Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Apr 30, 2009

Hukuman sebat syariah sejauh mana difahami?




SEBAGAIMANA anda, penulis juga masih agak trauma dengan kes yang disifatkan sebagai satu tragedi yang dilaporkan berlaku di Lembah Swat, Pakistan pada awal bulan ini. Iaitu apabila seorang remaja perempuan disebat, sama ada dengan rotan atau kayu oleh anggota Taliban sebanyak 34 kali hanya kerana menemui seorang lelaki bukan muhrim. Hanya kerana itu beliau didapati bersalah!

Mengapa dikatakan satu tragedi? Ini kerana hukuman itu lebih menampakkan kezaliman berbanding satu bentuk pengajaran terhadap pesalah. Malah bercakap soal imej, hukuman tersebut sebenarnya telah merosakkan imej Islam!

Atas justifikasi apakah remaja berkenaan dihukum dengan sedemikian rupa, termasuk yang diyakini pastinya lelaki bukan muhrim yang dikaitkan dalam kes ini terlepas daripada menerima hukuman.

Bukan soal telah berlaku satu diskriminasi atau ketidaksamaan gender dalam kes remaja perempuan ini tetapi secara keseluruhan, anggota Taliban berkenaan telah melampaui segala batas peraturan dan undang-undang.

Ini undang-undang rimba yang cuba diciptakan oleh Taliban. Jika kita berkata kepada soal had atau jumlah rotan itu sendiri, Islam telah menetapkan sebatan atau merotan melebihi daripada sepuluh kali dikenakan, jika melibatkan jenayah hudud. Jadi dapatkah anda sifatkan jenayah yang dilakukan oleh remaja ini sebagai hudud?

Dalam kertas kerja yang bertajuk "Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah: Realiti Perlaksanaan" yang dibentangkan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad pada seminar sehari Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), berkata Islam memperuntukkan hukuman rotan kepada dua jenis kesalahan syariah iaitu hudud dan takzir. Hudud melibatkan hukuman kesalahan-kesalahan seperti persetubuhan haram atau zina, tuduhan qazaf dan minum arak.

"Sementara takzir yang bermakna dera yang menjadi pengajaran dengan menjadikan rotan merupakan hukuman utama dalam kesalahan-kesalahan takzir yang serius.

"Satu bentuk hukuman yang berkesan terutama kepada penjenayah-penjenayah yang merbahaya dan didapati sudah sebati dengan kesalahan-kesalahan itu," katanya.

Beliau menegaskan, mengikut peruntukan hukum syarak dalam kesalahan jenayah syariah seseorang yang melakukan jenayah yang bukan dikira sebagai kes hudud tidak boleh dikenakan hukuman sebat lebih daripada 10 kali sebatan.

Berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; Janganlah disebat lebih dari sepuluh kali sebatan (jildad) kecuali dalam kes-kes had daripada had-had Allah. (riwayat Bukhari dan Muslim)

"Oleh itu, sesuatu kes yang tidak dikira sebagai kes hudud tidak boleh dikenakan hukuman sebat sampai ke batas hukuman dalam kes hudud sebagai hukuman takzir supaya tidak melampaui batas yang ditentukan oleh syarak," katanya.

Sebagaimana Rasulullah dalam satu hadis, bermaksud, "Sesiapa yang menyampaikan (sesuatu hukuman) kepada hukuman had dalam kes bukan had, maka orang itu adalah termasuk dalam golongan orang yang melampaui batas." (riwayat Al Baihaqi)

Merujuk kepada konteks Malaysia, mahkamah syariah di seluruh negara ini mempunyai bidang kuasa yang lebih sedikit berbanding sebelumnya, iaitu diberi kuasa melaksanakan hukuman tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

"Apabila Enakmen Tatacara Jenayah Syariah dipersetujui supaya diseragamkan di semua negeri dan boleh dikatakan hampir semua negeri menerima pakai. Iaitu bererti tidak ada pesalah yang boleh terlepas daripada menerima hukuman sebatan di negara ini," kata Daud.

