Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (49) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (55) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Jul 23, 2008

Satu lagi kisah untuk dikongsi berSAMA

PERMATA BUAT IBU

“ Mer….Merrrrrrr……..bangun cepat! Terlepas pulak subuh ni nanti. Kejut adik-adik sekali.” Setiap pagi, itulah rutin harian ibu, menjerit memanggil aku dan adik-adik untuk bangun solat subuh dan bersekolah. Aku cukup kagum dengan semangat ibu yang cukup kental dan kuat membesarkan kami empat beradik setelah kematian ayah ketika adik bungsuku, Sofi masih dalam kandungan. Kasihan Sofi, tak dapat menatap wajah ayah.
“ Bu, hari ni Fiq nak mintak duit lebih sikit boleh tak?” Shafiq, yang berumur 12 tahun cuba memancing perhatian daripada ibu. “ Fiq nak buat apa? Asyik nak belanja je. Kan ibu dah bawakan bekal. Kat rumah pun dah makan.” Sarah yang baru tingkatan satu bertindak sebagai pembangkang. “ Elleh angah ni, Fiq bukan nak buat suka-suka jelah. Kelas Fiq nak beli hadiah, kumpul duit sikit, guru kelas Fiq nak pindah”. Shafiq memandang ibu mengharap. “ Mengada-ngada” Protes Sarah meneruskan suapan nasi lemaknya. Setiap pagi ibu akan menghantar nasi lemak dan kuih muih ke warung Mak Nab. Itulah punca rezeki kami sekeluarga, selain menjahit baju dan mengambil upah menjaga tiga orang anak guru sekolah di kampung kami.
“ Sarah, Shafiq, sudahlah tu. Tak baik bergaduh depan rezeki. Nanti ibu bagi ye. Dah cepat makan, lambat pulak ke sekolah nanti”. Tenang ibu melayan kerenah anak-anaknya. “ Takpelah bu, duit belanja along hari ni bagi je kat Shafiq. Along takde kelas tambahan hari ni” aku mengambil jalan perdamaian setelah berdiam diri dari tadi. Selepas bersarapan, aku akan memastikan Shafiq dan Sofi selamat sampai di sekolah rendah mereka sebelum meneruskan perjalanan bersama Sarah ke sekolah menengah berhampiran. Itulah amanah dan tanggungjawab aku sebagai anak yang sulung walaupun aku ini agak nakal dan agresif di sekolah.
“ Syameer Izwan...bila lagi awak nak selesaikan yuran PMR awak ni? Dah sebulan tertangguh. Kawan-kawan yang lain dah settle semuanya…” Gerutu Cikgu Marini membingitkan telingaku setiap hari. Aku lebih suka mengambil langkah berdiam diri, malas nak menjawab. Dia bukan tak faham masalah aku! Aku tak mahu membebankan ibu. Biarlah seketika, sehingga aku pasti ibu mampu melunaskan bayaran yuran peperiksaanku.
“Mer, aku ada benda baik nak bagitau kau ni…”. Khalish mengambil tempat di sisiku. Selalunya waktu rehat, aku akan menghabiskan waktu di bawah pokok sambil menjamah bekalan ibu. Khalish adalah sahabat baik yang memahami kehidupanku dan banyak membantu. “Apa cerita?”. Balasku mempelawa Khalish makan bersama. Khalish memang tak pernah menolak nasi lemak ibu, walaupun duit sakunya cukup untuk duit belanja aku adik beradik selama seminggu. Kata Khalish nasi lemak ibu tiada tandingan…rugi kalau tolak. “Ayah aku nak cari pembantu kat kedai Kak Min, Jasri dapat masuk USM. Takde siapa nak tolong kakak aku tu. Aku ni sorryla…malas….” Tutur Khalish seakan membawa harapan untuk aku…lunaskan yuran segera!!. Aku tak dapat menolak, itulah rezeki tambahan untuk kami sekeluarga. Tapi aku mesti berbincang dengan ibu. Malam itu, apabila aku menyatakan hasratku, ibu berat hati untuk membenarkannya. Ibu risau pelajaran aku akan terganggu memandangkan aku akan berdepan dengan peperiksaan penting tahun ini. Akhirnya ibu membenarkan, setelah aku berjanji akan membahagikan masa sebaiknya. Lagipun aku cuma perlu bekerja selepas balik dari sekolah, dan kedai Kak Jasmin akan tutup pada pukul 7 malam.
