Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Oct 20, 2009

Isu yang semakin Serius ketika Ini....

Sumbang mahram merosakkan keturunan

PENGERTIAN sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab (keturunan) dengan mangsa.


Ia juga dapat didefinisikan sebagai hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh agama juga adat resam.

Sebagai contoh, hubungan jenis antara remaja dengan ibu bapa mereka, adik-beradik, ibu bapa saudara, datuk dan sebagainya.

Daripada perspektif agama Islam, golongan tidak bertanggungjawab yang melakukan sumbang mahram dilaknati Allah SWT dan tidak diberkati di dunia serta dan akhirat.

Sumbang mahram dikenal pasti sebagai penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial. Hubungan seperti itu diketahui berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yang secara biologinya lemah, baik fizikal mahupun mental (cacat) bahkan berbahaya (membawa maut).

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 23: “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki.

“Dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu sudah campuri.

“Tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu sudah pun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.

“Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua-beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang berlaku pada masa lalu. Sesungguhnya Allah SWT maha pengampun lagi maha mengasihani.”

Punca sumbang mahram juga pelbagai, termasuk kegagalan isteri memenuhi keperluan suami, tahap iman yang lemah, bahan lucah berleluasa, tiada batas pergaulan, tidak mengamalkan kehidupan dianjurkan Islam, keruntuhan institusi keluarga/perkahwinan dan pakaian yang tidak menutup aurat (mengghairahkan) ketika ada di rumah.

Firman Allah SWT dalam ayat 26 surah Al-A’raaf: “Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya kami menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah SWT (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

Mangsa perlu melaporkan kejadian sumbang mahram kerana jika ia tidak dilakukan, tindakan tidak dapat diambil terhadap pelakunya dan kemungkinan besar dia mengulanginya lagi.

Pencegahan juga harus dibuat dengan memberi kesedaran pentingnya kejadian terbabit dilapor, seterusnya peruntukan hukuman lebih berat supaya penjenayah sedar akibat dan kesan perbuatan mereka terhadap mangsa.


Oct 2, 2009

Ketahuilah : Melayan anak ke sekolah

IBU BAPA wajar meluangkan masa untuk mendengar cerita anak-anak tentang apa yang telah dipelajari di sekolah.

BERADA di alam persekolahan merupakan satu pengalaman yang mengujakan buat kanak-kanak. Ia terutama bagi mereka yang baru pertama kali merasainya.

Biasanya seawal usia empat hingga lima tahun, kebanyakan ibu bapa sudah mula menghantar anak-anak mereka ke tadika atau mengikuti kelas prasekolah.

Ia bertujuan menyediakan anak-anak dengan ilmu pengetahuan asas seperti mengenal huruf dan mempunyai pergaulan yang baik dengan rakan-rakan seusia. Perkara itu sememangnya satu tindakan yang positif dan perlu dilakukan oleh semua ibu bapa.

Bagaimanapun, dalam keghairahan menghantar anak-anak ke tadika atau kelas prasekolah, sering kali terjadi beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa tanpa mereka sedari.

Kesilapan utama adalah kegagalan memberi tumpuan kepada anak-anak sama ada sewaktu hendak pergi atau ketika pulang dari sekolah.

Dalam erti kata lain, ibu bapa tidak meraikan anak-anak mereka ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah. Mungkin ia berlaku akibat kesibukan ibu bapa dalam menjalani tugas atau menganggapnya sebagai satu perkara kecil dan remeh.

Sekiranya anak-anak dibiarkan tanpa sebarang pertanyaan daripada ibu bapa selepas pulang dari sekolah, keadaan itu akan menimbulkan perkara negatif dalam diri kanak-kanak tersebut.

Mereka mungkin akan murung dan kurang ceria dengan respons yang diterima. Tindakan itu sekali gus akan menjadikan fikiran dan minda anak-anak tidak berkembang kerana sukar berkongsi pengalaman baru bersama ibu bapa.

Selain itu, anak-anak juga boleh membohongi ibu bapa dengan mudah seandainya mereka tidak dipedulikan apabila pulang dari sekolah. Apatah lagi jika kepulangan mereka hanya disambut oleh orang gaji yang mungkin sudah berusia.

Bagi anak-anak prasekolah dan yang baru memasuki alam persekolahan sebenar, sudah tentu mereka mempunyai perasaan takut dan bimbang.

Justeru, pada awal persekolahan inilah ibu bapa perlu memberi perhatian serius terhadap anak-anak. Apa yang penting, setiap ibu bapa perlu memainkan peranan dengan meluangkan sedikit masa untuk meraikan pemergian dan kepulangan mereka dari sekolah.


KEGAGALAN ibu bapa memberi tumpuan kepada anak-anak sewaktu pergi dan pulang dari sekolah boleh menyebabkan anak-anak menjadi murung.

Sebagai panduan, perkara-perkara di bawah mungkin boleh dijadikan amalan harian oleh para ibu bapa dalam menjalin hubungan erat dengan anak-anak:

Kejutkan dari tidur dengan penuh kasih sayang

Jangan sesekali mengejutkan anak anda dengan nada suara yang tinggi atau kasar. Sebaliknya, sentuh badan mereka dengan lembut dan kejutkan mereka dengan sopan.

Bersabar dengan kerenah mereka

Berdepan dengan kerenah anak-anak sebelum mereka pergi ke sekolah adalah satu perkara normal. Contohnya, ketiadaan stoking, buku dan sebagainya. Sebagai ibu bapa, anda perlu mengingatkan mereka agar menyiapkan segala kelengkapan pada sebelah malam agar tidak terburu-buru keesokan harinya.

Sarapan bersama

Jika berkesempatan, ibu bapa harus meluangkan masa bersarapan bersama anak-anak. Sambil itu, anda boleh bertanyakan perkembangan mengenai persekolahan mereka.

Hantar ke muka pintu

Apabila bas atau van sekolah sudah sampai, hantar anak anda hingga ke muka pintu. Kemudian, selepas bersalaman dan mencium mereka, lambai tangan sehingga anak anda hilang dari pandangan. Sekiranya berpeluang, cuba hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Dalam perjalanan yang singkat itu, banyak bentuk komunikasi dapat dilakukan. Selain itu, banyak proses faham memahami dapat diusahakan. Jadikan rutin seperti itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Raikan kepulangan

Sebaik mereka pulang, tanyakan apa yang berlaku di sekolah. Pasti banyak yang akan diceritakan. Ia sekali gus membuatkan mereka merasa bahawa anda bersikap prihatin dan mengambil berat terhadap mereka.

Ingatkan tanggungjawab mereka kepada Tuhan

Sentiasa mengingatkan anak agar tidak meninggalkan solat dan melakukan perkara yang baik setiap hari. Malah, anda juga boleh mengamalkan solat berjemaah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

TIPS Meninggalkan anak sendirian di rumah

Apakah tip untuk ibu bapa yang ingin membiarkan anak berdikari seorang diri di rumah?


PADA usia berapakah, anda berasa cukup selamat untuk membiarkan anak seorang diri di rumah? Adakah mereka terlalu muda untuk dibiarkan tanpa pengawasan seorang penjaga atau sebaliknya?

Dalam sesetengah kes, ibu bapa mahu menghabiskan masa berdua-duaan tanpa kehadiran anak. Pada ketika itu, timbul persoalan sama ada anak selamat ditinggalkan seorang diri di rumah.

Ada ketika persoalan seperti itu menimbulkan perasaan bimbang sehinggakan ibu bapa terpaksa bergegas pulang biarpun sedang menghadiri mesyuarat.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda pertimbangkan apabila memutuskan untuk membiarkan anak seorang diri di rumah tanpa penjaga:

* Secara logiknya, seseorang kanak-kanak harus berusia sekurang-kurangnya 12 tahun sebelum dibenarkan bersendirian di rumah untuk satu tempoh masa. Di sesetengah negara, faktor usia adalah berbeza. Jadi, sebelum anda melakukan perkara itu, lebih baik anda mendapatkan kepastian daripada sistem perundangan di kawasan anda terlebih dahulu.

* Anak anda perlu berasa bertanggungjawab. Usia bukan satu masalah besar. Asalkan, si anak tahu berada di rumah sendirian adalah peluang terbaik untuknya melakukan tugasan atau ulang kaji sekolah daripada menghabiskan masa bermain permainan video.

Pada masa yang sama, pastikan anak memiliki tahap penilaian yang baik. Ini bagi mencegah mereka daripada membuka pintu atau berbual dengan orang yang tidak dikenali menerusi panggilan telefon.

