Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Apr 8, 2009

Bahagi harta selepas lunas hutang

ISLAM sangat mengambil berat berkaitan persoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta dianggap amanah yang mesti diuruskan dengan baik dan sempurna berdasarkan peraturan dan hukum Allah SWT.

Perlu diingat, tiada seorang daripada manusia akan membawa harta bertimbun ke alam barzakh, sebaliknya harta yang menjadi kebanggaan diri itu ditinggalkan untuk dibahagikan sesama warisnya.


Pengurusan harta sebagai bekalan kehidupan di akhirat mesti diurus dan dirancang ketika hidup lagi sebagaimana pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, di mana baginda mengarahkan sahabat yang ingin pergi berperang supaya mewasiatkan harta kepada orang lain.

Ia bertujuan supaya segala harta dan tanggungjawab yang akan ditinggalkan jika dia syahid di medan peperangan dapat diurus dengan baik dan sempurna.

Sesungguhnya Islam menyusun, mengatur sistem dan kaedah terbaik bagi umatnya mengurus harta pusaka, antaranya melalui wakaf, sedekah, hibah, faraid serta wasiat.

Wasiat menurut bahasa bermaksud sambung atau pesanan, manakala daripada segi syarak bermaksud ikrar seseorang ketika hidupnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa yang dibenarkan oleh syarak dan terlaksana selepas kematiannya, dengan niat mendapatkan keredaan Allah SWT.

Membuat wasiat pada asalnya adalah wajib berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Kamu diwajibkan apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik menurut peraturan agama, sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah, ayat 180)

Namun menurut kebanyakan ulama, hukum wajib berwasiat dalam ayat berkenaan dimansuhkan apabila turunnya ayat yang menjelaskan berkaitan pembahagian harta pusaka kepada warisnya.

Melalui hadis Rasulullah SAW, baginda berdasarkan “Allah sudah memberikan bahagian setiap orang yang berhak maka tiada wasiat untuk warisnya.” (Riwayat At-Tarmizi)

Namun, baginda menggalakkan umatnya membuat wasiat melalui sabdanya: “Tidak patut bagi seseorang muslim yang ingin berwasiat tidur selama dua malam, selagi ia tidak menulis wasiatnya disisinya.” (Muttafaqun Alaihi)

Wasiat hanya boleh dilaksanakan kepada selain daripada mereka yang layak mendapatkan bahagian harta mengikut hukum faraid.

Wasiat dan hutang si mati hendaklah dijelaskan dulu sebelum harta si mati dibahagikan mengikut faraid. Itu pun jika warisnya mengetahui perkara berkenaan daripada si mati sebelum meninggal dunia.

Ia dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Dan bagi kamu seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak tetapi jika mereka mempunyai anak, kamu beroleh seperempat daripada harta yang mereka tinggalkan sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan sesudah dibayarkan hutangnya.” (An-Nisa’, ayat 12)

Menurut ulama feqah, wasiat hanya boleh dilaksanakan tidak lebih 1/3 daripada harta si mati, manakala hutang pula hendaklah dilunaskan sepenuhnya oleh warisnya jika harta peninggalan si mati tidak mencukupi.

Oleh itu, mari kita bersama-sama memanfaatkan tuntutan berwasiat supaya apabila kita bertemu Allah SWT, ia dalam keadaan selesai segala hutang-piutang kita dengan-Nya dan dengan manusia.

Kita bertemu Allah SWT dalam keadaan ahli keluarga kita tenang dan sejahtera menerima harta pusaka yang kita tinggalkan tanpa berlaku penipuan, penindasan dan perbuatan.

“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah SWT jualah pahala yang besar.” (At-Taghaabun, ayat 15)

No comments:

Post a Comment