Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (49) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (55) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Mar 27, 2009

Baik buruk pinjam wang

Cuba kita fikirkan secara rasional, kenapa seseorang itu memerlukan sesuatu sehingga sanggup membayar beberapa ringgit lebih daripada sepatutnya.


MEMBELI rumah pada waktu kegawatan ekonomi lebih menjimatkan wang.

DALAM kita menghadapi kemerosotan ekonomi negara dan dunia hari ini, saya pasti ramai di antara kita menggunakan wang yang dipinjam daripada bank, institusi kewangan, kad kredit mahupun ahli keluarga yang lain.

Perkara pelik yang saya perhatikan ialah ramai orang telah menjadi kaya-raya setelah mereka meminjam wang untuk digunakan dalam perniagaan atau projek.

Dalam pada itu juga, ramai yang menjadi muflis setelah meminjam wang, sama ada digunakan untuk perniagaan mahupun projek yang perlu dilaksanakan. Hairan, bagaimana perkara yang sama boleh mendatangkan kejayaan dan juga kegagalan.

Apabila kita meminjam, kita ingin menggunakan wang yang belum kita peroleh untuk membeli sesuatu barangan penting. Cuba kita fikirkan secara rasional, kenapa seseorang itu memerlukan sesuatu sehingga sanggup membayar beberapa ringgit lebih daripada sepatutnya (ini kita panggil faedah) untuk mendapat barangan yang digemari dengan segera. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan menggunakan wang yang belum diperoleh ini.

Kebaikan

* Barang-barang yang ingin dibeli memang dijual pada harga yang murah dan ia satu tawaran yang hebat di mana kita dapat menjimatkan wang apabila dibeli sekarang.

* Harga rumah memang rendah memandangkan keadaan ekonomi yang muram. Jadi, belilah rumah.

* Apabila kita membelinya, ia memberi peluang untuk anda menjadi pemilik, berbanding terus menyewa. Ini bermakna, anda tidak merugikan wang, misalnya membeli barangan pejabat, seperti mesin fotokopi atau mesin pencetak.

* Jika kereta lama terus digunakan, ia akan membazirkan petrol dan anda terpaksa membayar untuk membaiki kerosakan. Oleh itu, membeli yang baru lebih selamat dan menjimatkan. Jadi, tukarlah kenderaan yang sudah berusia lebih daripada lima tahun.

* Mengambil kursus atau melanjutkan pelajaran dapat meningkatkan lagi kemahiran. Ini bermakna anda berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Misalnya, melanjutkan pengajian tinggi seperti Ijazah Sarjana atau ijazah Ph.D.

Keburukan


RAMAI di antara kita menggunakan wang yang dipinjam daripada bank, institusi kewangan dan kad kredit ketika ekonomi merosot.


* Jurujual dapat menyakinkan anda untuk membelinya sekarang (walaupun kita masih boleh mengatakan tidak).

* Hadiah yang mahal dan berharga yang dibeli untuk mendapatkan pujian dan nama (walaupun apa yang penting ialah kita mendoakan mereka dengan tulus ikhlas).

* Hari ini merupakan hari yang sedih, oleh itu untuk membahagiakan diri sendiri, saya sepatutnya membeli hadiah yang mahal atau berjenama untuk diri sendiri". (Tidakkah lebih baik kalau anda berjumpa sahabat atau mengunjungi wad kanak-kanak atau warga emas. Perhatikan betapa bertuahnya anda kerana dapat mengharungi dugaan dengan keluarga tercinta dan masih sihat).

* Jiran sebelah rumah sudah menukar kereta lama dan menggantikannya dengan yang baru. Tak kan saya terus menggunakan kereta lama. Nanti apa pula kata jiran tetangga.

Anda boleh menjadi seorang yang berjaya iaitu jangan sekali suka meniru. Ukurlah baju di badan sendiri. Anda akan hidup panjang dengan aman dan tenteram.

Banyak kebaikan dan keburukan yang saya pasti anda dapat catatkan. Perhatikan bahawa semua kebaikan didorong oleh pemikiran yang logik dan selalunya diakhiri dengan menyimpan wang yang lebih banyak.

Perhatikan juga bahawa semua keburukan didorong oleh emosi yang ingin menunjuk-nunjuk yang selalunya menyebabkan anda kehabisan wang dan menambahkan lagi jumlah wang yang dipinjam.

Pemilihan di antara kebaikan dan keburukan tadi terletak di tangan anda.

Sebelum mengambil keputusan menggunakan wang masa hadapan, catatkan tujuan kenapa anda a perlu menggunakan wang tersebut.

Hanya dengan itu, barulah kita dapat membuat perbandingan.

No comments:

Post a Comment