* Adakah anak anda bersedia untuk dibiarkan sendirian di rumah? Tidak dinafikan bahawa sesetengah kanak-kanak berasa takut apabila terpaksa bersendirian di rumah. Mungkin mereka belum bersedia. Jadi, adalah tidak perlu untuk anda memaksanya sehinggalah mereka benar-benar bersedia.

* Bagaimana pula hubungan sesama adik-beradik? Sekiranya terdapat pertelingkahan antara anak-anak anda, maka ia bukan satu idea yang baik untuk membiarkan mereka di rumah sendirian.

* Adakah rumah anda selamat? Jika anda menetap di kawasan perumahan yang selamat, pastikan pintu dan tingkap rumah anda berada dalam keadaan baik. Sekiranya terdapat sistem penggera di rumah, pastikan anak tahu menggunakannya di saat-saat kecemasan.

Ibu bapa juga perlu mengambil kira sejauh mana kawasan perumahan anda terdedah kepada risiko bahaya penjenayah dan keganasan. Jika situasinya sedemikian rupa, maka adalah tidak bijak untuk meninggalkan anak sendirian di rumah.

* Sudahkah anda mengajar anak tip-tip keselamatan yang betul? Dalam saat-saat genting seperti berlakunya kebakaran atau kemasukan pencuri, apakah si anak tahu cara menyelamatkan diri?


KANAK-KANAK harus berusia sekurang-kurangnya 12 tahun sebelum dibenarkan bersendirian di rumah untuk satu tempoh masa.

Sekiranya jawapan anda adalah 'ya' untuk kesemua soalan di atas, maka dengan yakinnya, si anak sudah bersedia untuk memasuki tahap tumbesaran yang seterusnya. Ikuti langkah seterusnya untuk memberi kedua-dua anak dan ibu bapa pengalaman yang mengujakan:

1. Mulakan dari bawah

Pertama sekali, biarkan anak bersendirian di rumah selama 30 minit sementara anda keluar bersiar-siar dengan haiwan kesayangan. Secara perlahan-lahan, tingkatkan tempoh masa itu kepada satu jam. Lama-kelamaan, ibu bapa boleh menyelaraskan tempoh masa mengikut kesesuaian dan keselesaan si anak.

2. Berikan penekanan kepada peraturan

Si anak perlu memahami dan jelas dengan semua peraturan yang telah ditetapkan di rumah. Ini termasuk tanggungjawab menjaga adik di rumah, waktu-waktu tertentu untuk membuat kerja rumah dan kawan daripada gender lain tidak dibenarkan berkunjung ke rumah tanpa kehadiran ibu bapa.

3. Bersedia untuk menghadapi saat-saat kecemasan

Si anak mungkin perlu mempelajari cara-cara menggunakan alat pemadam api, mendail nombor kecemasan dan memberi maklumat penting apabila bercakap dengan seorang pegawai kecemasan. Pastikan juga anak mempunyai nombor telefon ibu bapa dan saudara-mara yang lain sebagai simpanan.

4. Berlatih contoh berada sendirian di rumah.

Latihan itu amat penting untuk menunjukkan kepada anak beberapa senario yang tidak dijangka apabila bersendirian di rumah. Antaranya termasuk berdepan dengan kelaparan, kehilangan kunci rumah, membenarkan orang asing masuk ke rumah atau menangani perasaan sunyi.

Ketahuilah...Dia mungkin berbohong

ADA banyak cara yang boleh kita pelajari untuk mengkaji seseorang yang suka berbohong.

BANYAK cara sebenarnya untuk 'membaca' seseorang sama ada dia seorang yang baik, jujur atau sebenarnya seorang pembohong. Seseorang yang gemar berbohong, biasanya sudah mempersiapkan pelbagai cerita sebelum berjumpa dengan orang yang akan ditemuinya.

Namun, dalam hal tertentu seperti menjawab pertanyaan atau membuat pengakuan spontan, reaksi manusia berbohong sebenarnya boleh kita kenal pasti.

Berikut adalah tip-tip cara mengenali seseorang yang sedang berbohong:

Nada suara

Biasanya dari intonasi vokalnya, anda akan tahu apakah perkataannya benar atau tidak. Sebagai sahabat atau pasangan, anda mungkin sudah mengenali bagaimana karakter seseorang itu melalui suaranya ketika memberi penjelasan.

Enggan berjumpa

Apabila anda mengajaknya keluar untuk bertemu, pasti dia akan banyak memberi alasan. Dengan tiba-tiba, tingkah lakunya berubah tanpa diduga. Mungkin kerana merasa bersalah, pembohong tidak suka berdekatan dengan orang yang dibohonginya.

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ia membesar. Fenomena itu juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi, kita sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap

Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba menjadi gagap, itu merupakan tanda-tanda bahawa dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya, tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan itu disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong.

Pergerakan mata

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan mata berkurangan daripada kadar biasa, itu mungkin tanda berbohong.

Ada juga keadaan yang mana sekiranya mata seseorang tiba-tiba mengerdip dengan banyak, itu merupakan tanda-tanda kemungkinan bahawa dia sedang berbohong. Kerlipan mata yang normal tidak menunjukkan dirinya berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk tatkala berhadapan dengan sesuatu soalan, kemungkinan itu merupakan seseorang sedang berbohong.

Sep 18, 2009

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan......

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

1. TUJUAN

1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.

2. PENDAHULUAN

2.1. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Idul Fitri, Tahun Baru Cina, Depavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjuran “rumah terbuka nasional”, bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.

2.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.

2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan;

“Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka”

2.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;

i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalan konteks masa kini “rumah terbuka nasional” adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka. (Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas`alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).

2.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;

i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al-Hussain bin Mansur al-Tabari berkata, tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka. (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut)

ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa. (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da`imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta`, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh)

2.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.

3. TAKRIF

3.1 Simbul

Maksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).

3.2 Ciri

Maksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).

3.3 Tunduk

Maksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan).

3.4 Upacara

Maksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), kermaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).

3.5 Budaya

Maksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).

3.6 Dakyah

Maksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).

3.7 Mempersenda

Maksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan(Kamus Dewan).

3.8 Sensitiviti

Maksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb (Kamus Dewan).

3.9 Kriteria

Maksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asas pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).

4. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADHIRI OLEH ORANG ISLAM

4.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadhiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

4.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbul-simbul agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

4.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menyolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyingung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

4.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

5. PENUTUP

Sekiranya terdapat keraguan atau ketidakjelasan dalam mentafsir dan melaksanakan Garis Panduan ini hendaklah merujuk kepada;

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Blok D7, Parcel D,

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502, PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 4253

Fax: 03-8889 1993

GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM

GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM

1. TUJUAN

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.

2. PENDAHULUAN

2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).

2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;

b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN

3.1 Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berikut:

3.1.1 Takrif

3.1.2 Program Hiburan

3.1.3 Persembahan Muzik

3.1.4 Lirik Lagu

3.1.5 Persembahan Artis

3.1.6 Persembahan Tarian

3.1.7 Tanggungjawab Penganjur

3.1.8 Kesimpulan

3.2 Takrif

3.2.1 Hiburan

Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. (Kamus Dewan).

3.2.2 Nyanyian

Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan).

3.2.3 Muzik

Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. (Kamus Dewan).

3.2.4 Tarian

Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. (Kamus Dewan).

4. GARIS PANDUAN

Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;

a) Program Hiburan

i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.

iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.

iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.

v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.

vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

b) Persembahan Muzik

i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.

ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.

iii. Tidak melalaikan.

c) Lirik

i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.

ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.

iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.

iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.

v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.

vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.

vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.

viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.

d) Persembahan Artis

i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.

ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.

iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

e) Persembahan Tarian

i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.

v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

f) Tanggungjawab Penganjur

Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan.

5. Kesimpulan

Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam.

RUJUKAN

1. Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, Kuwait.

2. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

3. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.

4. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.

5. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.

6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.

7. Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.



[1] Sesuatu perbuatan yang haram (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)

[2] Cubaan, gangguan, hasutan dan kekacauan (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran)

[3] Perkataan dan sebagainya yang tidak mendatangkan hasil serta tidak memberi faedah dan manfaat . (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)

Sep 4, 2009

10 TIPs Mejadi Pasangan Terbaik

KURANG berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka.

Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.

Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan.

Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.

Minggu ini, Pesona berkongsi 10 tip bagaimana menjadi pasangan yang baik sekali gus memperbaiki hubungan rumah tangga atau percintaan.

1)Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2)Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3)Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4)Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5)Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7)Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8)Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9)Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10)Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak. - JULIA ISMAIL

Aug 14, 2009

Lima fakta

RENUNGI lima fakta kesihatan yang dipaparkan Kosmo! pada minggu yang mungkin bakal membantu memperbaiki tahap kesihatan anda sekeluarga.

