Siapalah kita...
Topic
ACV
(1)
Addin
(265)
agenda kristian
(3)
Agong
(1)
Akhirat
(2)
Akidah
(5)
Al-Quran
(23)
Al-Quran Digital Readpen
(3)
Amanah
(8)
Anak yatim
(2)
apple cider
(1)
april fool
(1)
Aurat
(1)
Bajet
(1)
Bajet 2014
(1)
Berita
(67)
Bonus
(1)
Cerpen
(2)
Cinta
(25)
Coklatminda
(1)
cuka epal
(1)
Derma
(6)
derma palestine
(1)
Doa
(8)
Doa Akhir tahun
(1)
Doa awal tahun
(1)
Ebook jana RM
(13)
Elaun
(1)
Famili
(50)
free
(4)
free cash
(2)
free cek
(1)
Gaji
(12)
Gaji Agong
(1)
gaji baru DG41
(8)
gaji baru guru
(6)
Gaji baru guru 2013
(1)
gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015
(1)
Gaji MP
(1)
Gaji PM
(1)
Gaji Sultan
(1)
Gambar menarik
(191)
games
(1)
Gula Stevia
(2)
Gula stevia air zam-zam
(2)
guru
(2)
guru berkesan
(1)
guru oh guru
(1)
Hadith
(27)
Halal
(14)
Halloween
(1)
hari guru
(1)
Hari ibu
(1)
Hijrah
(11)
Hudud
(2)
Hukum
(10)
ilearn
(1)
ilearn ace
(1)
ilearn sasbadi
(1)
ilearnace
(1)
ilmu
(6)
Imam Mahdi
(1)
internet
(1)
IRM
(1)
Islam
(1)
isreal
(1)
Isu
(302)
jadual gaji 2015
(1)
Jaga aurat
(1)
jam azan
(1)
Jenaka
(65)
Jom belajar
(35)
Jom melabur
(10)
Kesihatan
(147)
Kiamat
(2)
komputer
(3)
Kristianisasi
(1)
laksa sarawak
(1)
laksa sarawak hj Manan
(1)
Make money
(53)
MAS
(1)
MAS MH17
(1)
MAS MH370
(1)
Meaning of life
(1)
MH17
(1)
MH370
(1)
mindtech education
(1)
My Qalam
(4)
myqalam 4 kids
(1)
onexox
(1)
online survey
(1)
pa
(1)
PAK21
(1)
palestine
(1)
Pasport Khulafak
(3)
PasportRasul
(4)
paste laksa
(1)
paste laksa sarawak
(1)
pembelajaran online
(1)
percuma
(5)
perlindungan takaful
(6)
Pilihanraya
(2)
Plan Medical card
(1)
Plan Ummah
(1)
PM
(2)
Politik
(4)
promosi
(1)
PRU 12
(1)
PruBSN
(6)
prubsn takaful
(1)
Rasul
(2)
Rasulullah saw
(3)
Raya
(1)
Renungan
(153)
Rezeki
(14)
RM percuma
(2)
rumah rasul
(1)
Saham akhirat
(1)
sajak guru
(1)
sajak guru oh guru
(1)
sasbadi
(1)
sasbadi online
(1)
SAVE PALASTINE
(5)
Sedekah
(2)
Seminar buat RM
(2)
Sesat
(1)
siapalah kita
(1)
sifir gaji SPBA
(7)
Sifir gaji SPBA terkini
(6)
sifir gaji SSM
(3)
simkad
(1)
simkad onexox
(1)
simkad RM10
(1)
simkad termurah
(1)
SPBA
(6)
SPBA 2012
(3)
spba batal
(3)
SSM 2012
(2)
SSM baru
(2)
Stevia
(1)
Sultan
(1)
sunnah
(3)
survey
(1)
survey online
(2)
Syiah
(1)
Taat ibu bapa
(1)
takaful
(6)
takwim
(3)
takwim 2014
(1)
takwim 2015
(1)
takwim 2016
(1)
Takwim persekolahan 2015
(1)
takwim persekolahan 2016
(1)
telur tiruan
(1)
umat
(1)
Ustaz Haslin
(2)
valentine
(2)
web hosting
(4)
xox
(1)
zionis
(1)
Total Pageviews
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
May 7, 2014
Apr 6, 2014
Apr 1, 2014
Tragedi April 1487
Sejarah April Fool
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.
Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
Labels:
Addin,
agenda kristian,
april fool,
Berita
Mar 28, 2014
Mar 25, 2014
Kehilangan yang belum terjawab...
