AMALAN menikmati hidangan yang dimasak dengan pantas, sajian di gerai atau makanan segera patut dielakkan kerana ia tabiat kurang sihat kerana makanan terbabit tidak dapat membekalkan kandungan serat mencukupi untuk tubuh.
Kadangkala, kita teringin menikmati makanan ringan pada waktu tertentu disebabkan tahap gula dalam darah yang tidak konsisten sekali gus badan akan memberi isyarat kepada otak untuk mendapatkan tenaga segera.
Namun, jika kita terlalu mengikut selera makan dan tidak mengawal tabiat pemakanan, berkemungkinan besar badan akan mengumpul kalori berlebihan yang akhirnya menyebabkan penambahan berat badan.
Kedua-dua amalan berkenaan boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada badan seseorang.
Perunding imej profesional yang juga pengasas Le'Tore, Malar Moses, berkata kebanyakan rakyat negara ini tidak mengamalkan pemakanan berkhasiat dan mengambil pendekatan 'semua telan' tanpa mengira masa.
Beliau berkata, amalan itu jika dibiarkan berterusan akan mengundang pelbagai penyakit dan menambah berat badan.
"Masyarakat terutama warga kota perlu mempunyai jadual makan yang teratur dan jangan meninggalkan hidangan penting seperti sarapan kerana ia amat penting untuk memulakan hari yang sihat," katanya.
Katanya, generasi muda perlu lebih prihatin dalam aspek pemakanan seharian mereka dan memperbanyakkan menu yang berkhasiat seperti serat.
"Ramai di antara kita mengambil mudah mengenai keperluan serat di dalam badan yang sebenarnya amat penting untuk membantu daripada segi penghadaman, sekali gus membolehkan tubuh memproses apa yang dimakan menerusi cara menyihatkan.
"Jika mengambil serat secara mentah seperti salad dan bijirin, kita cepat jemu kerana ia tidak mempunyai rasa yang enak," katanya.
Bagi menambah serat dalam tubuh, PolyGlycoplex (PGX) mencipta produk pemakanan kesihatan tambahan.
Pengurus Unit Perniagaannya, Low Hooi Wan, berkata produk yang dicipta Dr Valdimir Vuksan itu sebelum ini diguna secara meluas dalam rawatan perubatan serta amalan dietetik di Pusat Perubatan Kanada.
Katanya, PGX dihasilkan daripada adunan tiga jenis serat semula jadi yang mudah larut dan ia terbukti mampu mengekalkan keseimbangan glokosa serta mengawal selera makan demi menjaga kesihatan.
"Formula unik yang sudah dipatenkan ini mengandungi minyak kelapa dara yang terbukti dapat membakar lemak secara semula jadi.
"PGX juga mampu melengahkan penyerapan nutrien serta gula dalam darah yang sekali gus membantu mencegah keinginan untuk makan.
"Lebih istimewa, produk ini mampu membantu meningkat insulin badan, mengurangkan tahap kolestrol, melawaskan pembuangan air besar dan mengurangkan berat badan secara sihat," katanya.
No comments:
Post a Comment