Bahaya rokok eletronik

PEROKOK yang menggunakan rokok elektronik atau rokok-e kini didapati terdedah kepada bahaya bahan-bahan kimia beracun. Rokok-e yang menawarkan campuran cecair nikotin, perisa dan bahan-bahan kimia lain tanpa asap ini terbukti tidak 100 peratus selamat.

Satu kajian saintifik mendapati rokok-e mengandungi karsinogen dan bahan-bahan kimia bertoksik seperti diethylene glycol.


SEBANYAK 19 variasi rokok elektrolik telah diuji dan didapati tidak selamat.


Syarikat-syarikat Britain yang menjual rokok-rokok ini bagaimanapun mendakwa rokok-rokok standard itu tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya dan toksin berkarsinogenik.

Namun, Pentadbiran Perubatan dan Makanan Amerika Syarikat (AS) yang telah menguji 19 variasi rokok elektronik telah mengeluarkan surat amaran tentang tahap keselamatan produk-produk ini.

Meskipun rokok-e diharamkan di sesetengah negara seperti Kanada, ia boleh didapati dengan mudah melalui pelbagai laman web Britain. Malah, sebahagiannya juga mengandungi perisa seperti strawberi dan karamel yang dibimbangi boleh menarik minat pengguna kanak-kanak.

"Kami mengesyorkan sesiapa yang ingin berhenti merokok agar mencuba produk nikotin perubatan lain seperti gula-gula getah atau inhalator yang telah diuji selamat dan berkesan," kata Deborah Arnott, Pengarah Action on Smoking and Health AS. - Independent

Teka-teki silang kata lambatkan dementia

Bermain daun terup, membaca dan bermain teka-teki silang kata. Inilah antara aktiviti yang boleh melambatkan proses seseorang mendapat penyakit dementia (gangguan ingatan).

Para penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einsten di New York, Amerika Syarikat (AS) telah menjalankan satu kajian ke atas 488 orang yang berusia antara 75 hingga 85 tahun selama lima tahun. Peserta-peserta kajian ini tidak menghidap dementia pada awal kajian dijalankan.


AKTIVITI bermain catur boleh mencergaskan otak.


Sepanjang tempoh kajian dijalankan, seramai 101 peserta telah didapati menghidap dementia. Pada awal kajian, peserta dikehendaki melaporkan kadar kekerapan mereka mengambil bahagian dalam enam aktiviti minda.

“Aktiviti-aktiviti ini mungkin membantu mengekalkan tahap kecergasan otak. Tetapi, kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan penyertaan berterusan dalam aktiviti ini boleh mencegah atau melambatkan proses dementia,” kata Charles Hall, seorang penyelidik dalam satu kenyataan kepada Journal of Neurology.

Malaria berasal dari monyet cimpanzi?

Beberapa tahun kebelakangan ini, penyakit-penyakit seperti HIV-AIDS dan Ebola dikatakan berkait rapat dengan monyet cimpanzi. Terbaru, para saintis mendapati penyakit maut, malaria juga berpunca daripada monyet ini.

Melalui laporan Proceedings of the National Academy of Sciences, Dr. Nathan D. Wolfe, mendedahkan: ”Seperti sejarah, malaria telah sekian lama menjadi penyakit manusia. Kini, jelas bahawa sesuatu penyakit yang merebak daripada haiwan kepada manusia bukan sahaja boleh bertahan selama beberapa dekad, malah berkurun-kurun lamanya,” kata Wolfe dari Universiti Stanford.


CIMPANZI memiliki sejenis parasit yang mirip parasit penyebab malaria.


Malaria yang meragut lebih sejuta nyawa di seluruh dunia setiap tahun ini berpunca daripada sejenis parasit, Plasmodium falciparum. Parasit ini berjangkit daripada seorang manusia kepada yang lain menerusi gigitan nyamuk.

Monyet cimpanzi didapati memiliki sejenis parasit yang berkaitan iaitu Plasmodium reichenowi. Kajian mendapati parasit versi manusia itu lebih cenderung terhasil daripada jenis parasit monyet cimpanzi. – AP

Depresi seawal tiga tahun

DEPRESI dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tiga tahun bukan lagi mitos tetapi satu realiti.

Ketua kajian tersebut, Dr. Joan Luby yang juga seorang pakar psikiatri di Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS) berkata:” Tidak ramai yang memberi perhatian penuh terhadap gangguan depresi dalam kalangan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah. Mereka tidak merasakan bahawa itu boleh berlaku memandangkan kanak-kanak tersebut terlalu mentah untuk mengalami depresi.”


ADAKAH anak anda mengalami depresi?


Kajian sebelum ini menunjukkan gangguan depresi menjejaskan kira-kira dua peratus (160,000 orang) kanak-kanak prasekolah di AS.

Gangguan depresi dilaporkan lebih cenderung menyerang kanak-kanak yang mempunyai ibu yang mengalami depresi serta memiliki gejala gangguan emosi yang lain.

Kanak-kanak yang mengalami depresi mungkin kelihatan sedih sewaktu bermain dan permainan mereka juga kemungkinan mempunyai tema seperti kematian atau topik-topik sedih. Simptom seperti hilang selera makan, gangguan tidur dan kerap melepaskan rasa marah juga mungkin petanda wujudnya depresi dalam diri anak. – AP

Tonton TV tingkat tekanan darah

KANAK-KANAK yang menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan televisyen, komputer dan permainan video mungkin berisiko besar mendapat masalah tekanan darah tinggi.

Para penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Sepanyol telah menilai hubungan rapat antara tekanan darah serta perilaku tidak aktif terhadap 111 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia tiga hingga lapan tahun.

Dalam tempoh tujuh hari kajian, kanak-kanak ini telah memakai sebuah peranti khas untuk merekod tahap kecergasan aktiviti masing-masing. Ibu bapa juga perlu melaporkan sekerap mana anak-anak mereka menghabiskan masa menonton televisyen (TV), bermain permainan video, melukis atau sekadar melakukan aktiviti kurang aktif.


JANGAN kerap menonton televisyen.


Kanak-kanak ini didapati menghabiskan purata 1.5 jam sehari di hadapan TV, komputer dan bermain permainan video. Manakala lima jam pula dihabiskan untuk perkara kurang aktif.

“Aktiviti kurang aktif, secara sifnifikannya tidak berkait rapat dengan tekanan darah sistolik atau diastolik selepas faktor usia, jantina, ketinggian dan peratusan lemak badan dikawal. Tetapi, tempoh masa yang dihabiskan di hadapan TV dilihat mempunyai hubungan rapat dengan tekanan darah sistolik dan diastolik,” jelas David Martinez-Gomez dari Universiti Iowa dan Majlis Penyelidikan Kebangsaan Sepanyol di Madrid. – AFP

Menangani anak cerewet makan

Tangani anak yang tidak suka makan atau terlalu cerewet memilih makanan dengan tip-tip berikut.


GALAK anak menyediakan sajian bersama-sama. - Gambar hiasan


KEGEMUKAN atau masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang baru diperkatakan. Ibu bapa kerap risau jika anak mereka kuat makan sehingga boleh menyumbang kepada kegemukan.

Namun, tanpa disedari kanak-kanak yang cerewet makan juga menjadi masalah yang patut diambil berat oleh ibu bapa.

Ini kerana, masalah itu boleh menjejaskan pertumbuhan fizikal dan psikologi kanak-kanak berkenaan.

Ibu bapa yang mempunyai anak cerewet makan sahaja yang tahu betapa sukarnya berhadapan dengan masalah ini. Bayangkan, pelbagai cara dilakukan ibu bapa untuk menarik perhatian si kecil untuk menjamah makanan. Namun, tidak berhasil.

Masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk mengemas rumah, membasuh baju dan lain-lain terpaksa dikorbankan demi memujuk si kecil makan. Untuk itu, Pesona menyenaraikan beberapa cara menangani kanak-kanak yang cerewet memilih makanan:


ANAK cerewet makan boleh menjejaskan perkembangan fizikal mereka. - Gambar hiasan


Sajian comel

Sediakan sajian berkhasiat tetapi dalam bentuk yang comel untuk menggoda si kecil menjamahnya. Misalnya, anda boleh meletakkan pelbagai jenis sayuran aneka warna atau membuat bentuk mainan daripada buah-buahan pada sajian mereka.

Ini akan membuatkan si kecil makan dan mendapat zat yang secukupnya daripada sajian yang diberikan.

Pelbagaikan menu

Sediakan menu yang berlainan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ini dapat mengelakkan si kecil berasa jemu.


