Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Feb 1, 2009

Baik Buruk - KEHAMILAN

KETAHUI kesan emosi sewaktu hamil terhadap perkembangan fizikal dan mental anak, tip-tip yang berguna ketika kembara sera mana yang lebih baik di antara kerang rebus atau bakar dalam ruangan Baik Buruk pada minggu ini.


GEMBIRA KETIKA HAMIL

BANYAK kajian telah dibuat mengenai hubungan emosi antara ibu hamil dengan anak yang dikandungnya. Selain perkembangan fizikal, perkembangan otak bagi anak yang bakal dilahirkan juga sama penting. Maka, jika inginkan zuriat yang sihat dan cerdas otaknya, latihan dan emosi si ibu perlu dijaga dahulu.

Sepanjang tempoh kehamilan, bakal ibu disarankan untuk mengelakkan perasaan negatif seperti bersedih, takut, terkejut atau bermuram. Sebaliknya, kegembiraan yang diperolehi hasil daripada hubungan positif bersama suami, keluarga, dan teman-teman membantu reaksi kimia yang bagus untuk bayi.

EMOSI para ibu hamil mempunyai hubungan secara langsung dengan perkembangan sihat bayi yang dikandungnya.

Selain mendengar muzik yang menenangkan, ibu hamil turut disyorkan untuk melibatkan diri dengan latihan kecerdasan otak seperti membaca, menyelesaikan teka silang kata, menjawab latihan matematik dan menonton dokumentari. Bersenam serta mendekatkan diri dengan ilmu agama juga mampu meningkatkan kekuatan spiritual.

Amalan pemakanan sihat juga penting. Pengambilan ikan yang dihidang tanpa kepala, bijirin, kekacang seperti badam dan sayur-sayuran boleh membuatkan khasiat yang baik ‘dikongsi’ antara ibu dengan bayi dalam kandungan.

PEKA TIP KEMBARA

MENGEMBARA ke negara asing tentunya menyeronokkan. Namun, kesihatan yang terjejas mampu merosakkan segala perancangan yang dibuat. Berikut adalah antara tip yang boleh diikuti jika melancong ke negara asing.

Pengembara perlu memastikan buah atau sayuran yang hendak dimakan dalam keadaan segar, sama ada ketika dikupas atau ketika dimasak.

Elakkan memilih makanan yang mentah atau separa masak bagi hidangan daging, ikan atau makanan laut bercangkerang. Harus diingat, keracunan makanan dan cirit-birit boleh terjadi tanpa diduga.

PENGEMBARA perlu berhati-hati dengan makanan yang dijual di pinggir jalan.

Minuman terbaik adalah air yang dibotolkan atau ditinkan. Ini termasuk pengambilan jus buah segar dan juga produk tenusu yang disimpan sejuk dengan betul.

Seterusnya, ketika menggosok gigi, pastikan berkumur-kumur dengan air yang bersih.

Kalau masih was-was, gunakan air yang dibotolkan. Air bekalan di hotel lima bintang selalunya bersih, tetapi tidak salah kalau membiasakan diri dengan air panas.

Pokok pangkalnya, walau bagaimana hebat pun anda sebagai pengembara, elakkan mencuba makanan daripada jualan gerai di pinggir jalan.

Mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum melancong juga banyak membantu.


KERANG BAKAR ATAU REBUS?

INI mungkin mengejutkan ramai peminat kerang rebus atau kerang bakar.

Sebagaimana yang kita ketahui, habitat kerang adalah di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu ia membuka cangkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan.

Sekiranya kerang itu diperoleh dari kawasan yang airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit perut akibat keracunan.

KERANG yang tidak dimasak dengan betul menjadi tempat aktif bagi bakteria dan virus.

Lebih teruk, anatomi kerang menjadi tempat terbaik bagi aktiviti bakteria dan virus yang menyebabkan hepatitis dan meningitis. Ia sama bahaya dengan kes keracunan raksa seperti yang dilaporkan terdapat pada ikan laut.

Wanita hamil dan mereka yang sensitif terhadap makanan separa masak sebaik-baiknya perlu melupakan keinginan untuk menikmati kerang atas risiko keracunan.

Jika tidak dapat dielakkan, pastikan dahulu dengan pemilik gerai (jika dia mengetahui), dari manakah kerang itu didapatkan dan bagaimanakah ia dimasak.

Adakah kerang rebus lebih baik daripada kerang bakar?

Sementara kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyingkirkan lebihan lumpur dalam cangkerang.

Kaedah rebus juga boleh mematikan darah kerang yang berpotensi mengandungi unsur yang memudaratkan. Maka, anda perlu pastikan ia direbus lebih lama.

No comments:

Post a Comment