Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (49) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (55) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Feb 12, 2009

Cakap kotor, kesat

“SAKITLAH bodoh. Mata letak mana, buta ke? Kepala otak kau...” kata seorang kanak-kanak berusia 10 tahun sambil mengetuk kepala rakan yang tidak sengaja melanggarnya. “Engkaulah bodoh. Ingat aku sengaja. Alah, kau tu lembik, kena sikit pun dah nak koma ...” balas rakan terbabit.


Semacam ada yang tak kena apabila kanak-kanak berbalas mengeluarkan kata-kata kesat apabila tidak puas hati. Pada usia masih mentah dan belum kaya dengan perbendaharaan kata, banyak perkataan yang sepatutnya tidak disebut, dihamburkan sewenang-wenangnya.


Apatah lagi jika yang menyebut perkataan kesat atau mencarut ialah kanak-kanak yang baru belajar bercakap. Mereka cuma meniru perkataan yang didengar dan kadangkala tidak tahu makna sebenar perkataan itu.

Apabila anak mula bercakap kotor dan kesat, apa harus ibu bapa lakukan? Renungkan diri, mungkinkah anda pernah mengeluarkan kata kesat atau mencarut ketika marahkan sesuatu tanpa menyedari perkataan itu didengari anak.

Mungkin anda menyumpah pemandu lain ketika memandu atau menyebut perkataan lucah ketika berbual dengan orang dewasa seperti suami atau rakan.

Namun, sememangnya tidak wajar menyalahkan ibu bapa sepenuhnya berhubung perkara itu kerana anak menerima pengaruh luar seperti rakan sebaya, jiran, percakapan orang tidak dikenali ketika di luar rumah atau pengaruh media massa.

Lihat saja banyak rancangan kartun dari luar negara yang dialih bahasa, mengeluarkan kata kesat yang mudah diserap kanak-kanak.

Anak kecil menerima secara langsung perkataan tidak sedap didengar apabila menonton kartun yang menjadi rancangan kegemaran mereka.

Sungguh memalukan apabila perkataan kesat atau mencarut diucapkan anak di depan orang lain, terutama tetamu atau kenalan kita, kerana menggambarkan seolah-olah dia tidak beradab.

Anak berusia lima atau enam tahun mungkin bertanya kepada anda: “Ibu, boleh tak cakap... (mencarut)?” Anda kemudian bertanya dari mana dia pelajari perkataan itu dan dia menjawab, rakan di taman asuhan kanak-kanak (taska) menyebut perkataan itu.

Untuk mengelak anak menyebut perkataan tidak enak didengar, tegur dengan baik dan beritahu kesan menyebut perkataan itu di depan orang lain.

Maklumkan kepadanya, seseorang yang menyebut perkataan tidak sedap didengar akan dipandang serong dan dilabel budak jahat. Kata-kata kesat akan menyebabkan rakan berkecil hati atau marah, seterusnya mengundang pergaduhan.

Jangan sekali-kali ketawa ketika anak menyebut perkataan kesat atau mencarut kerana akan menyebabkan anak menyebutnya berulang kali.

Selain itu, tahan mulut anda daripada memaki hamun atau mencarut ketika marah kerana anak mencontohi banyak perkara daripada orang yang terdekat dengan dirinya.

Apabila anak masih menyebut perkataan tidak elok, anda buat-buat tidak dengar atau tidak melayannya.

Beri peringatan kepadanya, jika masih menyebut perkataan itu, dia tidak dipeduli kerana melakukan kesalahan tidak menjaga mulut.

Katakan kepada anak, seseorang yang sering mengeluarkan perkataan tidak manis adalah individu yang tidak bersyukur dengan nikmat mulut yang diberi Allah.

Anda juga boleh menyergah anak apabila dia menyebut perkataan itu ketika bergaduh dengan abang atau kakaknya. Sesiapa yang ‘bermulut jahat’ akan dicili.

Jika dia masih berani bercakap tidak sepatutnya, tindakan mematahkan cili dan menakutkan untuk dilumur ke mulut anak boleh dilakukan supaya dia serik.

Anda juga boleh memberi amaran akan merotannya jika dia masih berdegil. Di samping itu, banyakkan berdoa kepada Allah supaya anak berubah sikap dan menjadi anak soleh.

No comments:

Post a Comment