“ Along…Sofi tak faham la Bahasa Inggeris ni. Along boleh ajar tak ?” Soffya Aisyah yang belajar dalam darjah tiga merengek manja di sebelahku. Hari minggu itu aku tak bekerja, kedai Kak Jasmin tutup kerana ada kenduri di rumahnya. Akikah anak buah Khalish. Dapatlah aku meluangkan masa bersama adik-adik di rumah. Nampaknya jahitan ibu pun agak banyak untuk di sudahkan. Sejak aku bekerja di kedai Kak Jasmin, masaku agak terhad. Siang sibuk dengan sekolah dan kerja, malam pula aku akan pastikan aku mengulangkaji pelajaran. Aku tidak mahu gagal dalam peperiksaanku, kerana impianku untuk mengubah nasib keluarga.
Pagi itu aku agak lewat ke sekolah. Setibanya di kelasku, aku lihat Hazim sedang duduk di mejaku dengan muka mencuka. Nampak saja kelibatku, dia segera menghampiri. “ Mer, kau jangan ingat kau dah bagus…mentang-mentanglah cikgu Nazir calonkan kau wakil sekolah dalam pidato. Kau ingat kau lebih hebat dari aku?.. hei….ini Hazimla. Hazim Taufiq tak pernah kalah tau..”. Hazim berlalu sambil menolak aku ke belakang. Nasib baik aku sempat berpaut pada pintu, kalau tidak budak kelas 3 Cendikiawan dapat tengok nangka busuk jatuhlah awal-awal pagi. Hazim dari kelas 3 Pendita memang tak pernah puas hati dengan aku. Aku pun tidak pasti mengapa, kerana seingat aku, aku tidak pernah cari pasal atau cari gaduh dengan dia. Paling-paling pun kami pernah bertelagah untuk merebut jawatan pengerusi Kelab Hoki sekolah. Tapi aku berjaya menewaskan Hazim dengan majoriti undi yang banyak. Sejak itulah dia seakan-akan berdendam dengan aku.
Aku berjaya mengharumkan nama sekolah setelah menjadi juara pertandingan pidato. Hazim nampaknya terpaksa menerima kemenangan aku walaupun masih tidak berpuas hati nama aku mampu naik setanding namanya yang pernah memenangi pertandingan catur. Sejak itu, Hazim sudah tidak mengganggu aku lagi walaupun tidak nampak tanda-tanda seperti dia mahu berbaik dengan aku. Biarlah dia…aku pun tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Lagipun aku perlu bersiap sedia dengan peperiksaan PMR yang bakal mengubah perjalanan hidupku.
Petang itu, Shafiq balik ke rumah dengan muka masam dan bajunya yang kotor. Dia hanya duduk termenung di tangga rumah sambil menguis-nguis tanah dengan hujung kakinya. “ Kenapa ni Fiq ? Shafiq bergaduh ye ?”. Aku cuba menegur. Shafiq cuma diam. Aku biarkan seketika marahnya reda. Aku sudah masak benar dengan sikapnya. Walaupun nampak keras dan kasar, tetapi dia memang cukup sensitif. Apalagi kalau disentuh perihal ayah. Itulah dia Shafiq Idzmeer, anak ibu yang manja. “ Long, Fiq geram betullah dengan Rizal dan kawan-kawan dia tu. Tak sudah-sudah nak cari pasal dengan Fiq”. Tiba-tiba Shafiq bersuara. “ Apa yang dia orang buat kat Shafiq?”..Lembut aku bertanya. Tak mahu aku semarakkan lagi hati yang tengah membara. “ Ada ke patut dia ambil kasut Shafiq, lepastu campak dalam tong sampah. Dia cakap kasut Fiq buruk, koyak, tikus pun geli nak dekat”. Shafiq meneruskan ceritanya. “ Yang Fiq tak tahan bila dia cakap Fiq takde ayah, lepastu duduk merempat minta belas kasihan orang. Geram betul Fiq!” Shafiq mengepal-ngepal penumbuknya. “ Habis lepas tu Fiq buat apa kat dia?” Lanjut aku bertanya. “ Apa lagi?...Fiq bagilah penumbuk sulung Fiq ni. Biar dia tahu, Shafiq ni anak jantan! Walaupun Fiq takde ayah, Fiq kuat dan boleh jaga ibu dan adik. Padan muka si Rizal tu……menangis!”. Shafiq mengulum senyum. Mungkin terbayang kemenangannya membela maruah diri. “ Fiq, along harap lepas ni Fiq jangan buat macam ni lagi ye. Tak elok bergaduh ni. Orang lagi benci dengan kita, pandang buruk kat keluarga kita. Fiq suka ke bila orang cakap ibu tak pandai jaga anak, anak macam samseng, pukul orang. Kesian kat ibu. Fiq sayang ibu kan? Tak nak tengok ibu sedih-sedih kan?”. Lembut aku menegur. Ku lihat Shafiq tunduk mengangguk. Jernih matanya memandang aku seperti memohon kemaafan. “ Sudahlah tu. Shafiq pergi mandi, kejap lagi dah masuk maghrib”. Aku menepuk lembut bahu Shafiq. Sebagai abang, aku wajar menasihatinya walaupun aku sendiri pasti akan melakukan perkara yang sama apabila berhadapan dengan situasi sepertinya. Aku tidak mahu Shafiq menjadikan pergaduhan sebagai jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Aku mahu adik-adikku setabah ibu.
