Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Apr 6, 2009

Berkahwin semula bagai satu perjudian


bercinta semula adalah indah, namun banyak perkara harus ditangani sebelum memutuskan untuk melayari bahtera perkahwinan.

Bercinta dan seterusnya berkahwin lagi setelah berpisah dengan pasangan telah menjadi lumrah masa kini. Ramai yang memperjudikan diri dalam menempuhi situasi hidup berpasangan untuk kali keduanya bagi meneruskan kehidupan yang sunyi setelah kehilangan orang tersayang sama ada secara perceraian atau kematian,

Bagaimanapun cara perpisahan yang dihadapi oleh seseorang itu banyak mempengaruhi hubungan kali kedua. Ini kerana pengalaman yang lalu akan sentiasa bermain di fikiran mereka.

Sekiranya semasa bersama dengan pasangan masing-masing, mereka sangat bahagia, maka sudah pasti situasi sebegitulah yang akan dicari dan hendak dikekalkan.

Tetapi jika sebaliknya, selalu didera, dipukul, saling tidak mempercayai, maka pencarian kali kedua ini akan menjadi berlawanan. Daripada pengalaman-pengalaman ini, maka pencarian kali kedua akan menjadi lebih sukar dan selektif.

Inilah yang membuatkan kadangkala bagi menyakinkan pasangan kali kedua ini sedikit memakan masa kerana pengalaman pertama sentiasa menghantui di minda mereka.

Namun demikian, adalah tidak salah untuk menemui cinta kedua dan meneruskan kehidupan dengan pasangan baru. Ramai yang mendapat sinar baru dalam kehidupan setelah lama sunyi dan kesedihan dengan kehilangan orang tersayang atau tempat bergantung.

Pensyarah Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perlakuan bercinta dan berkahwin selepas berpisah.

''Paling utama ialah kesunyian yang melanda seseorang yang menghadapi perpisahan sama ada kematian atau perceraian. Kedua, keselamatan dari segi kewangan dan masa depan.

Memenuhi naluri seksual

''Yang tidak dapat dielakkan ialah memenuhi naluri seksual wanita dan lelaki iaitu untuk merasai dikasihi dan disayangi seperti dialami dahulu dengan pasangan dan sekiranya berkahwin ingin menghalalkan hubungan seksual.

''Bagi wanita yang bergelar ibu tunggal, cabarannya cukup besar terutama dengan gelaran tersebut yang selalunya akan timbul tohmahan, fitnah daripada orang sekeliling,'' katanya di ketika ditemui di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Menurut Dr. Saedah, seseorang ibu tunggal atau bapa tunggal yang ingin memulakan episod baru dalam hubungan percintaan pasti menghadapi masalah pada mulanya.

Pertama, dari segi penyesuaian dengan pasangan baru. Bagi yang berpisah secara bercerai, akan timbul masalah tidak mudah mempercayai, manakala berpisah secara kematian, peluang untuk mempercayai pasangan lebih besar dan mudah jatuh cinta.

''Pencarian cinta kedua setelah berpisah ini diibaratkan satu perjudian, sama ada anda akan mendapat individu yang hampir sama dengan pasangan sebelumnya atau sebaliknya. Inilah yang membuatkan seseorang itu sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah dalam menetapkan keseriusan sesuatu hubungan dan seterusnya ke jenjang pelamin.

Mencari pengganti

''Tidak dinafikan setiap individu yang ditinggalkan inginkan seseorang dalam hidupnya supaya boleh menempuh kehidupan seperti sediakala sebelum berlakunya perpisahan. Maksudnya ialah pengganti, hanya waktu dan penemuan yang menentukan sama ada mereka memperoleh pasangan atau tidak,'' ujarnya.

Katanya, sebelum memutuskan untuk serius dalam perhubungan, seseorang itu harus mengatasi ketakutan berhadapan dengan keluarga pasangan baru, sekiranya ingin berkahwin.

Akan ada dalam fikiran sama ada suami atau isteri baru boleh menjaga anak atau boleh menjadi bapa atau isteri yang baik.

''Begitu juga dengan kemampuan membina semula kepercayaan terhadap pasangan baru sama ada boleh dipercayai seperti mana arwah suami. Misalnya mempercayai boleh duduk serumah dengan anak perempuan, takut suami baru akan merosakkan anak perempuan.

Kemampuan menjadi isteri atau suami

''Selain itu, risaukan personaliti diri pasangan yang bakal berubah setelah berkahwin sedangkan semasa berpacaran, semuanya baik. Tetapi apabila telah mendapat, mampukah ia menjadi isteri atau suami dan bapa yang baik kepada anak daripada perkahwinan pasangan terdahulu.

''Tidak dilupakan ialah sama ada boleh menjalinkan satu hubungan yang rapat dengan ahli keluarga baru dikahwini itu.

"Sedangkan mereka tahu, yang dikahwini itu adalah janda atau duda yang mempunyai anak,'' katanya.

Tambahnya, perkara paling penting dalam memulakan hubungan dengan orang lain, perasaan anak harus dijaga.

''Bagi wanita, sudah pasti sekiranya mempunyai anak yang telah memahami erti kehidupan menghadapi halangan emosi. Mereka sudah tentu tidak mahu seseorang yang tidak dikenali menggantikan tempat bapa atau ibu kandung mereka.

Anak terpinggir

''Anak juga akan rasa terpinggir kerana ibu atau bapa telah mempunyai seseorang yang diambil berat selain daripada mereka. Kadangkala, ibu atau bapa mengabaikan kasih sayang, masa dan perbelanjaan yang selama ini mereka kecapi, ia telah diragut oleh orang luar.

''Begitu juga dengan personaliti pasangan baru bapa dan ibu mereka yang tidak setanding dengan bapa dan ibu kandung mereka sehingga menyukarkan menyesuaikan diri,'' jelasnya yang inginkan pasangan yang mahu menempuh kehidupan bercinta kembali memikirkan banyak perkara dan faktor anak demi keharmonian hubungan yang dibina.

Ujar beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor, selalunya, mencari pengganti yang bercerai mati, sudah pasti mempunyai personaliti seperti arwah manakala yang bercerai hidup, personaliti sebaliknya iaitu lebih baik daripada bekas, ini selalu bagi golongan yang selalu didera atau berlaku curang.

Tegas Dr. Saedah, banyak perbincangan, tolak ansur, membina keyakinan diri dan pengorbanan harus dilakukan bagi mereka yang ingin bercinta semula dan sekali gus berkahwin lagi. Tangani dahulu segala kekusutan sebelum menyatakan 'ya' kepada pasangan baru untuk melayari bahtera kehidupan.

No comments:

Post a Comment