Dedahkan kepada kacang untuk hilangkan alergi
KANAK-KANAK yang mempunyai alergi terhadap kekacang dapat disembuhkan dengan mendedahkan mereka kepada kacang secara oral. Menurut Pusat Perubatan Universiti Duke dan Hospital Kanak-Kanak Arkansas, pendedahan secara dos berperingkat dapat membantu kanak-kanak tersebut membina toleransi dengan alergi sehingga kesannya hilang dalam jangka waktu tertentu.
EKSTRA: Menurut kajian Akademi Alergi, Asma dan Imunisasi Amerika, kanak-kanak lelaki kulit hitam lebih berisiko mendapat alergi makanan.
HPV Anal lebih pantas jangkiti wanita
PAPILLOMAVIRUS Manusia atau HPV yang sering menyebabkan kanser servik juga didapati mampu menjangkiti bahagian sulit terutama dubur.
Menurut Dr. Shvetsov dari Pusat Kajian Kanser di Hawaii, Honolulu, penyakit ini mendedahkan mengapa kanser dubur di kalangan wanita amat tinggi berbanding kanser servik walaupun ia mudah dirawat. Jelasnya lagi, peningkatan tersebut ada kaitan dengan douching, merokok dan melakukan seks melalui dubur.
EKSTRA: Dr. Jitka Pokladnikova dari Universiti Charles di Prague mendedahkan penggunaan penyembur penghalang alergi nasal mampu mencetuskan migrain pada penggunanya.
No comments:
Post a Comment