Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Jul 30, 2008

Fikirkanlah..

Salah asuhan?
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my


APABILA masalah remaja heboh diperkatakan, ramai menuding jari kepada ibu bapa kononnya mereka tidak pandai mendidik anak.

APABILA masalah remaja heboh diperkatakan, ramai menuding jari kepada ibu bapa kononnya mereka tidak pandai mendidik anak.

Tohmahan itu menyebabkan ada ibu bapa kecewa lalu meletak semula kesalahan kepada anak dengan menying kirkan mereka.


Penyingkiran itu menyebabkan anak-anak ‘merajuk’ se hingga mendorong mereka melakukan perbuatan tidak ber moral termasuk menjual maruah diri.

Persoalannya, adilkah meletakkan kesalahan kepada ibu bapa jika anak bermasalah?

Mengapa tidak meletakkan beban itu kepada rakan se baya?

Pengasas Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS) yang juga bekas pensyarah di sebuah institusi tempatan, Profesor Zuraidah Abd Rahman, berkata semua pihak patut bertanggung jawab dalam isu moral membabitkan remaja.

Menurutnya, sikap masyarakat ‘lebih banyak bercakap daripada bertindak’ antara punca masalah sosial sukar di bendung.

“Bagaimana kita mengurangkan gejala ini jika ada pihak hanya tahu berlagak pandai?

“Menunding jari kepada ibu bapa sepenuhnya tidak adil, begitu juga menuduh masyarakat atau rakan sebaya sebagai punca.

“Semua pihak perlu bekerjasama dan memikul tanggung jawab bersama,” katanya.

Kajian National Organizations for Youth Safety (NO YS.Org), di Amerika Syarikat mendapati pengaruh rakan sebaya memainkan peranan besar memberi impak terhadap keperibadian remaja.

Walaupun ibu bapa menanam nilai dan jati diri kepada anak-anak, pengaruh rakan sebaya boleh mengubah per lakuan mereka.

Menurut Profesor Zuraidah , rakan sebaya adalah aspek kehidupan diperlukan individu untuk meneroka hidup dan pengalaman baru.

“Rakan sebaya adalah kelompok paling besar dalam ke hidupan remaja, kehadiran mereka boleh menentukan sama ada remaja menjadi baik atau sebaliknya.

“Remaja mudah menerima, berkomunikasi atau meluahkan masalah kepada rakan sebaya kerana masing-masing mem punyai minat yang sama.

“Ibu bapa jangan cemburu menerima kehadiran rakan sebaya sebaliknya mereka hanya perlu mengawasi,” katanya.

Berikutan isu remaja, beliau menubuhkan PRS boleh mem bantu mereka berkongsi masalah.

Dr Zuraidah berkata, peranan atau pengaruh rakan sebaya mampu mengubah hidup remaja.

“Ada remaja tidak mahu berkongsi masalah dengan ibu bapa tapi selesa dengan rakan.

“Tetapi, jika rakan sebaya tidak mempunyai ilmu, ba gaimana mahu menyelesaikan.

“Dengan melemparkan tanggapan buruk terhadap rakan sebaya, tidak boleh membantu menyelesaikan masalah,” katanya.

Sambil mengharapkan remaja pandai merencanakan ke hidupan, beliau berkata zaman yang hanya sekali dinikmati ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakar kejayaan dan kebanggaan.

“Waktu inilah remaja harus menggunakan peluang dan tenaga demi mencari penghidupan baik. Jangan bazirkan melakukan perbuatan sia-sia,” katanya.

Ibu bapa juga, katanya jangan lepas tangan dalam memberi pendidikan selain memantau menggunakan kaedah sesuai mengikut frasa perkembangan anak.

“Jangan terlalu mengongkong sehingga anak-anak bosan atau bersikap lepas tangan. Ibu bapa perlu ada pendekatan khusus dalam mendidik.

“Mereka boleh tunjukkan kasih sayang, teguran atau ambil berat selain terapkan didikan menghormati orang lebih tua. Jadikan mereka sebagai rakan.

“Saya percaya, jika hubungan ibu bapa dan anak harmoni, konflik remaja boleh dihindarkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment