Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Mar 24, 2009

Ariel Sharon, Shimon Perez... Yahudi pengecut!

SETIAP bait seni kata lagu Gaza tadi amat meruntun hati. Masakan tidak, itulah isi hati sebenar rakyat Gaza. Cetusan rasa yang sama disuarakan oleh seorang khatib semasa kami solat Jumaat di Masjid as-Sya-thie', masjid pesisir pantai, tempat persinggahan Perdana Menteri Gaza, Ismael Haniyeh di masa terluang. Syair, lagu, khutbah dan air mata, itulah suara hati sanubari rakyat Gaza..

Hilai tawa mereka memecah sunyi. Di atas langit Gaza, kelihatan percikan bom fosforus di sana sini, tak ubah bagai halilintar sahaja layaknya. Sekumpulan warga Israel memerhati dengan gembira di Tebing Barat, gembira bagai merayakan pertunjukan bunga api tahun baru.

Tidak ada riak kasihan. Tidak ada riak bersalah. Tidak ada tercuit rasa peri kemanusiaan daripada riak wajah dan bahasa badan mereka.

Sedangkan, pada saat itu juga, penduduk Gaza panik bertempiaran mencari perlindungan. Nyawa seakan tidak berharga. Setiap orang hanya menanti saat tiba ajalnya. Kala itu, bayangan maut seakan-akan berada di hadapan mata. Bau hanyir darah yang masih hangat seakan sudah mula terhidu.

Sebentar sahaja lagi, akan ada mana-mana ibu yang kehilangan anaknya. Sebentar lagi juga, akan ada anak-anak meratap kematian ayah bondanya, isteri kehilangan suami tercinta, dan suami-suami pula, tidak pasti apa yang akan terjadi kepada keluarganya!

"RASAKAN..!!!" Suara dendam penuh kesumat yang terbit daripada hati hitam gelap yang pekat Yahudi laknat sambil bersorak kegembiraan. Dan Gazapun terus dibantai lagi semau-maunya...

Pemandangan dahsyat

Sejak mula memasuki Gaza, yang kami lihat adalah runtuhan bangunan di sana sini. Dari Rafah, melalui Khan Yunis, Netzarim, Zaytun dan Betlahiyah, gambarannya sama sahaja. Rumah-rumah teres atau bertingkat tidak ubah seperti dibadai Tsunami. Tanah di kiri dan kanan jalan, ada yang terbongkar bagai tanah sawah dibajak mesin padi.

Rupa-rupanya, itulah kesan landaan roda besi kereta kebal Yahudi. Rumah, masjid, sekolah, universiti dan hospital, tiada yang terkecuali. Bangunan mahkamah, bertiang sepasang sebesar dua pemeluk turut tersungkur menyembah bumi. Dinding, tangganya, lantainya, bahkan setiap inci konkritnya hancur luluh.

Keadaan di hospital sibuk, sesak dan bingit. Asap masih berkepul-kepul di udara. Sesekali terlintas bau tengiknya. Suara tangisan kanak-kanak, jeritan ibu dan bujukan doktor silih berganti. Di sana sini kelihatan bergelimpangan di lantai, lantaran tiada tempat, kerana katil telah penuh.

Anggota badan yang hancur terpaksa dipotong. Ada yang leher terpotong bagai ayam yang disembelih. Anak-anak kecil yang cedera di kepala, dada dan perut ditembusi peluru dan bom rejim Zionis.

Sedih, pedih, menyayatkan. Tiada kalimat yang mampu merungkai perasaan. "Hasbiyallah..Hasbiyallah!!" "Hanya Allah-lah yang dapat membela kami." Doa dan harapan bersahut-sahutan.

Di Haiyu Zaytun, 29 ahli keluarga dikumpulkan dalam rumah, kemudian dibedil kereta kebal sehingga semuanya menemui ajal. 150,000 ayam ternak turut dimusnahkan. Di segenap Gaza, wanita dan anak kecil sengaja dijadikan sasaran. Tujuannya tiada lain, selain mempastikan Gaza tiada mewarisi perjuangan.

Di antara 1,300 yang terkorban, 30 peratus daripadanya adalah kanak-kanak dan majoriti yang terkorban pula adalah orang awam. Pejuang Palestin hanya 48 orang gugur sebagai syuhada. Masihkah perlu bukti, untuk mensabitkan zionis dengan penyembelihan kejam terhadap orang-orang awam ini?

Yahudi Zionis memang kejam

"Serangan mereka serangan pengecut. Jika berani, ayuh! Kita lawan bagai anak jantan. Jangan halang kami mendapat makanan dan senjata pertahanan!" Semangat pembelaan anak-anak muda Palestin itu mula tercabar. Tidak siapa sanggup berpeluk tubuh, sementara satu persatu mereka tersayang tersungkur di hadapan mata.

Untung sekali mereka menghadapi musuh dalam satu barisan, tidak kira apa jua benderanya. "Benar, musuh tidak mengenal warna dan panji yang dibawa. Bagi mereka, kita semua sama. Halal darah, halal dijajah, selagi Allah kita sembah. Yang membela dikata pengganas. Yang mengganas, dikata wira pembebas". "Satu hari, pasti buku akan bertemu ruas. Ada ubi ada batas.

