Semua orang tahu dan sedar kepentingan aspek keselamatan tempat tinggal, tetapi berapa ramai antara kita mempunyai peti atau kit kecemasan di rumah?
Berapa ramai pula mempunyai pengetahuan atau pernah belajar teknik bantuan kecemasan, khususnya untuk kecederaan di rumah?
Kemalangan di rumah boleh berlaku kepada sesiapa saja walaupun risikonya lebih tinggi di kalangan kanak-kanak dan orang tua.
Menurutnya, kemalangan di rumah dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
a. Luka
Perkara ini kerap terjadi pada kanak-kanak dan ramai ibu bapa panik apabila melihat anak mereka berdarah. Jangan risau, periksa dulu saiz luka anak.
Jika kecil, segera letak anggota yang berdarah di bawah air paip dan siram hingga pendarahan berhenti. Ia juga bertujuan menyingkir objek asing (yang mungkin ada) pada luka.
Selepas pendarahan berhenti, lap luka hingga kering dan balut dengan kain kasa yang steril (bebas kuman). Namun kaedah ini hanya untuk luka kecil yang tidak menyebabkan terlalu banyak pendarahan.
Bagi luka besar atau ada objek tertusuk ke dalam luka, segera bawa anak ke klinik atau hospital berhampiran.
b. Kecederaan mata
Ramai takut apabila kecederaan membabitkan mata dan tidak tahu apa perlu dilakukan. Cuci tangan anda hingga bersih dan lalukan air paip pada mata selama 15 minit (mata perlu dibuka).
Teknik ini dipanggil pencucian mata (flushing). Ini adalah kaedah biasa yang digunakan di klinik dan hospital. Kaedah ini boleh digunakan jika mata berasa pedih akibat terkena wasap bahan kimia seperti asid pencuci lantai atau longkang.
Walaupun mata mengeluarkan air mata (tindak balas normal), ia masih tidak mencukupi. Mata anda perlu dibantu dengan membersihkannya di bawah air mengalir. Jika mata masih berasa tidak selesa, segera pergi ke klinik.
“Jika mata terkena serpihan kaca, jangan cuba mengeluarkannya walaupun ia boleh diambil dengan tangan kerana kita tidak tahu berapa dalam kaca itu tertusuk ke dalam mata.
“Kita bimbang jika luka itu dalam, ia boleh menyebabkan pendarahan dan ada serpihan kecil tertinggal dalam luka andai serpihan itu dikeluarkan sendiri.
“Sebaliknya, basuh tangan dan ambil cawan atau gelas plastik yang bersih dan tekap pada mata berkenaan. Ia bertujuan melindungi mata daripada terkena benda lain dan segera minta ahli keluarga membawa anda ke hospital.
“Di hospital, doktor akan mengeluarkan serpihan kaca dan menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui jika berlaku pendarahan dalam mata,” katanya.
Selain itu, mata lebam turut mendatangkan banyak masalah. Walaupun tidak membahayakan nyawa, ia menyebabkan ketidakselesaan. Cara yang boleh anda lakukan di rumah ialah balut kiub ais dengan tuala bersih dan tekap pada mata.
Tuam selama lima hingga 10 minit, rehat selama 10 hingga 15 minit dan ulang beberapa kali dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Jika lebam mata masih tidak berkurang, anda dinasihatkan mendapat rawatan di hospital.
Jika mata sakit, ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol. Ingat, jangan ambil aspirin atau ibuprofen. Apabila tidur, jangan baring pada belah mata yang sakit kerana ia membuatkan mata bertambah bengkak dan sakit.
c. Jatuh
Bengkak dan luka adalah kecederaan luaran, namun yang lebih dikhuatiri ialah berlaku kecederaan dalaman, terutama apabila seseorang itu jatuh dan kepalanya terhentak.
