Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Feb 28, 2009

Kenapa kanak-kanak berbohong?

YAH suka pakai baju dalam mama,'' dengan selamba anak berusia 4 tahun bercerita sewaktu bersiar-siar di kompleks membeli-belah bersama ibunya.

''Ulang sekali lagi? Bila?,'' soal ibu tidak percaya dan terkejut dengan kenyataan anak perempuannya itu.

''Ketika mama tidur,'' jawabnya dan mula menjelaskan dengan teliti bagaimana pada setiap pagi Sabtu, bapanya akan menyarungkan baju dalam ibu dan melompat girang.

Kanak-kanak berkenaan bersungguh-sungguh bercerita mengenai 'rahsia hitam' bapanya itu sehingga ibu terpaksa berdepan dengan suaminya berhubung perkara tersebut.

Si suami yang bekerja sebagai guru sekolah bagaimanapun menafikan dia gemar 'menggayakan' baju dalam isterinya dan mereka berdua akhirnya ketawa besar mengenai cerita dongeng anak tersebut.

Mengapa kanak-kanak itu berbohong kepada ibunya? Sekiranya dia menipu untuk mengelak hukuman atau mendapat sesuatu, mungkin boleh diterima lagi tetapi kanak-kanak berkenaan berbohong dengan kerap sekadar suka-suka dan tidak mengaku akan perbuatannya itu.

Patutkah ibu berkeras menyuruh anaknya berhenti berbohong kerana bimbang menjadi satu penyakit atau membiarkannya sahaja agar tidak menghalang kreativiti kanak-kanak itu.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak di Potomac, Maryland, Amerika Syarikat (AS), Dr. Michael Brody, kanak-kanak tersebut tidak menghadapi sebarang masalah.

Malah katanya, kebanyakan kanak- kanak tidak mengetahui perbezaan antara kebenaran dan fiksyen. Malah, pembohongan seumpama itu boleh juga dianggap sebagai petanda yang positif.

''Kanak-kanak tadika yang mempunyai IQ yang tinggi lebih berkemungkinan untuk menipu,'' jelas Angela Crossman, profesor psikologi bersekutu di John Jay College of Criminal Justice di New York.

Beliau yang menjalankan kajian atas topik berkenaan mendapati bahawa kecekapan berbohong pada peringkat awal boleh dikaitkan dengan kemahiran sosial yang baik apabila meningkat remaja.

Tentu sahaja tidak semua pembohongan kanak-kanak itu sekadar insiden yang boleh dibiarkan begitu sahaja, lebih-lebih lagi jika anda ingin membesarkan anak yang menghargai kejujuran.

Justeru, mengetahui jenis-jenis penipuan pada setiap peringkat usia anak boleh membantu membimbing mereka ke arah mementingkan kejujuran pada usia yang sesuai.

Contohnya, sepasang kembar yang pandai menuding jari pada pasangan masing-masing jika ditanya lampin siapa yang berbau busuk.

Ini kerana mereka tidak suka melalui proses remeh menukar lampin kotor, jadi secara semula jadinya mengelak dengan menipu mengenainya.

Penipuan kecil seumpama itu hanyalah permulaan. Kanak-kanak berusia dua atau tiga tahun biasanya akan membuat penipuan atau menafikan sesuatu perbuatan yang telah dilakukan sama ada untuk melepaskan diri atau mendapat ganjaran daripadanya.

Sebenarnya, ibu bapa tidak digalakkan menghukum kanak-kanak kerana 'melencong kebenaran' kerana mereka tidak tahu perbuatan itu adalah salah.

Contohnya, apabila anak berusia dua tahun menarik ekor kucing tetapi mengatakan 'kawan imaginasinya' yang melakukannya, respons terbaik adalah untuk berkata kepadanya; ''Kucing juga ada perasaan,''.