Jika Ketua Hakim Syarie ini menjelaskan pada dasarnya soal perlaksanaan hukuman rotan dari perspektif syarie dan sedikit mengenai sejarah hukuman itu sebagaimana yang termaktub dalam perundangan syarie negara dengan negerinya sendiri, Kelantan antara negeri yang terkehadapan dalam melaksanakan hukuman tersebut.

Peguam Bela dan Peguam Cara serta Peguam Syarie terkenal negara, Zainul Rijal Abu Bakar pula menjelaskan lagi mengenai soal cabaran dan halangan dalam perlaksanaan Hukuman Sebat dalam Kes Jenayah Syariah dalam suasana masyarakat di negara ini.

"Hukuman sebat syariah seringkali menimbulkan polemik di kalangan masyarakat termasuk rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam itu sendiri, akibat mereka tidak memahami peruntukan perundangan itu. Malah lebih teruk lagi, ia disamakan dengan hukuman sebat dalam undang-undang sivil (jenayah), sama ada dari segi konsep dan perlaksanaannya.

"Sedangkan terdapat peruntukan itu untuk dilaksanakan di seluruh negeri namun hukuman sebat itu hampir tidak dilaksanakan melainkan di negeri Kelantan sahaja," katanya.

Begitupun Zainul menjelaskan, kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang membawa hukuman sebat adalah berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.

"Namun apa juga bentuk kesalahan yang boleh membawa hukuman sebat, hukuman itu hanya boleh dijatuhkan pada had maksimumnya enam kali sebatan," katanya.

Menurutnya lagi, berbeza dengan undang-undang sivil yang memperuntukkan sebat bagi kesalahan yang serius. Hukuman sebat syarie juga bukan sahaja dijatuhkan kepada kesalahan yang serius, ini termasuk juga kesalahan berkaitan dengan akhlak, tatasusila dan juga beberapa kesalahan yang lain.

Negeri Selangor misalnya mempunyai lapan bentuk kesalahan syariah yang memperuntukkan hukuman rotan kepada pesalah-pesalah syarie. Iaitu doktrin palsu, mencemarkan tempat ibadat, sumbang mahram, melacurkan isteri, muncikari (bapa ayam), persetubuhan luar nikah, persediaan persetubuhan luar nikah dan persetubuhan bertentangan dengan tabii.

"Manakala Kelantan memperuntukkan kesalahan minum arak selain kesalahan zina, mukadimah zina dan liwat. Wilayah Persekutuan pula menggunakan istilah Musahaqah, iaitu kesalahan gay dan lesbian, selain kesalahan-kesalahan lain yang hampir sama dengan Selangor.

"Sementara Melaka hanya merotan bagi kesalahan hubungan luar tabii. Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Sarawak hampir sama seperti Wilayah Persekutuan dan Selangor. Perlis pula hanya kesalahan minuman yang memabukkan dan Sabah pula rotan atas kesalahan persetubuhan luar tabii dan persetubuhan haram," kata Zainul.

Kesemua kesalahan tersebut adalah mengikut budi bicara hakim, sama ada setiap pesalah dijatuhkan hukuman denda, atau rotan atau penjara atau kesemua sekali atau juga mana-mana kombinasi yang dirasakan wajar.

Bercakap mengenai peralatan sebat atau rotan itu sendiri, mengikut undang-undang syariah alat sebatan yang digunakan kata peguam ini alat sebatan tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama buatannya daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

"Tentu sekali yang membezakan hukuman rotan mengikut sivil, pesalah wanita dikecualikan daripada menjalani hukuman ini tetapi melalui undang-undang Syarie, pesalah wanita yang didapati bersalah meminum arak sehingga memabukkan dengan sengaja misalnya, akan menerima hukuman rotan.

"Namun hukuman akan tertangguh pada keadaan tertentu termasuk jika didapati wanita itu mengandung, maka hukuman mesti ditangguhkan sehingga tamat dua bulan selepas melahirkan anak atau keguguran," katanya.

Melalui Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang diperuntukkan di negara ini, kesemua aspek perlaksanaan hukuman ini dijelaskan dalam bentuk yang terperinci bagi memastikan perlaksanaannya adalah adil.

