madinah, Basrah, Kufah dan Mesir.

Beliau juga meninggalkan hutang yang besar sebanyak 2,200,000 dirham iaitu nilai simpanan orang ramai yang diubah kepada pinjaman.

2. Khidmat Perbankan oleh Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Zubayr

Diriwayatkan juga, Ibn Abbas ra mengambil wang perak di Makkah bagi membawanya ke Kufah dan Abdullah Ibn Zubayr pula menulis dan mengambil wang perak dari Kufah untuk dibawa ke Makkah dan seterusnya ke Iraq.

Tindakan mereka itu satu daripada khidmat yang ditawarkan oleh perbankan moden seperti pemindahan kredit. Kesimpulan daripada pendedahan itu, terbukti bahawa khidmat perbankan selagi mana menepati hukum syariah adalah dibenarkan.

Tambahan pula jika kewujudannya boleh memudahkan dan memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Antara kemudahan yang dapat dihasilkan melalui khidmat perbankan adalah seperti berikut:

1. Menguruskan keperluan kewangan dua kelompok dalam masyarakat iaitu:

a. Satu kelompok yang mempunyai lebihan wang dan ingin melabur, menyimpan dan mendapat manfaat daripada lebihan wang dimilikinya. Mereka membabitkan semua orang yang mampu membuat simpanan. Mereka digelar ‘surplus unit’.

b. Satu kelompok adalah mereka yang memerlukan tunai dan wang, sama ada untuk keperluan perniagaan atau asasi seperti pembelian kereta dan sebagainya. Mereka digelar ‘deficit unit’.

Hasil kewujudan dua kelompok ini dalam masyarakat, kewujudan bank Islam sebagai orang tengah yang dipercayai (kerana ia sebuah institusi yang dipantau dan diberi lesen oleh bank negara) boleh membantu kedua-dua kelompok berkenaan bertemu dan memanfaatkan antara satu sama lain.

2. Mampu menyediakan penjagaan wang tunai yang lebih selamat berbanding penjagaan oleh individu di rumah masing-masing.

3. Menyediakan khidmat pelaburan. Ini sudah tentu baik kerana tidak semua individu yang berduit mampu mencari dan memutuskan pelaburan apa yang terbaik dan selamat baginya.

Justeru, kewujudan bank yang dipenuhi dengan pekerja profesional yang berpengalaman dalam bidang itu mampu memberi manfaat kepada orang ramai.

Itu semua hanya antara beberapa perkara yang menunjukkan kewujudan bank dalam sistem kewangan Islam adalah diterima selagi mana semua manfaat yang disebutkan di atas dapat dikawal selia dalam lingkungan hukum Islam.

No comments:

Post a Comment