Masalah moral seperti lesbian dan homoseks yang kian lumrah di kalangan golongan muda memaksa pemerintah di negara tertentu mewujudkan undang-undang yang membolehkan perkahwinan sesama jenis dilaksanakan di negara mereka.
Punca keruntuhan moral dan akhlak di kalangan umat Islam khususnya adalah daripada agenda jahat musuh Islam yang sengaja ingin menjatuhkan imej masyarakat Islam pada mata dunia sejak dulu lagi.
Dua natijah utama akibat serangan musuh Islam terhadap umat Islam itu sendiri menyebabkan al-Quran dan al-Hadis semakin dilupakan, sedangkan kedua-duanya saling melengkapi satu sama lain untuk keselamatan di dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, iaitu ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.” (Riwayat Imam Malik)
Sesungguhnya Islam ada sejarah tersendiri bersama musuhnya yang tidak pernah leka dan sentiasa berusaha menghancurkan agama suci itu.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 120, bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang terpesong itu.”
Pembinaan sahsiah dan akhlak seorang insan tidak semudah membina bangunan tetapi memerlukan pelbagai pengorbanan tenaga mahu pun dan masa.
Kita tidak harus leka dengan nikmat kemewahan sehingga tidak mempeduli kerosakan akhlak yang berlaku di sekeliling kita.
Setiap kita perlu mengambil inisiatif untuk mencorakkan semula masyarakat mengikut acuan ditetapkan Allah SWT.
Firman-Nya: “Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran supaya engkau mengadili di antara manusia dengan apa yang diwahyukan oleh Allah kepadamu. Jangan engkau menjadi pembela bagi orang yang khianat.” (An-Nisa’ ayat 105)
Mari kita bersama-sama melaksanakan amar makruf nahi munkar. Mudah-mudahan kita menjadi sebaik-baik umat yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya di dalam surah Ali-Imran, ayat 110.
Ia membawa maksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).”
No comments:
Post a Comment