PIKAT anak dengan sajian comel tetapi berkhasiat. - Gambar hiasan


Alihkan perhatian

Jika anak tidak mahu menjamah makanan yang diberi, cuba alihkan perhatiannya. Tunjukkan pada si kecil bahawa makanan tersebut sangat enak dan anda sangat berselera ketika menikmatinya.

Ia secara tidak langsung membuatkan anak anda teringin untuk mencubanya. Selang seli menyuapkan makanan tersebut pada mulut anda dan juga pada mulut si kecil.

Temani anak

Temani anak anda sepanjang dia makan, dan jadikan waktu itu pengalaman santai yang menyeronokkan.

Jauhkan makanan ringan

Jauhkan makanan ringan seperti kentang goreng daripada rumah anda. Makanan ini mempunyai kandungan nutrisi yang rendah dan akan merosakkan selera makan anak anda terhadap makanan yang lebih berkhasiat.

Jumlah sedikit

Beri makanan dalam jumlah yang sedikit, tetapi lebih kerap. Ruang perut anak adalah kecil. Oleh itu, mereka akan berasa lapar dengan lebih cepat.

Buat sajian

Galakkan anak anda merancang dan membuat sajian bersama-sama. Ia sekali gus membuatkan anak anda bersemangat untuk menikmati makanan yang mereka sediakan bersama ibu tersayang.

Sajian lain

Jika anak anda menyukai makanan tertentu, cuba masak makanan lain dengan cara yang sama.

Jul 10, 2009

Merancak tumbesaran anak

Setiap anak berhak diberi peluang berkongsi hobi atau minat yang serupa dengan ibu bapa atau orang dewasa.

MENDIDIK anak melalui teladan lebih berkesan berbanding teori semata-mata.


SETIAP pasangan yang baru menimang cahaya mata mungkin mempunyai impian ideal untuk mendidik anak. Anak diibaratkan seperti sehelai kain putih yang boleh 'dicorakkan' dengan pelbagai kaedah didikan berbeza.

Namun, dalam proses tumbesaran mereka, adakalanya ibu bapa terlepas pandang satu persoalan penting yang perlu dititikberatkan. Apakah sebenarnya yang membentuk memori indah zaman kanak-kanak seseorang?

Sungguhpun begitu, tiada sesiapa pun boleh memberi jawapan tepat kerana memori indah itu terlalu subjektif. Bukan sahaja persekitaran yang mempengaruhi tetapi juga apa yang 'disajikan' oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Maksudnya, setiap anak berhak diberi peluang berkongsi hobi atau minat yang serupa dengan ibu bapa atau orang dewasa yang lain. 'Peluang' inilah yang dimaksudkan sebagai sajian daripada ibu bapa masing-masing.

Seperti dalam sebuah buku tulisan Alecia T. Devantier, 101 Things Every Kid Should Do, beliau mencadangkan pelbagai perkara yang boleh dilakukan untuk merancakkan tempoh tumbesaran anak.

Sebagai seorang bekas pendidik, Alecia telah mengendalikan sejumlah bengkel dan terlibat dalam sebuah program pembangunan kokurikulum nasional. Dengan pengalaman luas dalam bidang ini, beliau percaya mendidik anak melalui tauladan lebih berkesan berbanding teori semata-mata.

Dalam buku setebal 271 muka surat ini, Alecia telah menghimpunkan satu koleksi cadangan aktiviti yang difikirkan penting dalam proses pembesaran anak. Cadangan aktiviti-aktiviti ini disyorkan untuk anak-anak yang berusia dalam lingkungan antara tiga hingga 12 tahun.

Dilengkapi dengan penerangan yang cukup terperinci untuk setiap cadangan, ibu bapa boleh juga menyesuaikan cadangan mengikut gaya hidup dan persekitaran negara yang didiami.

Setiap cadangan pula disertakan dengan beberapa contoh aktiviti praktikal yang boleh dilaksanakan oleh si anak. Cadangan pertama yang disyorkan ialah setiap anak perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik.

Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mencuba pelbagai aktiviti, misalnya menderma sebahagian daripada wang saku untuk tujuan amal atau mengutip sampah yang berselerak di taman.

Jika contoh ini kedengaran terlalu biasa untuk dipraktikkan, mungkin anda boleh mencuba cadangan ke-22 iaitu setiap anak perlu menghasilkan hadiah buatan sendiri yang istimewa. Hadiah-hadiah buatan ini pasti menjadi kenangan terbaik untuk ibu bapa sempena hari istimewa atau pun sekadar dihadiahkan kepada nenek dan datuk.

"Tiada yang lebih bermakna bagi mana-mana ibu bapa, selain menerima hadiah buatan sendiri daripada anak. Hadiah-hadiah ini semestinya sangat berharga kerana ia dibuat dengan penuh kasih sayang dan perhatian," ujar Alecia dalam buku tersebut.

Untuk pengalaman yang lebih mencabar, Alecia mensyorkan setiap anak diberi peluang mengusahakan sebuah kebun sayuran. Kanak-kanak, katanya, secara am perlu mempelajari erti kesabaran. Mereka mungkin memiliki perasaan ingin tahu yang tinggi tetapi kurang dari segi bersabar.

Biarpun begitu, Alecia sedar bukan semua anak membesar dalam persekitaran yang cukup luas untuk berkebun. Namun, ini tidak harus menjadi alasan untuk tidak memberi anak-anak pengalaman itu.

"Apa yang diperlukan, hanyalah satu pasu kecil yang diletakkan di tepi sebuah tingkap. Jika tiada pasu sekali pun, bekas serbuk kopi pun boleh mainkan peranan. Itu sahaja," jelasnya dalam buku terbitan Sourcebooks, Inc.

Selain berkebun, antara 101 cadangan aktiviti lain yang boleh membentuk kenangan kepada anak apabila besar nanti termasuklah setiap anak perlu:

*Menghasilkan piza
*Meniup buih-buih sabun
*Mempunyai seorang rakan baik
*Bermain dengan makanannya
*Dibenarkan menghias bilik mengikut tema pilihan peribadi
*Merasai misteri sesebuah magis
*Membuat kerja rumah tanpa sebarang bayaran
*Diberi peluang berlagak seperti seorang kanak-kanak

Menerusi penggunaan bahasa yang cukup ringkas dan penerangan padat, buku ini sesuai sebagai rujukan untuk golongan ibu bapa mahupun guru.

Jun 6, 2009

Mimpi

Ludah ke kiri tiga kali

MIMPI dialami semua orang. Bezanya ada yang mengalami mimpi baik dan buruk. Mimpi buruk kadangkala menghantui hidup seseorang, lebih-lebih lagi ia menggambarkan keadaan yang mengerikan dan menakutkan.

Justeru, bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah bertindak seperti berikut:

  • Meludah ke kirinya tiga kali.

  • Meminta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan mimpinya yang dahsyat, tiga kali.

  • Membalikkan tubuh (mengubah kedudukan).

  • Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.

  • Mengambil wuduk dan bersolat, sekiranya mahu.

    Berhubung dengan mimpi, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi (buruk) adalah daripada syaitan. Apabila seseorang antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang mendengarnya." (Hadis Riwayat Muslim)
  • May 27, 2009

    Menghidupkan semula hubungan pudar


    berfikir sejenak tentang hubungan di waktu bahagia, pasti boleh mengembalikan kerukunan rumah tangga. -
    Setelah bertahun-tahun hidup bersama sebagai suami isteri dan sudah terlalu selesa dengan hubungan tersebut membuatkan tanpa disedari masing-masing mengambil mudah pada ikatan yang ada.

    Keadaan itu lama-kelamaan mungkin boleh menjadikan hubungan semakin hambar dan hilang 'magisnya'. Lebih mengecewakan jika keceriaan rumah tangga yang terhakis membawa kepada kesan lebih buruk seperti perceraian bermula daripada kesilapan kecil.

    Berikut beberapa panduan yang mungkin boleh diambil perhatian bagi mengembalikan semula kemesraan dan keintiman dalam rumah tangga yang semakin pudar.

    1. Memaafkan pasangan walaupun anda mungkin tidak boleh melupakan apa yang dia lakukan.

    Kadang kala kegembiraan lebih penting daripada mencari kebenaran. Ia akan menjadi lebih mudah selagi ikatan perkahwinan itu masih dirasai dan dihormati. Begitupun anda masih perlu berwaspada untuk mengelak perkara sama berulang lagi pada masa depan.

