Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Feb 7, 2009

Cara bank kira untung

Bank Islam guna kadar riba?


DALAM tulisan minggu ini saya ingin berkongsi jawapan yang saya berikan pada satu soalan yang diajukan. Soalannya seperti berikut: Apabila memohon pembiayaan Islam, mengapa perbankan Islam mengenakan kadar keuntungan berdasarkan harga siling? Perbankan Islam di Malaysia mengguna pakai harga siling ini untuk memudahkan transaksi jual-beli, di mana kadar dikenakan sepatutnya lebih rendah daripada kadar siling.


Contoh: Ali memohon pembiayaan rumah (BBA) dengan harga RM100,000 pada kadar BFR+1.0 peratus (kadar asas pembiayaan/BFR) tetapi apabila membuat transaksi jual-beli, (aset digunakan ialah rumah itu) pihak bank menggunakan harga siling 11 peratus.

Bagaimanapun, pihak bank ada menyatakan bayaran bulanan yang perlu dibayar ialah BFR+1.0 peratus (RM500) bukan 11 peratus (RM850) di mana perbezaan (RM350) bayaran bulanan akan direbatkan (bukan dipulangkan) ke dalam akaun Ali.

a. Ada kalanya saya melihat bank Islam turut menggunakan Base Lending Rate (BLR), adakah ini diterima Islam?

b. Persoalannya, mengapakah kadar siling itu diguna pakai dan tidak kadar yang sepatutnya?

c. Adakah ini dibenarkan di dalam Islam?

d. Kaedah begini mungkin boleh mengelirukan pelanggan bukan Islam dan mereka akan mengatakan kadar siling itu kejam dan tiada makna jika dibandingkan konvensional. Apakah cara untuk meyakinkan pelanggan sebegini?



Untuk jawapannya, saya akan cuba mengulas seringkas dan semudah mungkin bagi kefahaman pembaca.



a. Isu guna BLR

Benar, asal kiraan BLR adalah kiraan berdasarkan riba, ia bersangkut paut dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) penanda aras utama kadar faedah dalam negara yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM). Pada tarikh saya menulis artikel ini, kadar OPR yang ditetapkan BNM adalah 3.25 peratus.

Kadar ini digunakan oleh bank komersial sebagai ‘cost of fund’ atau kos asas pemberian pembiayaan (bagi bank Islam), atau kos asas pemberian pinjaman. Dalam bahasa mudah, ia kos modal asal bagi bank.

Untuk memudahkan kefahaman, sebagai contoh: Anda berniaga burger di tepi jalan. Untuk menentukan kos sebiji burger biasa, anda perlu mengambil kira kos asas atau modal untuk menghasilkan sebiji burger. Iaitu harga sepaket daging burger, kos telur, sayuran, premis jualan bergerak dan lain-lain.

Lalu dianggarkan RM0.50 kos bagi sebiji burger biasa. Itulah kos ‘cukup makan’ untuk perniagaan burger anda; jika diletakkan harga lebih rendah, anda akan rugi.

Dalam konteks perbankan pula, RM0.50 tadi adalah kos dasar yang diletakkan oleh BNM. Huraian lanjut berkenaan hal ini adalah terlalu teknikal (berkait dengan pasaran wang antara bank), justeru cukuplah saya simpulkan sedemikian.

Sesudah mengambil kira kos RM0.50 sebagai harga modal asas, kini sebagai pemilik gerai burger, anda mengambil seorang pekerja, mengupah iklan dan beberapa perkara tambahan.

Semua ini boleh digelar kos modal asal bagi pihak bank dan ia akan memasukkan juga kadar keuntungan yang disasarkan pihak bank atau dalam konteks contoh tadi, pihak penjual burger.

Untuk itu cuba lihat petikan berita mengenai pengumuman Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd mengurangkan BFR sebanyak 25 mata asas kepada 6.5 peratus, berkuatkuasa 1 Disember lalu.

“Keputusan itu dibuat berikutan pengumuman BNM yang mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus baru-baru ini.

Pengarah Urusan KFHMB, Datuk K Salman Younis, berkata keputusan itu dapat memperkemaskan lagi BFR selain memberi kemudahan pengubahan sistem kewangan BNM kepada pelanggan.” (sumber)

Untuk kefahaman, lihat bagaimana kadar dasar yang diletakkan oleh BNM mempengaruhi seluruh bank komersial, termasuk bank Islam.

Jika kadar dasar yang diletakkan oleh BNM adalah 3.25 peratus dan BFR bagi Kuwait Finance House adalah 6.5 peratus. Ini bermakna kadar kos pembiayaan bagi Kuwait Finance House adalah 3.35 peratus. Daripada kadar itulah bank ini menentukan kos pembayaran gaji pekerjanya dan keuntungan sasaran.



Halalkah daripada sudut syariah menyandarkan harga padanya?

Ini pastinya soalan ramai pihak, termasuk ahli akademik dan ekonomi Islam di universiti seluruh dunia. Jawapan ringkasnya, ‘Ya, ia halal’.

Itu juga resolusi fatwa oleh Majlis Syariah Badan Perakaunan dan Kewangan Islam Sedunia (AAOIFI) dalam keputusan mereka bernombor 27, (2/5, 3/5 dan 4/5). Keputusan mereka menyebut dibenarkan untuk mengambil sama ada penanda aras dari BLR, LIBOR atau KLIBOR sebagai tanda ukuran dan perbandingan dan penetapan harga dalam urusan Sukuk pelaburan, akad jual-beli murabahah dan sepertinya dan juga penentuan nilai (kadar) sewa dalam akad sewaan.

3 comments:

  1. Bank Islam guna BLR bank riba(kadar faedah pinjaman asas) untuk mengira untung?
    Persoalan timbul: Jika tiada BLR , bank islam tidak ada cara untuk mengira untung?

    ReplyDelete
  2. Seterusnya bank Islam guna BLR untuk kira untung.
    Bukankah BLR itu terang-terang cara mengira riba?

    ReplyDelete
  3. Selanjutnya....Oleh sebab bank islam bergantung kepada BLR, maka bank islam boleh dikatakan menyokong perbankan konvensional yang riba. Sebabnya kalau tiada BLR, bank islam tak tahu mengira macam mana nak buat untung.

    ReplyDelete