Manakala, melalui seksyen-seksyen tertentu, peruntukan ini menyentuh siapakah yang seharusnya dilantik sebagai pelaksana hukum, bagaimana sebat dijalankan, bagaimana pesalah diletakkan untuk disebat dan sebagainya.

l Seksyen 125 (3) (e) misalnya berbunyi; "Orang itu hendaklah menggunakan alat sebat dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi paras kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah."

l Seksyen 125 (3) (i) berbunyi; "Jika pesalah lelaki hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri dan jika pesalah perempuan dalam keadaan dia duduk."

l Seksyen 125 (3) (h) berbunyi: "Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum Syarak.

Sebagaimana yang pernah diamal dan dilaksanakan di Kelantan, kaedah yang digunakan adalah sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta, tinggal lagi dalam kaedah yang diguna pakai seperti Kaedah 9, ia berbunyi; "Ketika disebat pesalah (tanpa mengira pesalah lelaki atau perempuan) hendaklah berdiri dan memakai pakaian tipis yang menutup aurat mengikut Hukum Syarak."

Zainul juga membincangkan secara lebih luas mengenai aspek perundangan ini terutama jika dibandingkan perlaksanaan hukum rotan yang diperuntukkan dalam undang-undang sivil.

Jadi, untuk menjawab persamaan sebat syariah adalah sama dengan sebat sivil, jawapannya tentu sekali tidak.

"Kengerian melihat pelaksanaan hukuman sebat sivil menghantui pelaksanaan sebat Syariah. Ramai yang menyamakan kedua-duanya. Sebat sivil dilihat terlalu kejam kerana mendatangkan pendarahan dan kecederaan malah parut sebat itu sendiri hanya akan hilang setelah dua tahun disebat.

"Namun melihatkan aspek-aspek yang diperuntukkan dalam Syariah, ternyata hukuman rotan dalam Islam adalah berbeza malah tidak pun dilaksanakan lagi, sedangkan ia merupakan satu kaedah yang sangat berkesan bagi menangani dan menyelamatkan masyarakat daripada pelbagai gejala.

"Ini jelas menunjukkan halangan untuk melaksanakan sebat dalam syariah hanyalah bersifat metafora dan bukan halangan yang sebenar," katanya.

Dua lagi pembentang kertas dalam seminar yang dihadiri oleh pelbagai pihak yang berkenaan termasuk hakim, peguam, Jabatan Penjara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa yang menyampaikan kertas kerja bertajuk: "Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah: Masalah dan Penyelesaian".

Sementara Timbalan Penguasa Penjara, Jabatan Penjara Malaysia, Masran Muhammad menyampaikan kertas kerja bertajuk, "Peranan Institusi Penjara Dalam Pelaksanaan Hukuman Sebat Bagi Kes Jenayah Syariah: Satu Pandangan"

Sebagaimana yang disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Jenderal (B) Datuk Jamil Khir Baharom ketika ditemui oleh wartawan di seminar itu, pelaksanaan hukuman rotan bagi pesalah jenayah Syariah di negara ini tidak mustahil untuk dilaksanakan setelah pelbagai pihak memberikan kerjasama dan kata sepakat.

"Namun yang penting seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kaum akan diberikan pemahaman yang jelas mengenai hukuman ini bagi mengelakkan sebarang kontroversi dan pelbagai dakwaan di kemudian hari," katanya.

Menurutnya, hukuman rotan ini tidak lebih bagi memperkasakan lagi perlaksanaan hukuman syariah di negara ini yang selama ini dipandang lekeh kerana denda sahaja, tidak memadai kerana ia begitu mampu untuk dilunaskan oleh para pesalah.

"Begitupun, kita masih mencari model perlaksanaan yang terbaik dan sama sekali tidak akan ada sebarang trauma. Ini kerana perlaksanaan hukum rotan seperti yang dilakukan oleh anggota Taliban, sama ada di Pakistan atau Afghanistan akan kita jadikan pengajaran dan sempadan," katanya.