    2. Meminta maaf (sekerap yang boleh) dan dilakukan dengan ikhlas. Ingat jika pasangan anda marah atau terluka dengan perbuatan tertentu anda, perbuatan sama juga boleh melukakan hati anda jika dia yang melakukannya.

    3. Cuba selami dan merasai 'kesakitan' yang dialami pasangan. Sekurang-kurangnya sehari sekali anda cuba berfikir sejenak bagaimana agaknya perasaan pasangan anda jika anda melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

    4. Membina hubungan. Perkara-perkara kecil seperti minum teh bersama, menyuruh menukar cadar, bertanya apa hidangan makan malam dan sebagainya, sebenarnya membantu menghidupkan lagi sesuatu hubungan.

    5. Bersangka baik terhadap pasangan. Sebagai contoh jika dia mengeluh anggaplah dia penat, bukan bosan manakala jenakanya yang tidak lucu adalah usahanya untuk berlawak bukan untuk merendahkan anda. Cara ini bukan saja dapat menghindari konflik tetapi menjadikan hubungan lebih menarik.

    6. Curahkan pujian-pujian. Ini boleh membawa aura positif dalam hubungan anda dan boleh menjadi 'magis' yang diperlukan untuk menghidupkan lagi hubungan.

    7. Bangkitkan perasaan positif dengan mengingat perkara-perkara yang baik pada masa lalu. Selak semula gambar-gambar lama semasa bercuti dan berbuallah mengenai bagaimana anda berdua bertemu.

    8. Bina semula kepercayaan dalam hubungan. Antaranya, bersama-sama melakukan perkara-perkara yang anda berdua suka. Rancang percutian atau berkebun atau mengecat semula bilik bersama-sama.

    9. Buka ruang untuk berbincang. Apabila suasana rumah tangga semakin baik dan tidak tegang, cuba berbincang mengenai apa yang anda mahu lihat dalam perhubungan anda dan apa yang masing-masing boleh memainkan peranan.

    Cara paling baik mengambil angkah demi langkah untuk membaiki hubungan dalam hidup anda.

    May 15, 2009

    Disiplin diri melangsai hutang

    Terdapat banyak cara untuk melangsaikan hutang. Bayar sikit-sikit atau anda boleh juga bayar dalam jumlah yang besar. Tapi bagaimana?

    Rancangan yang perlu dilakukan mulai sekarang:

    A. Tulis dan tampal di dinding amaun keseluruhan hutang yang perlu dibayar.

    Tampal di cermin meja solek, di papan kenyataan di rumah atau pejabat. Jangan diturunkan selagi hutang belum selesai.

    B. Bajet merupakan salah satu rahsia agar proses melaksanakan perancangan kewangan dapat dijalankan dengan baik. Sehingga hutang dibayar, kita hendaklah mengikut bajet yang telah ditetapkan.

    C. Potong semua yang tidak penting. Semua transaksi yang ditulis dalam bajet hendaklah dibayar atau dibeli dengan wang tunai sahaja. Perkara yang tidak penting hendaklah dipotong atau ditunda untuk sementara waktu.

    D. Hutang juga boleh diselesaikan dengan beberapa cara. Sekiranya rancangan A, B dan C sudah dilakukan dan masih ada hutang yang belum selesai, jangan risau kerana ada beberapa rancangan lain yang boleh dilaksanakan. Antaranya memotong penggunaan kad-kad kredit sehingga tinggal satu atau dua sahaja. Sekiranya terpaksa mengeluarkan wang simpanan untuk mengurangkan hutang ini, keluarkanlah. Namun, bukanlah kesemuanya kerana wang simpanan perlu ada pada waktu kecemasan.

    Tabiat baik melangsaikan hutang:

    n Ini merupakan rancangan yang agak bahaya. Kenapa? Rancangan ini memerlukan seseorang yang mempunyai semangat dan disiplin yang kuat. Tidak semua orang boleh mengambil rancangan ini sebagai jalan penyelesaian. Apa yang patut dilakukan adalah mencampurkan semua hutang yang kita ada. Telefon beberapa bank dan institusi kewangan yang memberikan peluang dan memberikan kadar faedah yang rendah.

    Setelah kita berbincang dengan suami atau isteri dan pihak bank atau institusi kewangan tersebut, pindahkan jumlah hutang ini pada bank atau institusi yang kita pilih. Setelah dilakukan, jangan pula anda menambahkan hutang yang baru. Inilah sebabnya disiplin diperlukan untuk membayar.

    n Jika hutang kita adalah ansuran bulanan, telefon pengurus bank yang menguruskan pinjaman perumahan dan minta mereka membantu. Ini kerana kadar faedah telah dikurangkan dan bincang semula bayaran bulanannya.

    n Sekiranya rumah yang kita duduki sekarang adalah rumah sendiri, jika keadaan sudah memaksa, kita boleh re-finance rumah untuk mendapatkan wang tambahan. Ini boleh membantu mengurangkan hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi.

    n Sekali lagi diingatkan, kad kredit menyebabkan ramai dibebani hutang yang banyak. Lakukan penyelidikan yang teliti untuk mendapatkan bank atau institusi kewangan yang memberikan kadar faedah yang rendah.

    Gunakan kad kredit yang mempunyai faedah yang paling rendah. Apabila kita membuat pembelian dengan kad kredit, ada bank yang memberikan 20 hari pertama di mana mereka tidak mengenakan apa-apa faedah.

    Jika bijak, kita boleh membeli apa saja, akan tetapi kita mesti membayar amaun keseluruhan yang kita gunakan ini sebelum cukup 20 hari tersebut tanpa faedah.

    Berapa ramaikah di kalangan kita mempunyai disiplin untuk melakukannya? Jangan ambil risiko sekiranya kita tidak mempunyai disiplin yang tinggi.

    Tabiat-tabiat yang dilarang untuk membayar hutang:

    n Jangan sesekali mengeluarkan wang simpanan yang diperlukan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak kita, sekiranya anak kita akan melanjutkan pelajaran mereka dalam setahun dua ini. Ia merupakan satu kesilapan yang besar.

    n Jangan menggunakan wang simpanan untuk persaraan jika kita akan bersara dalam tempoh terdekat. Ini termasuk wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji atau Amanah Saham kerana wang itu kita perlukan untuk menjana wang pada hari persaraan.

    Walau apa pun yang kita lakukan untuk membayar hutang, bayarlah dengan proses yang betul dan tidak mendatang kemudaratan kepada diri sendiri dan ahli keluarga yang lain.

    Apr 28, 2009

    Manfaat Membaca


    SATU ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar suatu suara mengaku sebagai Tuhan serta menyatakan beliau mencapai taraf kedudukan yang tinggi di sisi Tuhannya.


    “Wahai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu. Engkau sudah mencapai darjat kekasihku. Mulai hari ini, aku halalkan bagimu apa yang aku haramkan atas hamba-hambaku.”


    Mendengar seruan itu, tahulah Syeikh Abdul Kadir yang ia adalah suara syaitan cuba memperdayakannya. “Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang sudah diharamkan-Nya.”

    Syaitan tidak berputus asa, lalu ia berkata lagi: “Sudah ramai wali Allah yang berjaya aku sesatkan dengan helahku, tetapi engkau sudah selamat dari tipuanku kerana ilmumu tinggi.”

    Balas Syeikh Abdul Kadir: “Celakalah engkau, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tetapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku.”

    Demikianlah secebis kisah orang berilmu, tidak sedikitpun terpedaya dengan umpanan syaitan. Berbeza dengan orang jahil yang mudah tewas dengan pujuk rayu makhluk terkutuk itu.

    Wujud perbezaan ketara di antara orang berilmu dan jahil. Orang berilmu lebih mulia peribadi dan kedudukannya, bahkan dalam ibadat tinggi kualitinya, manakala kehidupannya pula lebih berhati-berhati, tetapi tidak pada orang jahil.

    Ini sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah, ayat 9 surah az-Zumar, antara lain bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?

    Setiap orang memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah. Oleh itu, kita diperintahkan untuk menempuh jalan melalui pelbagai cara untuk memperolehnya khususnya dengan membaca.

    Membaca juga perintah pertama yang disampaikan malaikat Jibril kepada Rasulullah.

    “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkan manusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahui.” (al-Alaq: 1-5)

    Menurut Dr Gamal Zakaria dalam bukunya berjudul Jalan Menuju Kedamaian, membaca adalah perintah yang paling penting dan paling bermakna ditujukan kepada seluruh umat manusia.

    “Kenapa perintah pertama mesti membaca? Betapa pentingnya membaca, Allah s.w.t menurunkan perintah terbabit pada wahyu pertama dengan mengulangi kalimah iqra’ sebanyak dua kali,” katanya.

