Yahudi pun tidak amal budaya rasuah – Fadzilah
Menurutnya, walaupun ia agak keras dan perit untuk diterima tetapi perlu diakui oleh kaum Melayu terutamanya di kalangan pemimpin UMNO.
“Walaupun sudah sedar bahawa parti dalam keadaan nazak, budaya mencantas dan rasuah masih berleluasa seolah-olah ia tidak diperhitungkan kelak di akhirat.
“Seorang pemimpin yang baik sebelum berhasrat mengetuai orang lain perlu terlebih dahulu memimpin diri sendiri dengan sebaik mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ceramah bertajuk Suntikan Motivasi: Melahirkan Generasi Muda dan Semangat Waja Untuk Negara pada sesi ceramah motivasi Perpaduan dan Patriotisme kepada ahli Kelab UMNO Luar Negara di sini hari ini.
Mohd. Fadzilah berkata, ahli kelab itu yang bakal mewarisi kepimpinan negara perlu mengisi asas perjuangan dengan penuh ikhlas dan jujur.
Menurutnya, perjuangan itu tidak boleh terhad sekadar kesejahteraan bangsa di dunia saja tetapi melangkaui sehingga ke akhirat.
Jelas beliau, semua pihak termasuk ahli biasa atau bakal pemimpin perlu menginsafi bahawa manusia dijadikan bukan sekadar pelengkap fitrah semata-mata.
Sebaliknya, tambahnya, manusia mempunyai misi dan matlamat yang penuh tinggi hikmahnya.
“Adakah anda jadi ahli UMNO semata-mata rasa bahagia dipuji dan dibelai tetapi amat marah apabila ditegur walaupun ia adalah perkara betul,” katanya.
Tambah Mohd. Fadzilah, UMNO pada masa ini amat memerlukan proses intervensi untuk menjadi terbilang di kalangan terbaik dan mengelak budaya ‘cakap tidak serupa bikin’ di kalangan pemimpinnya.
“Ini kerana kajian psikologi mendapati lebih 95 peratus individu terutama pemimpin akan terus tidak berubah selagi tidak disempurnakan proses intervensi.
“Jangan sesekali jadikan kajian ini halangan untuk berubah sebelum terlebih dahulu berusaha gigih untuk melakukannya,” tegas beliau.
Seterusnya, Mohd. Fadzilah menggariskan tiga pra-syarat untuk melahirkan bakal pemimpin jujur, ikhlas dan bersemangat waja iaitu:
- Pasang niat setiap hari sebelum memulakan kehidupan untuk menjadi terbaik dan aset berguna kepada dunia.
- Lapang dada dan bersihkan hati daripada sebarang hasad dengki dengan sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmat Allah.
Thank for support, all the best!
ReplyDelete