Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Mar 26, 2009

Stimulasi bantu bayi sindrom Down


Anak sindrom down kerap menghadapi kesukaran dalan proses makan dan menelan tapi tidaklah mustahil untuk dilakukan melalui cara yang betul.


"MUNGKINKAH satu masa nanti anak saya boleh menelan makanan dengan sendiri?"

Jawapan yang datang sememangnya amat kurang memberangsangkan.

"Malang sekali, masalah sebegini tidak akan hilang dengan sendirinya", kata Dr. Cindy Lian, seorang pakar patologi pertuturan dan menelan di SpeecHelp Clinic, Jalan Bukit, Seksyen 11/2, Petaling Jaya, Selangor.

Pakar tersebut, yang mahu dikenali sebagai Cindy, berkata sedemikian ketika mengulas keadaan anak penulis yang berumur 18 bulan, yang juga mengalami kes Trisomi 21 atau lebih dikenali sebagai sindrom Down.

Mulut kecil

Menurut Cindy masalah menelan makanan di kalangan anak sindrom Down sudah menjadi semakin ketara.

"Kadangkala, ibu bapa anak sindrom Down tidak melaporkan masalah menelan yang anak mereka hadapi melainkan bila hal itu ditanyakan secara langsung.

"Anak sindrom Down mempunyai mulut yang kecil. Hipotonia (kelesuan otot atau tonus otot yang rendah) pada lidah, pipi dan bibir. Serta dengan lidah yang terjelir, proses makan dan menelan sudah tentu sukar tapi tidaklah mustahil untuk dilakukan.

Menurut beliau, bayi sindrom Down mempunyai masalah 'pelekapan' ketika menyusu dari puting sama ada dari botol susu atau badan ibu, lantas mempunyai daya penyusuan yang lemah.

Boleh menyusu

"Bagaimanapun, bayi sindrom Down boleh menyusu seperti bayi yang normal," kata Cindy.

Kata beliau, menyusu atau memberi makan anak sindrom Down memerlukan banyak kesabaran kerana anak ini memang sukar untuk disusukan.

"Walaupun anak anda mempunyai sindrom Down, tak bermakna dia tidak boleh menyusu. Dia memerlukan stimulasi sebelum penyusuan.

"Untuk ini, pastikan bayi dalam keadaan sedar. Dokong anak dan secara lembut usap bibir, lidah dan pipi. Ini sepatutnya merangsang tindakan menghisap susu," katanya.

Menurut Cindy lagi, jika botol susu digunakan, satu eksperimen perlu dijalankan dengan menggunakan pelbagai puting untuk mencari kesesuaian.

"Anda boleh cuba puting ortodontik yang menyerupai bentuk puting susu badan dan memberi alir susu keluar secara perlahan dan ini akan menggalakkan bayi untuk menghisap. Pergerakan ini juga akan menguatkan otot muka dan mulut.

"Bayi sindrom Down cepat letih ketika menyusu (terutamanya jika ada masalah kesihatan yang lain). Jadi, ada baiknya jika penyusuan dibuat secara sedikit-sedikit," katanya kepada Bernama.

Walaupun terdapat kesukaran dalam penyusuan anak sindrom Down, janganlah cepat berputus asa kerana ada juga bayi yang normal didapati sukar menyusu, tambah Cindy lagi.

Cindy boleh dihubungi di talian 03-7954 2288. Beliau juga boleh dihubungi melalui e-mel: cindylian@speechelp.com.

No comments:

Post a Comment