Seseorang yang jatuh perlu segera dibawa ke hospital apabila dia mengalami tiga tanda:
Keadaan seseorang itu dipantau selama 24 jam. Ujian sinar-X pula dilakukan untuk memeriksa keretakan pada tengkorak. Bagaimanapun, biasanya kemalangan di rumah hanya menyebabkan pendarahan dan bukan keretakan tengkorak. “Kebanyakan orang tidak mahu ke hospital kerana menganggap pening sedikit atau muntah sebagai perkara biasa. Jika ia berlaku selepas anda jatuh dan kepala terhentak, ia bukan perkara biasa, sebaliknya petanda penting menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan otak anda,” kata Dr Suraya pada kempen Keselamatan anjuran Pusat Perubatan Tropicana. d. Kebakaran Luka terbakar boleh menyebabkan kulit rosak, tegang dan terasa sangat sakit. Apabila kulit rosak akibat terbakar sama ada disebabkan haba panas atau sejuk, sistem perlindungan badan yang paling luar terhadap jangkitan kuman akan terganggu. Luka terbakar dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut puncanya, sama ada haba panas atau sejuk. Mengikut istilah, luka terbakar ada dalam dua bentuk iaitu lecur (disebabkan haba kering, kesejukan melampau, bahan mengkakis, radiasi dan cahaya matahari) manakala lepuh pula diakibatkan haba basah seperti cecair dan wap panas. Jenis luka terbakar dan punca yang berkemungkinan: Menurut Dr Suraya, kebanyakan wanita suka melakukan banyak kerja dalam satu masa dan kadangkala ketika ini mereka tidak sedar anak terdedah kepada bahaya. Ketika di dapur terutamanya, sentiasa pastikan wayar peralatan elektrik jauh daripada jangkauan kanak-kanak. Selain itu, bagi periuk bertangkai, halakan tangkainya ke arah belakang. Ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan membeli pengunci kabinet (yang diletakkan di tombol kabinet) bagi mengelak anak kecil bermain dengan pintunya. Kanak-kanak suka bermain buka-tutup pintu kabinet dan perkara ini kerap menyebabkan kecederaan kepada mereka. “Jika terpaksa dukung anak sambil memasak, anda perlu lebih berhati-hati. Paling penting, elak mengangkat periuk, kuali atau cerek panas ketika mendukung anak kerana ia sangat berbahaya. Elak juga membawa teko berisi air panas. “Bagi yang selalu menggunakan ketuhar gelombang mikro, isi makanan di dalam bekas yang sesuai. Jangan panaskan makan di dalam bekas polisterin, styrofoam atau plastik kerana ia boleh meletup. “Biasanya pengeluar menulis label sama ada sesuatu bekas itu sesuai untuk kegunaan ketuhar gelombang mikro atau sebaliknya. “Jika anda memanaskan makanan dalam bekas bertutup, buka sedikit tutupnya untuk mengeluarkan wap panas. Jangan terus dibuka kerana wap panas itu boleh terkena tangan. “Jika memanaskan makanan untuk anak, biarkan seketika selepas ia dikeluarkan daripada ketuhar dan jangan terus beri kepada si kecil. “Satu keunikan ketuhar gelombang mikro ialah ia hanya memanaskan makanan tetapi bekas makanan itu tetap sejuk. Uji dulu kehangatan makanan, baru beri kepada anak,” katanya. Luka terbakar juga boleh berlaku di bilik air, terutama bagi keluarga yang memasang alat pemanas air. Dr Suraya mengingatkan supaya sentiasa memeriksa meter had kepanasan air sebelum membuka paip. Beliau pernah menerima pesakit yang melecur kulit belakang badan yang tidak menyangka ada tangan nakal memusing meter had kepanasan air sehingga ke tahap maksimum. “Laraskan kepanasan ke tahap terendah dulu dan tingkatkan suhu air secara perlahan-lahan. Jangan biarkan anak mandi sendirian kerana kanak-kanak tidak dapat membezakan antara tanda panas dan sejuk,” katanya. Untuk keluarga yang ada anak kecil, labur sedikit duit membeli penutup palam kerana kanak-kanak kecil berumur satu hingga dua tahun mudah tertarik kepada cahaya pada palam berkenaan. Pada masa sama, jangan biarkan wayar elektrik terdedah kerana ada kanak-kanak kecil, khususnya yang bakal atau baru tumbuh gigi, menggigit wayar untuk menghilangkan rasa gatal pada gusi. Sebaliknya, jangan sorokkan wayar ini di bawah permaidani dengan tujuan supaya ruang tampak kemas dan cantik. Perkara ini sangat berbahaya kerana jika wayar berkenaan sering dipijak ia menjadi haus dan boleh berlaku kejutan elektrik atau kebakaran. Dr Suraya berkata, setiap orang perlu lebih berhati-hati apabila mengendalikan bahan kimia domestik seperti cecair peluntur, asid pencuci longkang atau sebarang alkali kuat. Patuhi peraturan seperti tercatat pada label dan jangan memandai-mandai mencampurkan dua jenis bahan kimia domestik. “Jangan kerana mahu bahan pencuci yang lebih kuat, anda mencampur bahan peluntur dengan asid lain. Tindakan ini sangat berbahaya walaupun anda menuangnya ke lantai, kerana kita tidak tahu apa tindak balas yang akan berlaku. “Pernah terjadi seorang suri rumah mengalami kecederaan mata apabila terkena wasap bahan kimia selepas menuang peluntur dan asid pencuci ke dalam longkang. Mujur dia cepat membersihkan mata dan segera mendapat rawatan di hospital. “Selain itu simpan bahan kimia di dalam bekas khas yang berlabel dan jauh daripada kanak-kanak. Jika anda memasukkan baki bahan kimia ke dalam botol, label botol berkenaan dengan terang dan tulis perkataan ‘bahaya’. “Jangan guna botol yang asalnya untuk minuman bagi mengelak kekeliruan. Kunci almari atau stor di mana bahan ini disimpan kerana kanak-kanak kecil tidak tahu membaca dan erti bahaya,” katanya. Menurutnya, luka kebakaran boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu: “Rawatan untuk luka jenis kedua dan ketiga tidak boleh dibuat di rumah, sebaliknya mangsa perlu segera dibawa ke hospital. Mangsa akan diberi rawatan sesuai bagi menyembuhkan luka dan mengelak jangkitan. Untuk luka kebakaran jenis ketiga, pesakit mungkin perlu menjalani rawatan penggantian kulit. “Ibu bapa perlu meningkatkan ciri-ciri keselamatan di rumah dan beritahu anak mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan dan terangkan mengapa ia berbahaya. “Selain itu, sentiasa peka terhadap peralatan di rumah dan dapatkan khidmat orang berpengetahuan jika berlaku masalah membabitkan pendawaian mahupun peralatan elektrik. Tidak mengapa berbelanja sedikit, asalkan kita sekeluarga selamat,” katanya. |
No comments:
Post a Comment