Penulis buku Raising Kids With Character (Membesarkan anak dengan perwatakan), Dr. Elizabeth Berger berpendapat, jangan memulakan pergaduhan dengan anak agar dia mengakui perbuatannya itu.

''Strategi yang lebih baik adalah mengelak pertembungan. Jangan bertanya padanya, ''Kamukah yang memecahkan pasu ibu?" Sebaliknya, katakan: ''Tengok, pasu sudah pecah.''

''Jika ibu bapa membuat tuduhan dalam keadaan marah, anak-anak pasti membohong untuk melepaskan diri daripada dimarahi,'' katanya.

Kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun mempunyai imaginasi yang lebih kuat dan ketika inilah mereka mengenali rakan-rakan halimunan, raksaksa bertanduk dan pelangi bercakap.

Dr. Berger menjelaskan, cerita rekaan kanak-kanak tadika kadang kala boleh menjadi sekadar suka-suka atau keinginan yang mendalam.

Bagaimanapun ,sekiranya anak kelihatan gembira dan mempunyai hubungan realistik dengan orang-orang penting dalam hidupnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai kemahuannya berfantasi.

Dalam kes lain, Shea McMahon, 8, dan adiknya, Jack, 6, dari Austin, Texas, tidak mengaku mengambil gelang hospital adik bongsu yang baru lahir daripada kotak simpanan ibu mereka, Shannon.

Shannon memujuk, memarahi dan menghukum dengan tidak memberikan sarapan kepada dua anak lelakinya itu sehingga salah seorang mengakui kesalahan mereka.

Akhirnya, Jack mengaku berbuat demikian tetapi apabila ditanya lebih lanjut mengenai gelang itu, kanak-kanak berkenaan segera menyatakan dia tidak mengambilnya tetapi mengaku kerana mahu ibunya berhenti menyoal mereka.

Percubaan Jack menanggung bebanan kesalahan abangnya itu merupakan langkah tumbesaran yang penting, iaitu kebolehan berbohong 'sunat' (white lie) atau pembohongan pro-sosial. Ia juga menunjukkan kesedaran sosial dan sensitiviti kanak-kanak itu pada awal usia.

Kajian turut mendapati kanak-kanak lima hingga lapan tahun masih sesekali berbohong untuk beberapa sebab seperti bimbang ibu bapa kecewa, hukuman yang bakal diterima atau ditekan menjangkau had (seperti melakukan kerja sekolah Matematik).

Justeru, sebelum anda menghukum anak dengan menyuruhnya berkurung dalam bilik atau tidak boleh menonton TV, cuba siasat punca mengapa dia berbohong dan fahami alasannya itu.

Kanak-kanak yang sedang meningkat remaja berusia antara sembilan hingga 14 tahun pula mempunyai corak perkembangan tersendiri.

Kebanyakan mereka lebih suka berahsia mengenai butiran hidup masing-masing sebelum meluahkan perasaan itu.

Sikap ini bukan tanda ketidakjujuran atau si anak melakukan sebarang kesalahan. Sebaliknya, ia mencerminkan kematangan anak yang semakin berkembang.

Dan tentu sekali jika anak diberikan lebih kebebasan disebabkan umurnya, dia mungkin akan mengambil kesempatan sekali-sekali.

JPembohongan mengenai kerja sekolah, tugasan atau memberus gigi, meskipun menyakitkan hati tetapi bukanlah sesuatu yang pelik bagi kanak-kanak seusianya.

Pun begitu sekiranya anak kerap membohong secara kronik, anda mungkin memerlukan bantuan profesional untuk menanganinya kerana ia mungkin disebabkan tekanan lain.

Bagi membantu mengawal keadaan ini juga, anda boleh menjadi contoh yang terbaik untuk anak atau adik anda.

Jelaskan kepadanya bagaimana menipu boleh merosakkan kredibiliti seseorang dan perhubungan agar suatu hari nanti mereka akan lupa tabiat itu serta membesar menjadi orang dewasa yang jujur.

No comments:

Post a Comment