โJika seorang daripada keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun seperti perkataan โahโ adalah tidak dibenarkan.
โDan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun).โ
Dalam Islam, kita dituntut berbuat baik kepada ibu bapa dan tuntutan itu satu kewajipan yang perlu ditunaikan.
Ini kerana, setiap kehidupan manusia bermula dengan kelahiran daripada ibu. Oleh itu, Islam memandang serius hukum dan adab berkaitan hubungan anak dengan ibu.
Kita diperintahkan sentiasa melakukan kebaikan, berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Kita diharamkan melakukan kekasaran terhadap mereka, sama ada dengan perbuatan mahupun percakapan.
Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana merujuk kepada kepayahan dan kesusahan mereka ketika mengandung, membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari.
Firman Allah SWT dalam Surah Lukman ayat 14: โDan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.
โDengan demikian, bersyukurlah kepada-Ku dan ibu bapamu dan ingatlah, kepada Akulah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan.โ
Pengorbanan ibu bapa sangat besar dan atas dasar itu Islam menggandingkan tanggung jawab mentaati ibu bapa mengiringi persoalan mentauhidkan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 36: โDan hendaklah kamu beribadah kepada Allah SWT dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juapun.
โDan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri.โ
Perintah untuk menyembah Allah SWT dan larangan mensyirikkan-Nya diikuti dengan berbuat baik kepada ibu bapa menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara persoalan taat kepada Allah SWT dan taat kepada ibu bapa.
Namun dewasa ini, ada anak mengabaikan tanggung jawab terhadap ibu bapa. Mereka tidak mempedulikan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar, bahkan ada yang menambah bebanan kepada ibu bapa.
Contohnya menyuruh ibu bapa menjaga cucu, menjadi pembantu rumah, bahkan ada yang sanggup menghantar mereka ke rumah jagaan orang tua dan mengabaikannya.
Ingatlah, Rasulullah SAW pernah bersabda: โKeredaan Allah SWT terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah SWT terletak pada kemurkaan ibu bapa.โ
Sabda Nabi SAW: โMuawiyah bin Haidah Al-Qusairi bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang paling patut untuk aku berbuat baik?โ
Baginda menjawab: โIbumu.โ Aku bertanya lagi: โKemudian siapa?โ Baginda menjawab: โIbumu.โ Aku bertanya lagi: โKemudian siapa?โ Baginda menjawab: โIbumu.โ Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?โ Baginda menjawab: โBapamu, seterusnya orang yang paling hampir denganmu.โ
Menurut maksud hadis itu, pengulangan lafaz โibumuโ menunjukkan ketinggian martabat seorang ibu tanpa menafikan hakikat dan tanggung jawab seorang ayah.
Ingat, perbuatan menyakiti hati seorang ibu adalah dosa yang besar. Berjanjilah kita bahawa kita akan menjadi anak yang tidak derhaka kepada ibu bapa.