    Beliau berkata, pada ayat terbabit, Allah s.w.t menjanjikan kepada sesiapa yang membaca kerana Allah akan dikurniakan kepadanya anugerah ilmu, pemahaman dan wawasan baru, walaupun objeknya sama.

    “Janji Allah dapat dibuktikan dengan sangat jelas dan pasti, ketika kita membaca ayat al-Quran.

    “Semakin banyak dan berulang kali kita membacanya, akan muncul penafsiran baru, pengembangan pendapat terdahulu dan keajaiban walaupun membaca ayat yang sama.

    “Begitu juga halnya ketika ahli pengkaji membaca alam jagat raya melalui fenomena dan kejadiannya, akan lahirlah penemuan dan teori baru,” katanya.

    Kita mendapati orang yang berilmu tabiatnya suka membaca.

    Membaca membekalkan ilmu dan keperluan utama untuk membangunkan sebuah peradaban dan bangsa yang maju.

    Dr Gamal berkata, semakin mantap dan bermutu bacaan sesuatu bangsa, semakin tinggi peradabannya.

    “Hal ini dibuktikan oleh bangsa yang maju dan memiliki peradaban yang tinggi. Mereka adalah bangsa yang rajin membaca buku berkualiti dan menjadikan budaya membaca sebahagian daripada keperluan hidup mereka.

    “Bertitik tolak daripada budaya membaca ini lahir karya agung dalam berbagai-bagai bidang.

    “Namun ironinya, masyarakat kita pada hari ini adalah masyarakat yang malas membaca termasuk warga kampus.

    “Pensyarah dan mahasiswa jarang mengunjungi perpustakaan sehingga masih banyak buku yang belum terjamah.

    “Masyarakat kita gemar membaca bahan yang bercorak hiburan, sukan dan hobi berbanding buku ilmiah,” katanya.

    Bahkan tidak mustahil juga dengan tabiat malas membaca, menyebabkan semakin ramai orang yang jahil lagi bodoh, sehingga orang ini mengambil tempat dalam masyarakat dan negara, mengakibatkan semuanya punah.

    Maksud sabda Nabi s.a.w berikut wajar direnungi: “Allah tidak menarik kembali pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang yang berilmu. Apabila orang berpengetahuan sudah punah, masyarakat mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin dan tempat bertanya. Orang ini akan berfatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan.”

    Apr 23, 2009

    Si manja idamanku


    Rangsang minda anak anda tentang asas yang kuat mengenai masa depan akademik, kreativiti dan pencapaian sosial.


    SEBAGAI ibu yang penyayang, naluri anda sentiasa mahu melihat anak membesar dalam lingkungan sihat dan mampu mencapai kejayaan dalam meniti alam dewasa serta menjadi kebanggaan masyarakat. Ini yang dimahukan semua wanita yang bergelar ibu di dunia.

    Untuk menjadi seorang dewasa, bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang boleh datang secara semulajadi kepada anak anda. Dia perlu melakukannya dengan sendiri. Untuk menjamin kejayaan, dia perlu mendahului umurnya bermula dari peringkat awal selain memerlukan kasih sayang, perhatian, penjagaan dan banyak bantuan daripada anda.

    Jadikan Impian Anda Kenyataan

    Masa yang terbaik untuk menyerapkan segala potensi sebagai seorang dewasa adalah bermula dari dua hingga enam tahun. Pada ketika ini, fizikal, mental, sosial dan emosi si kecil anda mula membangun. Ia juga adalah masa yang tepat untuk menentukan asas pemakanan yang terbaik untuk kesihatan bagi memastikan kesihatannya. Anda juga boleh memupuk kualiti yang membolehkan si kecil anda mencapai potensi dan kejayaan yang cemerlang bagi menempuh cabaran mendatang.

    Untuk berbuat demikian, anda perlu menumpukan masa, tenaga dan usaha yang amat jitu. Anda perlu berikan perhatian, penjagaan dan memberikan segala peluang dengan sebanyak yang boleh. Anda akan menempuh saat berharga, pengalaman mengharukan dan boleh hilang kesabaran sepanjang tempoh itu. Tapi percayalah, ia sememangnya amat berbaloi anda berbuat demikian.

    Beri Fokus Elemen Penting

    Bagi membantu anak anda menjadi dewasa yang sihat, pandai dan ceria, anda perlu tentukan beberapa perkara penting seperti:

    "Pupuk perasaan ingin tahu. Ia dapat membantu dan memberi peluang kepada anak anda untuk membangunkan pelbagai kemahiran dan sifat-sifat keperibadian yang positif.

    "Tanam sifat suka belajar. Rangsang minda anak anda tentang asas yang kuat mengenai masa depan akademik, kreativiti dan pencapaian sosial.

    "Bantu dirinya untuk membina harga diri dan keyakinan. Ia dapat mempertingkatkan keupayaan dirinya untuk membina hubungan sihat dan membantunya menjadi ahli masyarakat yang bekerjasama, baik dan dapat menyatakan perasaan dan empati kepada yang lain.

    "Bermain dengan anak anda. Cara ini dapat merangsang keupayaan daya kognitif dan kemahiran lain yang ada.

    "Galakkan si kecil untuk bersenam. Aktiviti fizikal memperbaiki selera, meningkatkan kecergasan kardiovaskular dan memberi banyak manfaat kepada kesihatan yang lain.

    Penting untuk diingatkan bahawa semua anak adalah unik dan membesar dengan pelbagai cara. Jadi perlu ada jangkaan realistik tentang keupayaan anak anda dan jangan sesekali membandingkan dengan adik beradik atau rakan sebayanya.

    Nutrisi Terbaik Adalah Kunci

    Perkara penting yang dapat membina asas terbaik untuk kesihatan anak anda adalah dengan memberikannya makanan yang betul dan menjadi tabiat sejak kecil. Pemakanan yang baik perlu menjadi salah satu perkara asas kerana ia merupakan punca kesihatan yang baik, pembesaran yang normal dan dapat mengoptimumkan pembesaran.

    Nutrisi yang baik adalah dengan memberi pemakanan yang berbeza dengan jumlah yang tertentu dan masa yang tepat. Ia akan memberikan dia nutrien yang diperlukan seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral bagi memenuhi nutrisi harian dan tenaga yang diperlukan.

    Sebenarnya tidak susah untuk membekalkan anak anda nutrisi yang baik sebab apa yang anda perlukan adalah:

    1. Pelbagaikan makanan anak anda setiap hari. Si kecil memerlukan nutrien yang berbeza mengikut jenis makanan.

    2. Seimbangkan kandungan makanan (seperti nasi, bijirin dan roti), buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan berprotein tinggi (seperti daging dan ikan), susu dan produk dari tenusu. Kurangkan makanan berlemak, berminyak, gula dan garam berlebihan.

    3. Ajar anak anda dengan pemakanan secara sederhana. Ia juga amat penting untuk memupuk tabiat pemakanan yang sihat seperti makan tepat pada masa, tidak melanggar waktu makan atau makan berlebihan.

    Sebenarnya, tiada sebarang soalan mengenai bagaimana hendak menjadikan tabiat pemakanan yang baik dan tersusun sepanjang masa berkenaan. Letak mereka dalam latihan sekarang dan anda akan lihat kesannya setelah melihat anak anda membesar dalam keadaan sihat untuk jangka masa yang panjang.

    Fakta Pembuka Mata

    Untuk mengoptimumkan keseluruhan tumbesaran dan pembangunan si manja anda, jadikan susu sebagai sebahagian daripada diet harian anak anda. Ia adalah punca kalsium yang terbaik mengandungi protein, karbohidrat, vitamin A & D, dan mineral (magnesium, phosphorous). Susu juga mempunyai anti oksiden seperti lutein, lemak asid yang diperlukan (DHA, AA) dan nukleotides yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan. Jadi berilah 1-2 cawan susu setiap hari kepada anak anda. Apabila dia tahu tentang kebaikan meminum susu itu, justeru akan meneruskan tabiat berkenaan.

    Rangsangan sentuhan ibu

    KASIHNYA IBU...


    ibu yang kerap bercakap dan menyentuh bayi mereka membantu merangsang perkembangan sosial bayi.

    Sentuhan merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi ibu untuk melahirkan kasih sayang kepada permata hati. Sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin, sentuhan menjalin perasaan kasih yang lebih mendalam buat si manja.

    Melalui sentuhan itu jugalah, bayi belajar bersosial dan berkomunikasi mengikut tahap perkembangan usianya. Sekiranya seseorang bayi itu memperoleh sentuhan yang kerap daripada ibunya, perubahan perkembangan tumbesaran dan kemahiran derianya akan memberi respons dan interaksi dengan orang tersayang dengan lebih cepat berbanding dengan bayi yang kekurangan belaian.

    Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai berkata, sentuhan lembut seorang ibu merupakan pemangkin kepada perkembangan sosial bayi.

    Pada peringkat usia dua bulan, senyuman dan sentuhan ibu semasa menyusu, memandi, menyalin lampin atau memakaikan baju adalah detik bayi mengenal siapa ibunya.

    ''Sentuhan itu seolah-olah bertindak sebagai pelindung dan luahan kasih sayang yang begitu mengasyikkan oleh seorang yang telah mengandung dan melahirkannya ke dunia ini.

    ''Pada waktu usia yang awal inilah detik terbaik untuk ibu menyentuh dan membelai bayi. Adalah suatu yang merugikan sekiranya tidak berbuat demikian dan hanya menyerahkan kepada pembantu rumah melakukannya.

    ''Ibu sebenarnya kehilangan peluang untuk mengasihi bayi yang dikandung selama sembilan bulan 10 hari itu kerana waktu inilah mereka mula mengenal ibunya dan memperoleh kasih sayang,'' katanya ketika majlis pelancaran Johnson's Baby Most Loving Moments, baru-baru ini.

    Menurut Dr. Anna, salah satu perkara yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang baru memperoleh anak ialah membeli pelbagai jenis permainan. Ini sebenarnya tidak perlu terutama pada usia di bawah empat bulan kerana bayi hanya boleh melihat pelbagai warna ketika berusia empat bulan.

    Pada usia bawah empat bulan, bayi hanya inginkan sentuhan dan wajah ibunya sahaja. Justeru itu, dinasihatkan ibu-ibu supaya sentiasa bercakap-cakap dengan bayi kerana ia adalah rangsangan kepada perkembangan sosial yang paling berkesan.

    ''Terdapat empat tanda jalinan kasih sayang yang sering dilihat pada bayi yang mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada seorang ibu. Bagaimanapun ia boleh dilihat mengikut peringkat usia.

    ''Pada peringkat usia sebulan, bayi anda akan mula tersenyum, dua bulan (mula mengeluarkan suara), empat bulan (cuba mencapai ibunya, menatap mata bayi menjadi lama dan bayi bergelak ketawa),'' ujarnya.

    Empat tanda jalinan kasih sayang

    - Bayi tersenyum lebih kerap

    Percaya atau tidak, menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua. Sedang bayi anda membesar, anda akan sedar bahawa senyumannya akan menjelma tiap kali anda berada di sampingnya atau setiap kali bayi menjangka kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa selamat dalam dunianya dan sudah bersedia untuk mempelajari tentang dunia yang sebenar kelak nanti.

    - Bayi cuba mencapai kepada ibunya

    Apabila bayi cuba mencapai kepada si ibu, bayi mungkin cuba memberitahu si ibu untuk memeluk dan membelainya; untuk merapatinya atau si bayi gembira dengan kehadiran ibu.

    Apa yang penting, bayi sedang menunjukkan rasa perlunya terhadap ibu, dan ini menandakan hubungan erat antara ibu dan anak. Semasa anak membesar, tindak balas positif anda tiap kali si manja mencapai ke arah anda akan membantu bayi lebih sedar akan pergerakannya dan cara membuat pergerakan yang bermakna.

    - Bayi bergelak ketawa

    Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya. Selain menunjukkan rasa teruja dan gembira, gelak pertama bayi menandakan perkembangan sosialnya kerana merupakan suatu tindak balas yang berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang tersayang.

    Apabila bayi gelak sebagai salah satu cara untuk bertindak balas dengan anda, ia merupakan cara bayi untuk memberitahu betapa seronoknya dia meluangkan masa dengan anda.

    Dengan berbunyi-bunyi manja pada waktu kehadiran anda, bayi menunjukkan bahawa mereka mengenali anda, dan sedang berhubung dengan anda. Dalam erti kata lain, bunyi-bunyi tersebut menandakan kegembiraannya dan juga sebagai tindak balasnya bagi kasih sayang, sentuhan dan perhatian yang anda berikan.

    - Tatapan mata bayi menjadi lebih lama

    Bayi juga menggunakan isyarat mata untuk berhubung. Apabila bayi menatap mata anda, suatu mesej berbaur kasih sayang mengalir antara bayi kepada anda yang meningkatkan kasih sayang antara anda dan si manja.

    Pandangan mata yang kemudiannya berkembang menjadi tatapan yang lama, merupakan salah satu kebolehan bayi yang dapat anda sedari. Pada hari-hari awalnya, bayi akan memberi sepenuh perhatian kepada anda, dan lirikan matanya akan mengekori anda apabila anda hampir dengannya.

    Melihat muka anda yang telah dia kenal seolah-olah mampu menenangkan si manja. Ada kalanya anda juga mendapati si manja seolah-olah sedang termenung ke arah anda. Ini adalah kerana bayi sedang cuba mengingat muka anda dan mengenalpasti bagaimana rupanya kasih sayang dan keselesaan.

    Apr 9, 2009

    Panduan pilih bakal isteri

    SEPERTI MANA sukarnya mencari permata di pelimbahan, begitu juga sukar mencari nilai seseorang untuk dijadikan suri dalam hidup.

    Bagi sesetengah lelaki, mencari wanita untuk disayangi dan seterusnya menjadi teman sepanjang meniti kehidupan tidak semudah memilih atau menukar pakaian.

    Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya, matlamat untuk hidup bahagia disusuli rasa kasih yang tiada taranya menjadi impian semua pasangan.

    Pun begitu, dalam soal memilih pasangan hidup banyak perkara harus difikirkan. Islam turut menggariskan ciri wanita yang harus menjadi pilihan lelaki biarpun jodoh, ketentuan takdir, ajal dan rezeki di tangan Yang Maha Esa. Namun, ciri tertentu harus menjadi sempadan dan perlu diambil kira ketika memilih calon yang layak.

    Pelbagai andaian dilakukan lelaki di samping meletakkan piawaian tertentu dalam memilih calon isteri. Kehidupan sosial dan peribadinya juga perlu diambil kira kerana melayari hidup bersama pasangan itu bukan untuk tempoh yang singkat, tetapi menyatukan dua jiwa untuk selamanya.

    Mungkin petua berikut mampu menjadi panduan penting kepada lelaki yang terlalu cerewet dalam memilih pasangan hidup.



  • Wanita kategori liar


  • Inilah jenis wanita yang sering dinasihati mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokkan.

    Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap mencubanya tidak wujud sempadan. Anda mungkin teruja dengan kegilaannya, tetapi tanpa sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.



  • Wanita si bom jangka


  • Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa sebarang amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal.

    Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah anda menjadi sasarannya.

    Individu seperti ini bukan saja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan penting dalam hidup anda berdua kelak.



  • Wanita si gula-gula


  • Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat anda sebagai pembimbing dan menyukai kewujudan anda.

    Dalam keadaan ini, anda seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

    Hakikatnya, mungkin diri sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya mungkin hanya menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.



  • Wanita si bintang


  • Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri anda.



  • Wanita si penggapai


  • Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih daripada apa yang anda miliki dan dia menyukai keadaan sedemikian kerana ia memberi jaminan kepada dirinya.

    Mengapa begitu? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya supaya dapat memberinya ruang untuk bergerak.

    Anda menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal dan anda dilihat sebagai punca masanya terbuang begitu saja sekadar untuk aktiviti bersama.

    Dia cenderung mengatakan setiap usahanya untuk kebahagiaan bersama. Tetapi, harus berhati-hati.



  • Wanita yang terluka


  • Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini dibelenggu emosi yang terluka sepanjang masa.

    Kewujudan anda sekadar kapal persinggahan sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang berlaku, siapa dirinya dan apa yang perlu dilakukannya.

    Sepanjang anda menjadi pasangannya, anda mendengar segala kisah buruknya. Bahkan, anda akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

    Biarpun anda menjangka dia mungkin akan menyintai anda, tetapi dia mungkin lebih memikirkan keadaan dirinya saja.

    Apr 8, 2009

    Kejernihan hati hindari perceraian

    PERCERAIAN bukan perkara baru. Cuma yang ingin dibangkitkan ialah jumlah kesnya yang begitu membimbangkan, malah kadangkala pada satu masa kesnya tidak terkawal, seolah-olah wabak yang kian merebak.


    Statistik terbaru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan perceraian masyarakat Islam sebanyak 20,529 kes pada 2007, manakala kes rujuk (berkahwin semula dengan pasangan) hanya 2,511.


