Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Mar 18, 2009

Pemeriksaan awal elak CKD

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) merupakan isu kesihatan awam global yang utama, di mana 500 juta individu iaitu 10 peratus daripada penduduk dewasa di seluruh dunia mengalami masalah tersebut.

Secara global, kos rawatan untuk kegagalan buah pinggang iaitu penyakit buah pinggang peringkat terakhir, semakin meningkat. Sehingga kini seramai 1.5 juta pesakit berpeluang untuk hidup sama ada melalui dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Jumlah itu dijangka akan meningkat berlipat ganda dalam masa 10 tahun akan datang terutama di negara-negara membangun.

Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan jumlah pesakit kencing manis, darah tinggi, obesiti dan bertambahnya jumlah penduduk warga tua.

Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Serdang, Dr. Goh Bak Leong berkata, manusia mempunyai dua buah pinggang yang terletak di belakang abdomen bersebelahan antara saraf tunjang dan di bahagian bawah rusuk. Saiz kedua-dua buah pinggang adalah sebesar genggaman orang dewasa.

Lebih kurang lima liter darah mengalir di dalam badan seseorang. Buah pinggang berfungsi menapis dan membersihkan jumlah darah tersebut sebanyak 40 kali sehari. Ini bermakna sebanyak 200 liter sehari atau jika dibuat perbandingan bersamaan 200 botol atau 20 baldi.

''Ia juga berperanan untuk mengimbangi bahan-bahan kimia seperti sodium, fosforus dan potasium di dalam badan kita, selain menghasilkan hormon yang memberi rangsangan ke atas sum-sum tulang untuk membentuk sel darah merah, mengimbangi tekanan darah dan mengekalkan kesihatan tulang yang baik.

''Jika sekiranya buah pinggang kita mulai hilang kebolehan untuk berfungsi secara berterusan, maka perlu dirujuk sebagai penyakit buah pinggang kronik (CKD). Ia merupakan sejenis penyakit yang menyerang secara senyap dan ramai yang menjadi mangsa tanpa disedari.

''Sekiranya penyakit CKD melarat, ia akan membawa kepada kegagalan buah pinggang. Untuk meneruskan hidup, seseorang yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu menerima pemindahan buah pinggang ataupun hemodialisis yang mana mesin mengambil peranan buah pinggang bagi membersihkan darah selama tiga kali seminggu,'' katanya ketika berucap di Pelancaran Hari Buah Pinggang Sedunia di Putrajaya, baru-baru ini.

Menurut Bak Leong, dialisis dan pemindahan organ buah pinggang merupakan rawatan yang paling berkesan pada masa ini, namun teknologinya tidak dimiliki oleh semua negara.

Pada masa-masa akan datang, negara-negara maju juga tidak lagi mampu menampung teknologi seperti ini memandangkan kos yang meningkat.

''Justeru itu, adalah lebih dinasihatkan orang ramai untuk membuat saringan kesihatan untuk pengesanan. Ini kerana, penyakit buah pinggang kronik mudah dan boleh dikesan pada peringkat awal. Pengesanannya mudah dan murah iaitu ujian air kencing, darah dan tekanan darah yang boleh menunjukkan tanda-tanda awal masalah buah pinggang,'' ujarnya.

Sehubungan itu, sempena Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan yang dilancarkan pada 12 Mac lalu oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pelbagai acara diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang peranan utama buah pinggang dan menyebarkan maklumat mengenai bahaya penyakit CKD yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.

Bertempat di hadapan Hospital Serdang, sebuah bas yang bertindak sebagai Unit Pemeriksaan Bergerak NKF Life Check disediakan bagi membolehkan orang ramai membuat pengesanan awal dan seterusnya mencegah penyakit buah pinggang.

Pengurus Pendidikan Awam, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Sharleen Lee berkata, lebih daripada 24,000 rakyat Malaysia telah melakukan pemeriksaan semenjak perkhidmatan ini dilancarkan pada bulan Januari tahun lalu.

Melalui kempen Bringing Kidney Care to Your Doorstep yang diadakan sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2009, ia berjaya menjalankan pemeriksaan dan saringan kesihatan yang bermula 6 Mac kepada masyarakat di Kangar, Perlis; Alor Star, Kedah; Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Sungai Siput, Perak sehinggalah ke Serdang, Selangor.

''Unit pemeriksaan ini mempunyai tujuh stesen dengan empat orang staf dan dua doktor. Orang ramai yang mendaftar untuk pemeriksaan ini akan menjalani proses pemeriksaan merangkumi tekanan darah, indeks jisim tubuh, pemeriksaan air kencing, glukos dan kolestrol dalam darah dan kaunseling.

''Pada sesi kaunseling yang akan diberi oleh doktor, individu yang mengalami sesuatu yang tidak normal pada kesihatan akan dinasihatkan mendapatkan pandangan kedua dan melakukan pemeriksaan lebih mendalam di klinik atau hospital,'' katanya.

Tambahnya, selain menyertai kempen ini, unit pemeriksaan ini turut memberi khidmat pemeriksaan kesihatan di pusat membeli belah, kawasan perumahan, syarikat dan kilang-kilang di seluruh negara, hampir setiap hari sekiranya terdapat keperluan dan permintaan.

''Ia adalah usaha yang murni dalam membantu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan buah pinggang serta penyakit-penyakit berkaitan selain pengesanan dan penilaian awal bagi pencegahan sesuatu penyakit yang boleh dicegah,'' jelasnya.

Tanda dan gejala CKD

l Ketidakselesaan atau rasa membakar semasa membuang air kecil.

l Darah keluar bersama-sama air kencing.

l Perubahan kekerapan membuang air kencing.

l Sakit belakang.

l Membuang air kecil dengan kerap pada waktu tengah malam.

l Bengkak pada pergelangan kaki.

l Sembap di keliling mata yang berlarutan terutamanya pada sebelah pagi.

Langkah-langkah pencegahan

l Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan protein dalam kencing dan melindungi buah pinggang.

l Mengawal tekanan darah.

l Mengawal gula dan kolestrol di dalam darah.

l Berhenti merokok.

l Bersenam.

l Mengawal berat badan.

No comments:

Post a Comment