Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Apr 13, 2009

Tomoi guna jin

Sesetengah upacara penamatan latihan senibela diri tomoi disudahkan dengan ritual menyuap pulut ke mulut penuntut. Pulut itu adakalanya hadir dengan ‘kuasa’ warisan yang akhirnya memakan diri.


"SAYA sering gelisah. Pada waktu malam, jantung berdebar kuat dan badan menjadi panas. Dalam keadaan itu, perkara kecil pun boleh buat saya naik angin. Saya sedar saya semakin menjadi seorang yang pemarah," ujar lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 36.

Pernah satu ketika hentakan siku dan lengan singgah di badan seorang pelayan restoran hanya kerana pelayan itu tanpa sengaja tertumpahkan kuah sup panas di belakang tubuh Kamal. Pelayan lelaki itu terjelepok ke lantai. Kecoh jadinya!

"Mujur isteri saya mententeramkan keadaan. Rayuan isteri buat saya kembali berfikir serta segera meminta maaf kepada lelaki itu. Malah, saya mahu membawanya ke klinik untuk dirawat jika ada kecederaan," imbasnya yang bernasib baik kes tersebut tidak dilanjutkan ke pihak berkuasa.

Pertemuan dengan Jurnal turut ditemani isterinya, Zalifah. Atas menghormati permintaan, mereka hanya mahu berkongsi cerita tanpa perlu gambar mereka diambil.

Walaupun Kamal mengakui dirinya cenderung untuk mengamuk, jauh dalam hatinya dia sedar bahawa perbuatannya itu salah. Namun, dia sering gagal mengawal perasaan itu.

Kisah sepak terajang di restoran itu adalah salah satu daripada banyak contoh Kamal melepaskan sikap panas barannya.

Baginya, sebarang perkara yang mengejutkan emosi dan fizikalnya umpama satu ancaman buat diri dan keluarga. Semangat pahlawan yang muncul entah dari mana mempengaruhinya agar bertindak!

"Pendek kata, saya pantang dicabar atau dikejutkan dengan sesuatu. Dalam fikiran hanya satu matlamat iaitu untuk menumpaskan lawan, walaupun saya sebenarnya bukan di gelanggang," kata Kamal yang berloghat Pantai Timur.




Kamal mengakui bahawa dia pernah mempelajari seni bela diri muay thai atau tomoi di kampungnya yang berjiran dengan tanah Siam. Selama lima tahun dia patuh pada tunjuk ajar jurulatihnya yang juga berasal dari seberang sempadan itu.

Seingat Kamal, dialah yang paling gagah di kem tomoi yang disertainya. Ramai lawan mudah ditewaskan di gelanggang. Dalam latihan, sudah banyak batang pokok yang patah-riuk hanya dengan tendangan menggunakan tulang keting. Rasa sakit pula hanya sekejap.

Kamal menjadi orang kesayangan jurulatihnya lantaran sering membawa pulang trofi kejuaraan.

Tanpa berasa hairan tentang tenaga tubuhnya yang tidak mudah surut ketika bertarung, Kamal tidak pula mencurigai tentang perkara-perkara lain.

"Tiga tahun lalu, saya telah berkahwin dan berpindah ke Kuala Lumpur kerana menerima tawaran berkhidmat dengan sebuah pasukan keselamatan. Mengetahui hal itu, jurulatih saya di kampung segera menganjurkan upacara penamatan latihan tomoi.

"Katanya, sebagai satu majlis penghargaan. Antara lain, saya disuapkan pulut kuning olehnya," kata Kamal yang menyangkakan itu hanyalah ritual biasa.

Menurutnya, kesibukan tugas di Kuala Lumpur tidak memberi peluang kepadanya berlatih tomoi seperti selalu. Lama-kelamaan, bermulalah perubahan ketara dalam dirinya.




"Saya malas bersembahyang dan sering merancang untuk membuat perkara yang tidak elok. Saya bercakap besar dan suka mencari gaduh. Tanggungjawab pada Tuhan dilupakan, apatah lagi tanggungjawab pada keluarga.

"Di mana-mana pun, pasti ada yang cedera saya kerjakan. Saya rasa puas bila tengok orang yang dibelasah meminta dikasihani," terangnya yang hampir kehilangan kerja kerana sikapnya itu.

Jauh dalam hatinya, Kamal sedar betapa sudah ramai yang menjadi mangsa amarahnya. Isterinya juga tidak terkecuali. Hinggalah akhirnya kesulitan dan kecelaruan perilaku itu sampai ke pengetahuan seorang ustaz yang sudi membantu Kamal. Itupun atas inisiatif rahsia teman-teman sekerja Kamal.

"Ketika bertentang mata, suami saya seperti amat berdendam pada ustaz itu. Dia serta-merta menceceh dalam bahasa Siam dan kemudian membuka buah (langkah) tomoi. Saya seperti tak percaya apa yang dilihat dengan mata sendiri," kata Zalifah yang turut merancang pertemuan itu dalam senyap.

Enam orang yang berbadan sasa, menurut Zalifah, diperlukan untuk menandingi kekuatan Kamal yang terbit mendadak. Rancak berasak dan bergelut, disertai tekanan ilmu penawar dari ustaz itu, Kamal akhirnya memuntahkan sesuatu.

"Dia tak henti menjerit dan mendengus berat saat direbahkan beramai-ramai. Macam lembu korban, perlahan-lahan dia hilang tenaga dan tidak melawan," kata Zalifah.


TANPA disertai ritual syirik, tomoi sudah cukup sifatnya sebagai jurus seni bela diri yang menyeronokkan dan menyihatkan fizikal.


"Saya betul-betul tidak sedar apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Saya cuma rasa tubuh semakin lemah, seperti bertarung berjam-jam lamanya dengan lawan yang sangat kuat," ujar Kamal yang mengakui fikirannya lebih tenang selepas mengikuti siri rawatan bersama ustaz tersebut.

Apabila dikenangkan semula, Kamal teringat tentang hidangan makanan, air mandian wangi dari kolah dan mangkuk tembaga yang diletakkan di sisi kiri dan kanan tempat tidurnya di kem tomoi di kampungnya dahulu. Semua itu disediakan jurulatihnya.

Kamal sempat berpesan, kalau ada sesiapa yang mewarisi ilmu muay thai atau tomoi dan sedang berbangga dengan kemahiran yang ada agar berwaspada dengan perubahan diri. Ilmu kebatinan pasti meminta 'pulangan' daripada tuannya.

"Apa yang dimuntahkan?" tanya saya kepada Kamal.

"Awak tak akan percaya. Benda yang dimuntahkan itu kelihatan seperti gumpalan pulut. Sama seperti yang saya makan bertahun-tahun dahulu di kem tomoi itu," jawabnya.

No comments:

Post a Comment