    Perceraian pada dasarnya halal, tetapi ia adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: "Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak." (Riwayat Abu Daud, al-Hakim, as-Suyuti dan Ibn 'Adiyy)

    Bagi lelaki mudah untuk melafazkan cerai dan begitu juga wanita pantas meminta cerai apabila tidak sehaluan, tetapi suka atau tidak ia memberikan banyak kesan negatif.

    Kebajikan anak mungkin terabai, malah perkembangan emosi mereka juga terbantut, membuatkan mereka hidup dalam tekanan dan kerana itu kadangkala mereka mencipta masalah sama ada di rumah atau sekolah.

    Wajah gembira mereka tidak mustahil semakin pudar, kerana kurangnya kasih sayang ibu bapa, sehingga selalu muram, tidak ceria dan kurang keyakinan untuk bergaul bersama rakan sebaya.

    Justeru itu, pembentukan keluarga yang aman damai dan ideal harus menjadi idaman setiap pasangan. Dasar keimanan dan ketakwaan seharusnya digenggam setiap pasangan dalam mengharungi pancaroba kehidupan.

    Ini kerana iman dan takwa akan menerbitkan kesabaran yang tinggi terutama dalam menghadapi konflik rumah tangga dan tahap kesabaran juga secara langsung akan mempengaruhi emosi seseorang dalam membuat sesuatu keputusan pada saat kritikal.

    Sabar boleh diertikan sebagai tabah menghadapi sesuatu keadaan yang amat tidak disenangi dan penyerahan sepenuhnya kepada Allah serta tidak berputus asa dalam menghadapi ujian kehidupan.

    Daripada persepsi lain, sabar ialah kesediaan untuk menerima, kemampuan dalam menghadapi masalah dan daya ketahanan diri serta fikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

    Asas kepada kesabaran ialah emosi yang tenang dalam menghadapi segala macam konflik dalam diri, biasanya disebabkan hati. Selagi hati dan fikiran bersih, cetusan yang lahir juga menjurus kepada keadaan positif.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Ketahuilah dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Ketenangan emosi dan diri hanya boleh diperoleh jika mempunyai hubungan yang baik dengan Allah. Caranya ialah melalui amalan ibadat wajib dan sunat, manakala secara khususnya pula melalui zikir serta fikir.

    Zikir adalah ingat, iaitu melepaskan diri daripada lalai dan lupa dengan cara menghadirkan hati serta ingatan yang berterusan. Ingatan yang terbaik adalah ingatan kepada Allah.

    "Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)." (al-Baqarah:152)

    Faedah berzikir begitu banyak, antaranya ialah ia akan membuatkan kerisauan hilang dari hati, dapat membersihkan hati yang kotor, malah membuatkan hati bertambah tenang.

    Dengan cara inilah tercetusnya emosi yang tenang dan dengan emosi yang tenang seseorang itu akan dapat mengawal kemarahannya.

    Secara tidak langsung, ia juga dapat mengawal emosinya dalam menghadapi konflik perhubungan dan pastinya dengan emosi yang stabil akan membuahkan hasil pemikiran yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

    Fikir pula adalah tafakur, iaitu antara nilai ibadat paling tinggi. Berfikir bukanlah semata-mata hanya kepada keadaan dilalui setiap hari, malah merangkumi segala perkara, membabitkan urusan dunia dan akhirat.

    "Dan pada bumi ada tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang yang yakin dan juga kepada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil dan bukti itu)?" (adz-Dzariyaat:20-21)

    Menurut ahli sufi, tafakur adalah pelita hati dan jika tafakur itu hilang, tidak akan ada lagi pancaran dari hatinya.

    Selalu berfikir membuatkan hati seseorang itu bersih dan hati yang bersih dengan mudah dapat memutuskan sesuatu perkara walaupun berada dalam keadaan yang begitu mendesak.

    Bibit perceraian akan timbul apabila pasangan berasakan tekanan atas perkongsian hidup terutama ketika terperangkap dalam konflik pendapat, walaupun pada permulaannya ia hanyalah bersifat tekanan perkongsian hidup yang normal.

    Bagaimanapun, kerana kurang peka terhadap masalah dan cara penyelesaiannya, ia akan menjadi lebih rumit serta konflik ini akan menjadi lebih berat sehingga mengakibatkan implikasi negatif dalam hubungan.

    Justeru, penawar paling mujarab berdepan konflik ini tentunya zikir, fikir dan kesabaran, yang membentuk individu berfikiran matang, bertakwa dan beramal soleh, malah mendorong diri untuk mentauhidkan Allah dalam setiap sudut hidupnya.

    Mar 31, 2009

    Perkahwinan bukan semata-mata untuk seks

    Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak melanda istana roboh berderai. Sebolehnya jadikanlah binaannya kukuh, sekukuh istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan tetap utuh dan teguh.

    Namun kekukuhan dalam perkahwinan itu memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.

    Bagaimanapun, apabila melayari sebuah bahtera perkahwinan ramai yang menyatakan bahawa kebahagiaan dalam rumah tangga sebenarnya hanya bergantung kepada seks semata-mata.

    Memang tidak dinafikan bahawa seks amat penting di dalam perkahwinan dan juga membawa kepada beberapa akibat buruk jika tidak dipenuhi, namun itu bukanlah syarat utama dalam kemanisan kehidupan sesebuah perkahwinan.

    Pensyarah Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berpendapat, sesebuah perkahwinan yang bahagia harus mempunyai komponen kasih sayang, saling mempercayai dan menghormati, di samping memenuhi zahir dan batin.

    Kehidupan suami isteri perlu seimbang dalam pelbagai aspek. Tidak boleh memberi keutamaan kepada satu aspek sahaja, contohnya hubungan seks semata-mata tetapi sebaliknya harus bersifat sederhana.

    Bersederhana dalam erti kata cukup dalam memaniskan dan mengekalkan keutuhan rumah tangga itu. Misalnya dalam mencari kemewahan, janganlah sehingga mengabaikan keluarga sehingga keadaan porak peranda.

    Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memain peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak.

    "Ini kerana dari segi psikologi, lelaki dan wanita berbeza kehendak seksualnya. Organ-organ jantinanya berbeza. Lelaki dan wanita perlu sedikit pengetahuan mengenai seksualiti, barulah kepuasannya itu dirasai oleh kedua-dua pihak.

    "Selain itu, rata-rata wanita Asia seorang yang pemalu, tidak bersifat terbuka mengenai isu berkaitan dengan seks, lebih memendam rasa dan tidak suka berterus terang dengan suami. Ada juga isteri hanya mahu menanti dan bahkan tidak pernah diberi peluang untuk mencapai kepuasan.

    "Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami-isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan,'' katanya ketika ditemui di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

    Menurut Dr. Saedah, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang dianugerahkan Allah dengan tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat anak Adam dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.

    Di samping itu, ia juga antara kaedah dala menguruskan tekanan atau stres serta menjalin hubungan mesra dan menyemai kasih sayang serta cinta antara suami isteri.

    "Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan, ia hanya bentuk aktiviti yang bertanggungjawab serta halal. Oleh itu, suami tidak harus memberi keutamaan dalam hal ini sedangkan banyak lagi komponen yang penting dalam melayari bahtera tersebut.

    "Bahkan, tanggungjawab suami juga cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumah tangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumah tangga,'' tambahnya.

    Katanya yang berpengalaman dalam bidang kaunseling hampir 20 tahun, dalam membina sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan untuk sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami, sentiasa berbincang dan bermusyawarah. Sifat ini amat perlu sama ada dalam menghadapi permasalahan kecil atau pun besar.

    "Tanggungjawab suami sebagai pemimpin dalam sebuah rumah tangga merupakan satu amanah Allah yang wajib ditunaikan. Ini bermakna menjadi tanggungjawab kepada suami untuk menanggung perbelanjaan keluarga mengikut kemampuannya.

    "Kewajipan ini termasuk juga sama ada isteri mempunyai harta atau pendapatan sendiri. Bagaimanapun isteri boleh menyumbang untuk perbelanjaan keluarga dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

    "Oleh itu, sebagai suami , mestilah sedaya upaya berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab menyediakan perbelanjaan keluarga seperti tempat tinggal, pakaian, makan, minum dan sebagainya. Cuai memberi nafkah zahir adalah merupakan satu dosa,'' tegasnya.

    Secara kesimpulan, peranan seks dalam perkahwinan perlulah bersifat sederhana, janganlah ia dijadikan tunjang utama sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain. Suami isteri perlu memahami peranan masing-masing dalam perkahwinan, jika mahu melihat ia terus utuh.