Urutan peristiwa kehilangan MH370
Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-17 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
8 Mac Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
Jan 4, 2014
Ini semua fitnah???
Check-list penyelewengan & pembaziran k/jaan UMNO@BN
Berikut
hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan
kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah
abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion
Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan
umno/BN.
1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku
tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417
Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung
projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di
Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5
peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di
pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ
ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi
Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.
2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
- Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
- Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011
- RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
- RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
- Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
- Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
- MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.
6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.
7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
- Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
- Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
Pautan: Isu pembelian Eurocopter
8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.
9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.
11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.
12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.
13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.
14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.
15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.
16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.
17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.
18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.
11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.
12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.
13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.
14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.
15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.
16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.
17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.
18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.
20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.
21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.
22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.
23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.
24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)
25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.
26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).
27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.
28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?
30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)
31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.
33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.
30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)
31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.
33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.
Kerajaan telah membayar RM6k bagi
setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan
harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata
untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan
perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah
menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.
34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.
35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.
36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.
37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.
35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.
36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.
37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.
38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta
39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara
40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.
41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal
42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.
43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.
44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)
45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.
46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.
47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.
48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.
49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.
50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.
51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.
52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.
Dan
manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang
merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling
lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad.
Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi
melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui
keuntungan Petronas.
55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)
56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)
57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)
58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)
59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)
60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)
56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)
57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)
58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)
59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)
60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)
(*)
- yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli
dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.
62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)
62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)
63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?
64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.
66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.
67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.
67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!
69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.
70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
72.
Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita
Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang
majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.
74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.
75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.
sumber... http://wargamarhaen.blogspot.com/
Dec 24, 2013
Fenomena Salji di Mesir menurut sains dan hadis
Penjelasan Fenomena Salji di Mesir menurut sains dan hadis
Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112
tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak begitu
berat berbanding Mesir.
Kehadiran salji di beberapa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk
seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah
itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam berjam-jam seperti
dilaporkan Al Jazeera.
Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.
PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH
Fenomena Ribut Salji
Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.
Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.
Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.
Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.
Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.
Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!
Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.
Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.
Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir.
Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.
Khatulistiwa berada di Antartika
Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.
Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.
Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air
Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.
Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".
Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.
Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku?
Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.
Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.
Terdapat sabdaan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W "
“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”
Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),
"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.
Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.
Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".
Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.
Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.
Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah.
Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.- Harakatul Muqawamatul Islamiyyah
Dec 16, 2013
sudah semakin hampir.....
TANDA-TANDA KIAMAT SUDAH MUNCUL
يَسْأَلُونَكَ
عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ
رَبِّي لاَ يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِي
السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لاَ تَأْتِيكُمْ إِلاَّ بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ
كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللّهِ
وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ
“Mereka menanyakan kepadamu tentang
kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan
tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang
dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat
(huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak
akan datang kepadamu melainkan dengan TIBA-TIBA”. Mereka bertanya
kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah:
“Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (QS Al-A’raaf 7:187)
Para pengembala yang sama,
bermegah-megahan dengan gedung-gedung besar dan tinggi-tinggi.
Berlumba-lumba membina bangunan tinggi.
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bilakah terjadinya kiamat?” Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah
itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan
memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Yaitu, jika seorang ammah (hamba
perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara
tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan
tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara
tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba
berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di
antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang
sesungguhnya selain Allah Subhanahu wa Ta'ala.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya
Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat,
dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di
dalam rahim.” (Riwayat Ibn Majah).
Perhiasan Rumah Sama Dengan Perhiasan Pakaian
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga manusia membangun
rumah dan melukisnya sebagai lukisan pakaian.” (Riwayat Bukhari)
Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah
dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid.” (Riwayat Abu Dawud).
Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Saja.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu masa, percakapan mereka
dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Allah tidak
memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka (pada waktu
dalam masjid).” (Riwayat Hakim).
Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik.
Dari Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: “Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik.” (Riwayat Ibnu ‘Adi).
Golongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan
Dari Sa’ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan
yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan
dengan lidah-lidahnya.” (Riwayat Ahmad).
Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa
Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa
Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah
tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan
pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan
tulisan.” (Riwayat An-Nasa’i).
Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang
terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah pikirannya (cetek faham
agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah
(firman Allah dan hadits Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada
hakikatnya mereka telah keluar dari agamanya seperti anak panah yang
lepas dari busurnya. Di mana saja kamu dapat menemuinya, maka
hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan
mendapat pahala di hari kiamat.“ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dapat dilihat juga sekarang banyak
orang-orang bukan Islam yang menggunakan hujjah-hujjah dari Al-Quran dan
Al-Hadits yang mana mereka membuat komentar menurut pemahaman mereka
sendiri sedangkan mereka tidak faham dengan Islam.
