Ada pelajar yang mengomel, mereka belajar bersungguh-sungguh, tetapi tidak dapat memberi sepenuh tumpuan.
Bahkan ada yang mengatakan dia terlalu fokus, tetapi gagal memberi tumpuan sepenuhnya.
Berikut ini adalah petua yang dapat dimanfaatkan dalam mempersiapkan diri menghadapi ujian sama ada kecil atau besar.
Jika ada cara tersendiri, mungkin panduan berikut berguna buat ibu bapa memacu anak-anak dalam menentukan kejayaan menerusi pembelajaran.
Belajar berkumpulan atau berkelompok dapat menjadi kegiatan belajar menjadi lebih menyenangkan kerana ditemani rakan atau di rumah sendiri sehingga kelihatan lebih santai. Namun, orang dewasa atau keluarga masih ada dan mengawasi seperti kakak, saudara-mara, adik-beradik atau orang tua supaya objektif belajar itu tidak disalah guna. Jika belajar berkumpulan ada baiknya mengajak teman yang pandai dan rajin belajar supaya mereka yang tidak pandai dapat memanfaatkan kepintaran teman yang pandai. Dalam belajar berkelompok kegiatannya adalah membahas pelajaran yang belum difahami semua atau menggunakan kaedah mengupas persoalan yang sudah dikemukakan guru mahupun belum dijelaskan guru. Sebahagian penting daripada pelajaran sebaiknya dibuat catatan di kertas atau buku kecil yang dapat dibawa ke mana-mana sehingga dapat dibaca di mana pun anda berada. Namun, catatan itu jangan disalahgunakan untuk tujuan meniru kerana merugikan diri sendiri. Untuk mencapai suatu tujuan biasanya diiringi perencanaan yang baik. Oleh itu ada baiknya membuat rencana belajar dan rencana pencapaian penilaian untuk mengetahui apakah kegiatan belajar yang dilakukan sudah maksimum atau perlu ditingkatkan. Sesuaikan sasaran pencapaian dengan kemampuan yang anda miliki. Jangan mensasarkan yang nombor satu jika dalam keseluruhan kelas anda dalam kelas terakhir. Buat susunan jadual belajar dengan memberi fokus kepada subjek yang lemah. Buatlah jadual belajar yang baik. Apabila anda membuat jadual belajar, hendaklah dilakukan dengan penuh disiplin. Contohnya seperti belajar tepat waktu dan serius tidak main-main. Jika waktu makan, mandi dan ibadah, jangan ditunda-tunda lagi. Teruskan susulan belajar sesudah melakukan kegiatan itu jika waktu belajar belum habis dan jangan bermain dengan rakan-rakan atau permainan yang boleh merosakkan konsentrasi belajar. Sebaiknya kegiatan bermain juga dijadualkan dengan waktu yang cukup panjang namun tidak mengganggu jika dilakukan sebelum waktu belajar. Jika bermain video game, pilih game yang mendidik dan tidak menimbulkan rasa bosan, kekecewaan yang keterlaluan jika anda kalah teruk. Jika tidak faham, tanya guru, teman atau orang tua. Jika bertanya, tanyalah secukupnya dan jangan pula menguji orang yang ditanya. Tawarkan teman untuk bertanya kepada perkara yang belum dia fahami. Semakin banyak ditanya, anda semakin ingat dengan jawapan dan apabila tidak tahu jawaban yang betul, anda dapat membahasnya bersama-sama dengan teman. Ketika belajar di kelas, dengar dan catat apa yang guru jelaskan. Catat amat penting kerana ada kalanya perkara itu tiada dalam buku. Ketika ada kesempatan, baca kembali catatan yang dibuat dan hafalkan sambil memahami. Jika merasa mantap dengan suatu pelajaran, uji diri sendiri dengan soal itu. Pelajari kembali soal-soal yang salah dijawab. Andai waktu ujian sudah dekat, ramai yang panik apatah lagi jika belum ada persiapan rapi. Jalan pintas yang sering dilakukan pelajar yang belum siap adalah dengan belajar hingga larut malam. Sebaiknya ketika menempuh ujian, tidur tepat waktunya kerana jika tidak akan berlaku sesuatu yang buruk menyebabkan anda hilang tumpuan atau mengantuk. Hindari meniru ketika menghadapi peperiksaan. Meniru dapat membuat sifat curang dan pembohong. Jika perbuatan meniru diketahui guru, ia pasti berakhir dengan perkara yang tidak disenangi. |
No comments:
Post a Comment