Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Feb 3, 2009

Anak Enggan dengar kata

APABILA ada di pejabat atau berjauhan seketika dengan anak, kita sering terbayang keletahnya yang menghiburkan hingga terasa ingin memeluknya sebaik pulang. Namun, apabila berada di rumah dan dapat bersama mereka, timbul pelbagai kerenah yang menguji kesabaran ibu bapa.

Faktor yang membuatkan ibu bapa geram dengan kerenah anak ialah keengganannya mendengar kata. Antara contoh ialah sudah diingatkan supaya membuat kerja sekolah berulang kali, tetapi anak leka menonton televisyen dan tidak berganjak dari tempat duduk.


Anak juga mungkin tegar dengan sikap suka menyepahkan barangan di rumah. Biarpun berbuih mulut menegur, mereka masih meneruskan tabiat sama, seolah-olah kata teguran tidak berkesan langsung di dalam hati. Akibatnya kerja ibu bertambah selepas sibuk menguruskan rumah tangga dan tugas di pejabat.

Kadangkala, apabila diminta mengemaskan bilik tidurnya atau membantu melakukan kerja rumah, anak buat tidak peduli dan sibuk dengan halnya. Apa yang dilarang itulah yang dibuat, manakala yang disuruh tidak mahu dituruti.

Mendidik anak bukan tugas mudah. Ia memerlukan kesungguhan dan kesabaran. Anak amanah Allah yang perlu kita jaga sebaik-baiknya. Gunakan psikologi dalam menghadapi masalah tidak menuruti perintah atau tidak mendengar kata.

Jangan berputus asa walaupun anda terpaksa melakukannya berulang kali, misalnya menasihatnya supaya tidak lupa meletakkan barang miliknya di tempat tertentu dan bukan di merata tempat hingga sukar dicari.

Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, kita juga perlu mengkaji kemungkinan silap memberi arahan seperti arahan tidak jelas dan tidak difahami anak, misalnya memintanya mengambil barang, tetapi tidak memberitahu di mana letaknya barang berkenaan hingga anak terpaksa mencari tak tentu hala.

Anda juga mungkin memberi arahan tidak kena pada waktunya seperti ketika anak mandi atau memberi tumpuan terhadap sesuatu sehingga arahan itu tidak diambil peduli oleh anak kerana fokusnya lebih terhadap perkara lain.

Elak memberi arahan tidak masuk akal, contohnya melarang anak bermain, sedangkan bermain adalah sebahagian daripada kehidupan anak kecil.

Ketegasan atau tetap pendirian kita dalam sesuatu perlu dikekalkan kerana anak menjadi bingung jika peraturan yang dibuat tidak tetap, sekejap boleh dan sekejap tidak boleh.

Jika ingin meminta bantuan anak, elak menyuruh anak yang seorang itu saja, sedangkan anak lain bersenang-lenang. Ini menyebabkan anak berkenaan menjadi cemburu dan merasakan layanan berat sebelah. Akhirnya dia mungkin berkata, “Asyik adik saja kena suruh. Mama tak suruh abang pun.”

Usah menjadi diktator ketika memberi arahan kerana paksaan terhadap sesuatu membuatkan hati anak berbuku dan dia tidak ikhlas melakukan yang disuruh.

Gunakan perkataan baik dan berhemah ketika memberi nasihat dan arahan supaya perkataan itu meresap dalam jiwa anak. Fahami jiwanya kerana setiap anak mempunyai personaliti masing-masing. Ibu bapa harus pandai mendekati anak dengan cara berbeza, bersesuaian dengan diri anak itu.

Zahirkan kasih sayang terhadap anak dengan mencium dan membelainya. Banyakkan berdoa dan zikir supaya anak dilembutkan hati dan mendengar kata.

Kita juga boleh beritahu anak bahawa kita sering mendoakannya menjadi anak yang baik. Anda juga boleh memperdengarkan doa itu kepada anak supaya dia tahu kita menyayanginya dan sentiasa inginkan yang terbaik untuknya.

No comments:

Post a Comment