Al-Quran Sebagai Alat Propaganda
Ali bin Thalib r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca
Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh
berbeda dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan
mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal
Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka
itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati).
Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas
dari busurnya.” (Riwayat Muslim)
Menunjuk-Nunjuk Ketika Berdoa
Dari Saad r.a. bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: ”Kelak akan terdapat kaum yang berlebih-lebih (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa“ (Riwayat Ahmad).
Merasa Rendah Dalam Ibadah
Dari Abu Sa’id Al-Kudri r.a bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Akan muncul di antara kamu suatu kaum, kamu merasa rendah
dalam melakukan shalat dibanding dengan mereka, amal perbuatanmu jika
dibandingkan dengan perbuatan mereka dan puasamu jika dibanding dengan
puasa mereka. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak sampai melalui
tenggorokannnya. Mereka sebenarnya keluar dari agama bagaikan anak panah
yang terlepas dari busurnya, jika di ujung panah dilihat, tidak ada
bekas apa-apanya juga di kayunya tidak ada apa-apanya juga di bulunya
tidak terdapat apa-apa, tetapi berlumba-lumba dalam senarnya.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim).
Imam Yang Melambatkan Waktu Shalat
Dari Ibnu Ame r.a bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Sesungguhnya nanti selepas peninggalanku akan terjadi, para
imam mengakhirkan shalat dari waktunya. Oleh kerana itu hendaklah kamu
mengerjakan shalat tepat pada waktunya. Jika kamu datang bersama mereka
untuk mengerjakan shalat, maka bershalatlah kamu.” (Riwayat Thabrani)
Al-Quran Hanya Tinggal Tulisannya Saja
Dari Ali r.a bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal
namanya saja, dan Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya saja.
Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama
mereka adalah yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Dari
mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu
akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam).” (Riwayat
Baihaqi).
Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran
Dari Uqbah bin Amir r.a. bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: “Kelak akan muncul suatu kaum dari umatku. Mereka meminum Al-Quran seperti meminum susu.” (Riwayat Thabrani).
Ulat-ulat Qurra’
Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Kelak pada akhir zaman akan ada ulat-ulat qurra’ (ahli baca
Al-Quran). Barangsiapa yang berada pada masa itu, hendaklah ia
berlindung kepada Allah dari mereka.” (Riwayat Abu Nu’aim).
Serbuan Musuh Islam Terhadap Kaum Muslimin
Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh
dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak
makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat
bertanya “Apakah karena jumlah kami sedikit pada waktu itu?” Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
menjawab, “Bahkan kamu pada waktu itu banyak sekali, tetapi kamu umpama
buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu
dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati
kamu penyakit ‘wahan’.”Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai
Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud )
Orang Mukmin Lebih Hina Daripada Hewan
Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Akan datang atas manusia suatu masa, di mana keadaan orang
mukmin pada masa itu lebih hina daripada domba.” (Riwayat Ibnu Asakir).
Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama
Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari
umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan
membaca Al-Quran, mereka berkata: “Kami datang kepada para Raja
(pemimpin), biar kami memperoleh keduniaan mereka dan kami tidak akan
mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian
itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang
berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat
dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan
belaka.” (Riwayat Ibnu Majah).
Menggadaikan Agama Karena Dunia
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari
keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang
lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari
dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih
manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai
tujuan-tujuan yang jahat). Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman
kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu
terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah
akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka
sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung
(dengan sebab fitnah itu).” (Riwayat Tirmidzi).
Empat Macam Golongan Mengerjakan Ibadah Haji
Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: “Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadah haji yaitu:
1) Para pemimpin mengerjakan ibadah haji hanya untuk ‘makan angin - pelesir’,
2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga,
3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis,
4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadah haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”
Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah
Umar r.a berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: ”Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah;
kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya
sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu
penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak
kembali selamanya.“ (Riwayat Ahmad).
Dari Abu Umamah r.a. bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Kelak akan ada orang-orang dari Umatku (Islam) memakan
berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak berbicara
tanpa dipikirkan terlebih dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu,
maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebahagian Umatku (Islam).”
(Riwayat Thabrani dan Abu Nu’aim).
Menyalahgunakan Takdir
Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: ‘”Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat
maksiat kalau ditanya mereka berkata’ Allah-lah yang mentakdirkan
perbuatan itu kami lakukan.’ Orang yang menentang pendapat mereka pada
zaman itu bagaikan orang yang menghunus pedangnya dalam jihad
fisabilillah.”