Alhamdulillah, keputusan peperiksaan PMR ku baik. Aku adalah di antara pelajar cemerlang di sekolah. Aku gembira dapat menunaikan harapan ibu. Aku tahu, ibu berbangga melihat kejayaan aku walaupun dia tidak menuturkannya. Air mata yang mengalir di pipinya cukup membuktikan ibu betul-betul gembira. Walaupun keputusanku cemerlang, dan aku diterima masuk ke sekolah berasrama yang ternama, aku tidak dapat menerimanya. Tidak sanggup aku meninggalkan ibu menggalas beban seorang diri di rumah hanya ditemani Sarah dan Sofi yang masih kecil. Shafiq sudahpun ibu lepaskan ke sekolah berasrama penuh setelah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSRnya. Biarlah aku meneruskan pelajaranku di sekolah lama asalkan aku dapat menemani ibu dan adik-adik. Aku terpaksa menyembunyikan tawaran kemasukanku ke asrama daripada pengetahuan ibu, kerana aku tahu ibu pasti akan mendesak aku pergi. Ramai kawan-kawan yang mendapat keputusan cemerlang berpindah sekolah, termasuk Khalish. Puas juga Khalish memujuk aku agar pergi bersamanya, tapi akhirnya dia akur dan memahami keputusanku.
Rutin harian hidupku berasa agak hambar setelah pemergian Khalish ke asrama. Sejak dari sekolah rendah, Khalish adalah sahabat setia suka dan dukaku. Namun itu tidak sesekali mematahkan semangatku. Kesibukanku membuatkan aku terlupa dengan kesunyian yang kadangkala bertapak di hati. Aku masih membantu kak Jasmin di kedainya. Selagi tenaga dan khidmat aku diperlukan, aku akan terus bekerja di situ. Kak Jasmin tak pernah berkira denganku, malah aku sering mendapat bantuan kewangan daripadanya. Begitu juga dengan suaminya, abang Mokhdar yang sesekali datang ke kedai. Tetapi aku tidak pernah mengambil kesempatan di atas kebaikan mereka.
“ Assalamualaikum………” Suasana di rumah nampak sepi petang itu. Berkali-kali aku memberi salam tapi tiada siapa menyambut. “ Waalaikumussalam….Eh, along dah balik ke? Kita orang ada kat belakang tadi”. Tiba-tiba muncul Sarah dari bawah rumah. “ Awal along balik hari ini? Kedai Kak Min tutup ke?” Sapa Sofi dengan membawa sepiring buah. “ Kak Min tutup awal, nak pergi klinik, anak dia tak sihat…Siapa beli buah ini?” Aku melabuhkan punggung di beranda sambil mencari-cari kelibat ibu. “ Tadikan long, ada orang datang nak merisik ibu, merekalah yang bawa buah ini”. Becok Sofi bercerita dengan tersengih-sengih. “ Siapa?”. Terkejut betul aku mendapat berita terkini lagi sensasi daripada Sofi. Mataku melirik kepada Sarah. Sarah Athira cuma terkekeh-kekeh ketawa. Mulutnya yang penuh dengan buah membuatkannya hampir saja tersedak. “ Tadi Pak Andak Yusoh datang nak meminang ibu Mer”. Sapa ibu dari dalam rumah dan kemudiannya duduk di sebelahku. Sekali lagi hampir tersentak jantungku. Setelah lebih sepuluh tahun ibu keseorangan, kenapa tiba-tiba ada orang yang berkenan dengan ibu? Pak Andak Yusoh pula tu. Setahu aku isteri Pak Andak Yusoh baru sahaja meninggal dunia. Bak kata pepatah melayu, tanah masih merah lagi. “ Habistu?...ibu setuju ke? Ibu terima lamaran Pak Andak tu?”. Tanyaku tidak sabar. “ Ishh Syameer ni, merepek betul. Dah tua-tua macam ini tak ada hati ibu nak kahwin lagi. Anak-anak ibu dah besar-besar, ada temankan ibu, buat apa ibu nak susah-susah jaga orang lain. Lagipun ibu masih sayangkan arwah ayah kamu”. Senyum ibu yang membuatkan aku menarik nafas lega. Aku bukan tidak suka atau tidak setuju untuk ibu berteman lagi, aku tahu ibu sudah terlalu banyak berkorban untuk kami adik beradik, apa salahnya kalau ibu ingin mencari bahagia, cuma aku rasa, Pak Andak Yusoh bukanlah calon yang sesuai. Walaupun dia berduit dan mewah, tapi anaknya ramai dan masih kecil. Aku tidak mahu ibu memikul beban lagi di usianya yang semakin meningkat ini. “ Lega hati along Sofi, karang tak pasal-pasal dapat adik baru lah pula”. Usikku kepada Sofi sambil melirik kepada ibu yang masih tersenyum. Terkekeh-kekeh Sofi ketawa menampakkan giginya yang putih tersusun.
