Dalam sesetengah kes, dakwaan kedua-dua belah pihak nyata tidak berasas. Ini kerana bekas suami dan isteri umpama minyak dan api, langsung tidak boleh berbaik-baik.
Walaupun keduanya mengalami kekecewaan dan keperitan akibat kehancuran hubungan perkahwinan, mereka mungkin berasa malu mengakui kegagalan tersebut dan memenuhi keperluan seks pasangan.
Justeru sama ada sang duda mahupun janda mengambil peranan sebagai 'mangsa' keretakan rumah tangga sekali gus meraih simpati rakan-rakan dan keluarga.
Pun begitu, kedua-duanya enggan bertanggung jawab terhadap perbuatan mereka dan menyalahkan satu sama lain kerana tindakan itu.
Jangan jadikan anak medan pertempuran
Anak dijadikan sebagai medan pertempuran di mana ibu atau bapa akan mendendami hubungan anak tersebut dengan bekas pasangan mereka sama ada secara sembunyi atau terang-terangan.
Ini menjadikan anak tersebut menjadi sekeras batu kerana harus belajar menyembunyikan perasaan dan 'bersekongkol' mengutuk ibu dan bapa yang tidak lagi tinggal sebumbung untuk mendapatkan perhatian.
Malang sekali, strategi (yang dicetuskan oleh bekas suami atau isteri) itu hanya akan memburukkan lagi konflik antara mereka dan mendedahkan anak kepada gejala permusuhan yang negatif untuk tumbesaran mental serta emosinya apabila dewasa kelak.
Akhirnya, si anak mengalami gangguan jiwa akibat tekanan konflik antara ibu dan bapanya yang saling membenci. Penderitaan anak lazimnya ditunjukkan melalui masalah berkaitan sekolah, kegelisahan, kemurungan, buli dan gejala fizikal seperti sakit kepala dan perut.
Disebabkan permusuhan lampau dan permasalahan baru anak, kedua-dua ibu bapa menyalahkan pula satu sama lain atas perubahan sikap anak sehingga menyentuh hal-hal sensitif dan peribadi satu sama lain.
Mendapatkan bantuan
Dalam situasi seumpama ini, kepentingan demi anak hanya boleh dicapai jika ibu dan bapa bersetuju membawanya berjumpa pakar.
Pakar atau perkhidmatan kaunseling yang dirujuk pula perlu mempunyai pengalaman dalam mengendalikan konflik berat dan dinamik diperlukan untuk mencapai penyelesaian.
Pendekatan ini biasanya melibatkan penilaian klinikal oleh pakar, meditasi, pendidikan dan kaunseling.
Lama-kelamaan ibu bapa mesti mengikuti sesi kaunseling tersebut untuk menyedarkan mereka bahawa pertengkaran antagonis antara kedua-duanya merupakan punca masalah emosi anak.
Cabarannya ialah untuk mencapai persetujuan bekas suami dan isteri bagi menghentikan perseteruan serta menggunakan pendekatan kolaboratif demi kepentingan anak.
Sehubungan itu, apabila anak berkenaan mengikuti sesi bersama ibu bapa di mana mereka menunjukkan kematangan dan kerjasama, barulah si anak bersedia untuk menyayangi mereka secara adil.
Sehingga kini tiada hasil kajian bagi membuktikan sama ada lelaki atau wanita cukup berani untuk bertanggung jawab terhadap kesalahan dalam konflik penceraian masing-masing.
Apa yang penting, salah seorang mesti menghentikan permusuhan untuk menamatkan konflik tersebut.
Jangan sampai anak bawa anda berjumpa pakar sakit jiwa!
No comments:
Post a Comment