Ilmu Agama Akan Berangsur-angsur Hilang
Dari Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: “Bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala
menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah
ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil
sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya,
mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan
menyesatkan orang lain.” (Riwayat Muslim)
Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nashrani
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu,
sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka
masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat
bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Anda
maksudkan?” Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”;- (Riwayat Muslim).
Terlepasnya Islam Satu Demi Satu
Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap
terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk
bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu
adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara shalat.”
(Riwayat Ahmad).
Penyakit Umat-umat Dahulu
Penyakit Umat-umat Dahulu
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa
umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat
terdahulu itu?” Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menjawab,
“Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu
mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam
merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut
sehingga jadi zalim menzalimi” (Riwayat Hakim).
Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit
Dari Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya, “Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
pernah memberitahu kami dua dua buah hadits (mengenai dua kejadian yang
akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya
menanti-nantikannya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang
yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu
mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan
as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau
bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu
dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang
ringan saja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari
dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan
(menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan
kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan
kakimu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi,
padahal tidak ada apa-apa”. Ketika Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
menceritakan hadits ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu
kerikil) lalu menggilingkannya dengan kakinya.”Kemudian pagi-pagi
(jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir saja tiada ada seorang
juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahwasanya
di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang
sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai
mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya
pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya
sudah tiada ada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji
sawi.” “Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak
mempedulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah
(berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan
mengembalikan kepadaku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari
khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang
bertugaslah yang akan menggembalikannya kepadaku (maksudnya jika dia
seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang
kekuasaan/pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua
hak-hakku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah
berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan
(orang-orang tertentu sahaja).” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tahun-tahun yang penuh tipu muslihat
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat,
di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan
orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan
dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya
Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab
baginda Shallallahu 'Alaihi wa Sallam: Yaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum.” (Riwayat Ibn Majah)
Lahirnya para Dajjal (tukang dusta) yang jumlahnya hampir 30 orang semuanya mengaku sebagai utusan Allah (Yang dipertuhankan) - Adanya dua golongan besar sama berbunuhan, dengan semboyan sama-sama akan menegakkan agama Islam.
Dajjal Sang Pendusta
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum dimunculkan para
dajjal sang pendusta, yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluhan, di
mana masing-masing mengaku; bahawa dirinya adalah Rasul Allah.” (Riwayat
Muslim).
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Akan keluar dajjal dan khazzab di kalangan umatku. Mereka
akan berkata sesuatu yang baru di mana kamu dan bapa-bapa kamu belum
pernah mendengarnya. Awasilah mereka dan jagalah diri kamu daripada
disesatkan oleh mereka.” [Musnad Ahmad, 20/349].
Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Qiamat tidak akan tiba sehingga muncul 30 dajjal, semua
mengaku sebagai utusan Allah, harta bertambah, berlaku huru-hara dan
al-Harj berleluasa.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah harj?” Baginda
bersabda, “ Bunuh-membunuh.” [Musnad Ahmad, 2/457].
Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Qiamat tidak akan tiba selagi belum muncul 30 dajjal, semua
berbohong mengenai Allah dan RasulNya.” [Musnad Ahmad, 2/450].
Ibn Umar r.a. berkata, “Daku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Di kalangan umat ku akan ada 70 Penyeru, yang mengajak
manusia kepada neraka jahannam. Aku boleh memberitahu nama mereka dan
kaum mereka jika Aku mau.”
Golongan Pendusta Di Bidang Hadits
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Kelak akan ada di antara generasi akhir dari umatku
orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah – juga
bapa-bapa kamu – mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka.”(Riwayat
Muslim).
Orang yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam
Dari Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda; Akan ada di akhir zaman nanti orang-orang yang mengecat
rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan
mereka tidak akan mencium baunya syurga.” (Riwayat Abu Dawud)
Lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki
menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki.” (Riwayat Abu
Nu’aim).
Mendidik anjing lebih baik dari mendidik anak
Mendidik anjing lebih baik dari mendidik anak
Dari Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir dekat, mendidik anjing
lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang
lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil,
anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di
jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala.”
(Riwayat Thabrani dan Hakim)
Orang Yang Baik Berkurang Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak
Dari Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam
bersabda: “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang
menjadi puncak kemarahan (bagi ibu bapaknya) dan hujan akan menjadi
panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan
bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik
dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang
jahat berani melawan orang-orang baik.” (Riwayat Thabrani).
Sumber:http://mohamadazhan.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)