Cuti penggal persekolahan itu, ibu berhajat untuk membuat kenduri doa selamat untuk arwah ayah. Kata ibu, sudah lama dia tidak bersedekah. Ada rezeki lebih hasil jahitan, ibu hendak tunaikan hasratnya. Aku tidak membantah. Aku tahu, sejak arwah ayah meninggal, baru kali ini ibu berpeluang mengadakan kenduri selepas kenduri tahlil. Keadaan kewangan kami tidak begitu mengizinkan. Pagi itu kami agak sibuk menyiapkan persediaan untuk doa selamat malam nanti. Walaupun hidangan ringkas sahaja, tetapi ibu tetap menyuruh aku menjemput ramai orang kampung dan jemaah surau. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar seperti yang ibu harapkan. Walaupun nampak keletihan, terpancar sinar kepuasan di raut wajah putih kuning ibu yang masih nampak cantik meskipun telah dimamah usia.
Nyata langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berpanjangan seakan mula diinjak waktu. Tidak sampai tiga bulan aku akan menduduki peperiksaan SPM, ibu mendapat kemalangan. Ibu cedera teruk ketika cuba mengelak daripada diragut. Namun alhamdulillah, walaupun kecederaan ibu agak serius, tetapi ibu masih lagi bersama kami. Hampir sebulan ibu terlantar, akhirnya ibu mampu bangun dan berjalan meskipun terpaksa dipapah. Kasihan aku melihat ibu, dia tidak mampu membuat sebarang kerja kerana kakinya tidak sekuat dulu dan ibu terpaksa bertongkat. Ibu terpaksa berhenti menjahit dan membuat kuih walaupun aku tahu berat hatinya untuk melepaskan tugas yang telah sekian lama dilakukan. Hakimi, Haizira dan Muadz Zurhail kini di asuh oleh orang lain. Sedih aku melihat ibu menangis ketika mahu melepaskan anak-anak asuhannya. Hubungan yang rapat sejak mereka bayi membuatkan mereka juga tidak mahu berpisah dengan ibu.
Kehidupan kami agak perit selepas ibu terlibat dalam kemalangan. Kami terpaksa lebih berjimat kerana sumber pendapatan ibu sudah tiada. Nasib baik aku masih bekerja di kedai kak Jasmin dan kami adik beradik mendapat bantuan kerajaan untuk pembiayaan pendidikan. Sarah terpaksa berkorban masa, membantu ibu memasak, mengemas dan membuat kerja rumah. Walaupun dia juga sedang berjuang menghadapi PMR, tetapi aku lihat dia cukup cekal dan bertimbang rasa. Syukurlah kerana Sofi juga sudah boleh diharap.
Kesihatan ibu semakin membimbangkan. Ibu kerap berulang alik ke hospital kerana penyakit yang datang dan pergi. Sayu aku melihat tubuh ibu yang semakin cengkung, tiada selera makan dan tidak ceria seperti dulu. Raut wajah manis ibu yang sentiasa nampak cantik di mataku kini seakan hilang di sebalik kesakitan yang ibu tanggung. Ibu sehabis baik cuba meluangkan sepenuh masanya dengan kami, tetapi kesihatannya yang tidak mengizinkan membuatkan dirinya mudah letih. Tidak sanggup aku melihat ibu. Rindu aku ingin melihat ibu yang sentiasa ceria dan rajin bercerita. Tapi apalah dayaku.