Seorang mukmin tidak akan membiarkan dirinya dipatuk ular dua kali. Umat perlu bersatu!". Kata seorang anak muda, penuh hemat, tetapi bersemangat. Di atas tanah Gaza yang berdarah ini, segala-galanya jelas, siapakah yang sebenarnya pengganas. Tanyalah batu-batu, pohon dan kayu. Tanyalah si ibu yang telah pergi, tanyalah bayi dalam buaian, pasti mereka akan mengatakan, "Yahudi Zionis pengganas! Bawalah mereka kemuka pengadilan!".. Jika mereka boleh berbicara, pasti inilah yang akan mereka katakan.

Sejurus seusai gencatan senjata, penduduk memulakan kehidupan seperti sediakala. Kedai-kedai, pasar, penjaja dan kedai makan dibuka seperti biasa. Seolah seperti tiada peristiwa besar yang baru berlaku. Sekolah dibuka, para pelajar memenuhi kerusi mereka. Namun ada kerusi yang kosong lantaran mereka terlebih dahulu disapa maut tanpa sempat meninggalkan pesan.

Kezaliman Zionis di Gaza hanya satu sahaja daripada seluruh rentetan siri-siri kezaliman yang mereka lakukan sekian lama. Peristiwa penyembelihan ratusan umat Islam di khemah pelarian Palestin Sabra dan Shatilla, Lubnan (tahun 1982-3000 terbunuh), peristiwa hitam di Dier Yassin (1948 300 terbunuh-kini Yad Vashem, Israel), peristiwa pembunuhan terancang seorang tua di kerusi roda Sheikh Ahmad Yasin, atau anak kecil Muhammad al-Durrah yang terbujur kaku di sisi ayahnya, semudah itukah dunia lupakan? Tidak mungkin.

Nama-nama pengganas sebenar seperti Ariel Sharon, Mosye Dayan, Ben Gurion, Izthak Rabin, Shimon Perez, Golda Meir, Olmert, Netanyahu, Ehud Barak, Tzipi Livni dan nama-nama besar pencabul kemanusiaan lainnya akan terpahat dalam ingatan wira umat sampai bila-bila.

Di dalam al-Quran, Tuhan telah berjanji. Janji Allah adalah pasti. Suatu hari, pengganas Zionis akan bertemu buku dengan ruasnya! Suatu hari..

Siapa Israel?

Israel, gah sungguh namanya seantero dunia. Dari mana datangnya mereka, sehingga mengganas bermaharajalela membabi buta? Dari mana asal usul mereka? Mengapa sebegitu rupa perangai mereka? Mengapa mereka diusir di mana sahaja mereka berada? Apakah nasib mereka seperti yang termaktub di dalam al-Quran?

Umat Bani Israel telah dua kali dihanyut dibuai Diaspora. Diaspora adalah keadaan mereka hanyut terumbang ambing, bergelandangan dan berselerakan di serata dunia, bagai tersesat 40 hari di Padang Teih (sesat), di Tur Sina, Mesir.

Tetapi kali ini adalah Diaspora yang paling besar dan lama. Mereka sesat selama 2000 tahun tanpa negara, akibat penangan Nebuchadnezar yang menghancurkan tamadun mereka selumat-lumatnya. Tidak siapa yang harus mereka persalahkan, selain dari menuding ke diri sendiri.

Bangsa yang tidak pernah jemu mengambil kesempatan, menindas setelah diberi perlindungan, menzalimi hingga tahap pembunuhan, membelit dengan riba dan sistem pinjaman, menguasai ekonomi dan menghancurkan pemerintahan di mana jua langit mereka berteduh, bumi tempat mereka berpijak.

Lebih dari itu, mereka sering berpaling daripada kebenaran, suka kepada maksiat dan kezaliman. Cukuplah sejarah membuktikan. Ingatlah peristiwa penyembahan patung anak lembu, sedangkan mereka baru sahaja dijamu hidangan syurga. Bukankah baru sahaja melintas laut yang terbelah, dan terselamat daripada Firaun yang bedebah? Telah berapa nabi yang cuba dimusnah, angkara mereka diseru ke jalan Allah.

Apabila umat gelandangan ini punya negara, apakah pula tandanya? Tandanya, mungkin juga saat kehancuran mereka akan bakal tiba. Mereka bakal menerima akibatnya, akibat kekejaman yang tiada peri manusiawi. Inilah janji yang mereka pahat kepada Ilahi, sejak dahulu lagi. Janji ini akan berlaku setiap kali mereka kembali bermaharajalela ke atas manusia.

Lihatlah Firman Allah SWT bermaksud: Semoga Tuhanmu akan merahmati kamu (Bani Israel). Tetapi, JIKA KAMU KEMBALI (DENGAN KEKEJAMAN KAMU), MAKA KAMI AKAN KEMBALI (MENYEKSA DAN MEMBALAS KEJAHATAN KAMU), dan (ingatlah!) Kami jadikan neraka Jahannam sebagai tempat orang yang ingkar menerima pembalasan! (al-Isra': 8)

No comments:

Post a Comment