Bagi sesetengah lelaki, mencari wanita untuk disayangi dan seterusnya menjadi teman sepanjang meniti kehidupan tidak semudah memilih atau menukar pakaian.
Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya, matlamat untuk hidup bahagia disusuli rasa kasih yang tiada taranya menjadi impian semua pasangan.
Pun begitu, dalam soal memilih pasangan hidup banyak perkara harus difikirkan. Islam turut menggariskan ciri wanita yang harus menjadi pilihan lelaki biarpun jodoh, ketentuan takdir, ajal dan rezeki di tangan Yang Maha Esa. Namun, ciri tertentu harus menjadi sempadan dan perlu diambil kira ketika memilih calon yang layak.
Pelbagai andaian dilakukan lelaki di samping meletakkan piawaian tertentu dalam memilih calon isteri. Kehidupan sosial dan peribadinya juga perlu diambil kira kerana melayari hidup bersama pasangan itu bukan untuk tempoh yang singkat, tetapi menyatukan dua jiwa untuk selamanya.
Mungkin petua berikut mampu menjadi panduan penting kepada lelaki yang terlalu cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokkan. Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap mencubanya tidak wujud sempadan. Anda mungkin teruja dengan kegilaannya, tetapi tanpa sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya. Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa sebarang amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal. Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah anda menjadi sasarannya. Individu seperti ini bukan saja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan penting dalam hidup anda berdua kelak. Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat anda sebagai pembimbing dan menyukai kewujudan anda. Dalam keadaan ini, anda seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya. Hakikatnya, mungkin diri sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya mungkin hanya menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya. Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri anda. Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih daripada apa yang anda miliki dan dia menyukai keadaan sedemikian kerana ia memberi jaminan kepada dirinya. Mengapa begitu? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya supaya dapat memberinya ruang untuk bergerak. Anda menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal dan anda dilihat sebagai punca masanya terbuang begitu saja sekadar untuk aktiviti bersama. Dia cenderung mengatakan setiap usahanya untuk kebahagiaan bersama. Tetapi, harus berhati-hati. Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini dibelenggu emosi yang terluka sepanjang masa. Kewujudan anda sekadar kapal persinggahan sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang berlaku, siapa dirinya dan apa yang perlu dilakukannya. Sepanjang anda menjadi pasangannya, anda mendengar segala kisah buruknya. Bahkan, anda akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok. Biarpun anda menjangka dia mungkin akan menyintai anda, tetapi dia mungkin lebih memikirkan keadaan dirinya saja. |
No comments:
Post a Comment