“Mer, kalau ibu tiada nanti, janji dengan ibu…jaga adik-adik baik-baik. Ibu nak anak-anak ibu berjaya. Janji dengan ibu ye Mer”. Luah ibu malam itu ketika aku memicit kepalanya. “ Ibu, jangan cakap macam itu. Amer dan adik-adik masih perlukan ibu. Ibu jangan tinggalkan kami. Ameer sayang ibu”. Air mata lelakiku gugur juga tatkala meluahkan kata-kata. Tidak sanggup untuk aku bayangkan kehidupan kami empat beradik tanpa ibu setelah kami kehilangan ayah sejak dari kecil lagi. “ Mer, anak-anak ibulah kekuatan ibu selama ini. Ibu sayang sangat kat anak-anak ibu. Tapi Mer, ibu tak dapat selamanya bersama kamu. Janji dengan ibu, jaga diri baik-baik. Jangan sesekali tinggal sembahyang, itu sajalah harta yang ibu tinggalkan untuk anak-anak ibu”. Lembut tangan ibu mengelus pipiku. Tangan ibu ku genggam erat bersama esakan yang semakin kuat. “ Amer janji bu”.
Akhirnya, apa yang amat aku bimbangkan terjadi juga. Ibu meninggalkan kami tanpa menunjukkan apa-apa tanda. Sehari sebelum pemergiannya, ibu nampak sihat dan ceria. Malah, ibu beria-ia memasakkan kami adik-beradik nasi lemak. Kata ibu sudah terlalu lama dia tidak memasak untuk kami, lebih-lebih lagi ketika Shafiq juga ada bersama. Berselera sungguh ibu makan hari itu. Ketika aku lega dengan perubahan yang ibu tunjukkan, tiba-tiba pagi itu ibu tidak menunjukkan reaksi apabila Sofi menggerakkannya untuk sarapan bersama. Tangisan yang panjang bergema dengan pekikan Sofi memanggil aku, Sarah dan Shafiq. Aku redha, namun aku cukup terkilan kerana tidak berkesempatan berkongsi kejayaanku dengan ibu. Aku berjaya melanjutkan pelajaranku ke Universiti dalam jurusan undang-undang. Tetapi, tanpa ibu…yang akan menyaksikan kemenanganku. Pemergiaan ibu kami iringi dengan tangisan dan doa.
Pemergian ibu meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada kami, terutama Shafiq dan Sofi. Sofi telah jauh berubah. Kerinduan sering membuatkannya termenung dan bersendirian. Dan kami menerima tamparan hebat apabila kami adik beradik terpaksa berpisah. Aku meneruskan juga cita-cita dan impian ibu dengan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Alhamdulillah aku mendapata tajaan penuh kerajaan kerana keputusan cemerlangku dalam SPM. Shafiq akan terus tinggal di asrama sehingga tamat SPM. Manakala Sarah dan Sofi terpaksa dihantar ke rumah anak-anak yatim kerana kami tiada waris yang mahu menjaga kami. Linangan air mata adik-adikku cukup membuatkan hati lelakiku sebak dan pilu. Aku hanya mampu berjanji bahawa aku akan datang menemui mereka apabila aku ada kesempatan dan kelapangan. Aku berjanji kepada diri sendiri, aku akan bawa mereka keluar dari rumah anak yatim apabila aku sudah bekerja nanti. Aku mahu pastikan hidup mereka terjamin dan berjaya, seperti janji aku kepada arwah ibu.
Kini segalanya sudah lama berlalu. Kepahitan dan kesengsaraan banyak mengajar kami tentang erti sebuah kehidupan. Kami begitu menghargai hubungan persaudaraan antara kami dan kasih sayang yang sudah terpupuk padu. Hampir 15 tahun ibu meninggalkan kami. Alhamdulillah, kami adik-beradik berjaya dalam hidup masing-masing, berkat doa ibu yang amat ku rindui. Kini, aku adalah seorang peguam di sebuah Firma Guaman terkemuka di ibu Negara. Sarah seorang pensyarah di sebuah kolej dan sudahpun berkahwin serta memiliki sepasang cahayamata kembar, Fariq Haikal dan Farish Hakimi. Shafiq baru pulang dari luar Negara setelah tamat pengajiannya dalam bidang kedoktoran, manakala Sofi adalah seorang jurutera yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Cuma aku dan Shafiq masih sendirian. Aku telah berjaya menunaikan janjiku dan amanat arwah ibu. Adik-adikku telah mendapat kehidupan sendiri yang lebih bermakna. Kami sentiasa berdoa semoga roh arwah ayah dan ibu sentiasa berada di kalangan hambaNYA yang bertakwa dan di tempatkan di Syurga, insyaAllah. Amin.

No comments:

Post a Comment