Antara yang turut hadir di seminar itu, Timbalan Menteri, JPM, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Rahsia taugeh


Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Dah lama tak ketawa???

1. CEPAT KERING

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif
dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu
cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka. Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata, Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran
yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering.


2.ORANG ASLI

Tiga orang asli yang berkawan baik tidak pernah keluar dari pedalaman suatu hutan, Satu hari mereka bertiga mahu mencari pengalaman di ibu kota. sebaik tiba di stesen keretapi, mereka beria-ria mahu cuba menaiki keretapi tersebut.Sebelum itu mereka telah membeli sebungkus "jajan" (snek) yang tidak pernah mereka makan sebelum ini. ketika berada dalam keretapi, mereka sangat seronok sekali.Dalam keseronokan itu, seorang dari mereka teringat akan jajan yang dibeli mereka, laludia makan tanpa mempelawa kawan-kawannya. sebaik sahaja dia makan, keretapi itu melalui terowong dan menyebabkan keadaan gelap seketika.Sebaik terowong lepas, dia bertanya pada kawan-kawannya," kamu sudah makan ini."kedua-dua kawannya menggelengkan kepala."Hurm... kamu jangan makan. tadi aku makan satu tiba-tiba saja mataku gelap sebentar... " katanya lagi...


3.ADUHAI ATAN!

Di sebuah sekolah rendah Kg Melaka seorang guru sedang mengajar mata pelajaran matematik. Tiap kali dia mengajar dia tengok salah seorang anak murid dia asyik meludah kat tapak tangan kemudian gosok kat kepala. hari2 guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu, satu hari dia tanya.
guru: Atan! datang depan sini
atan: saya datang cikgu
guru: tiap kali saya mengajar saya lihat awak ludah tapak tangan kemudian sapu kat kepala awak, mengapa awak buat macam tu?
atan: saya tak faham matematik cikgu saya buat macam ni supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya.
guru: siapa yg ajar atan macam tu?
atan: emak saya cikgu.
guru : apa yg emak cakap?
atan: bila malam saya tidor dengan ayah dan emak saya, lampu semua tutup, saya dengar emak saya cakap dengan ayah saya kalau susah2 nak masuk sapu air ludah tang kepala.
cikgu yang mendengar kata-kata tersebut terus pengsan.


4.3 SEKAWAN

3 sekawan iaitu KURA2,ULAT GONGGOK dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA: Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK: ...patutlah,rokok dah habis lah!
KURA: Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK: Ala... kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA: Bagus jugak idea kau tu.
ULAT: Aku malas lah nak pergi beli.
KURA: Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah...
ULAT: Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA: Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK: Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA: Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT: Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK: Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT: Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!


5.PAMERAN LUKISAN

Suatu hari Tan Sri Rizal mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.

Tan Sri Rizal : Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup.

Jenet : Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya.

Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri Rizal: Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali.

Jenet : Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu.

Setelah dua kali ditegur, Tan Sri Rizal cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.

Tan Sri Rizal: Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak.

Jenet terus ketawa dan berkata: Tan Sri...Itu kan cermin.Wajah itukan wajah Tan sri!

Berbaloi kah?? dengan harga USD3juta?















Tikus? Arnab? @ kanggaru?....









Apr 29, 2009

Google Adsense: Learning About the Program and the Most Important Rule

Google Adsense: Learning About the Program and the Most Important Rule

How Does Google Adsense Program Work For Webmasters Wanting to Earn Income?

Advertisers pay Google when someone clicks on their ads which are placed on pages that contain text. For example, if you write content about lawn mowers, you will likely see ads from lawn mower manufacturers and/or retailers on that page. When someone clicks on those ads, the advertiser pays Google and Google pays you. Of course, the advertiser is hoping the person that clicked on the add will actually purchase the lawn mower or whatever they’re offering.

In fact, Google is very strict about the integrity of this process. You are forbidden to click on your own ads. If you do, your Adsense account will be terminated and you might never get it back. You are also prohibited from asking others to click on “your ads”. It makes sense. Why would advertisers want to pay just so your friends and family could click on your ads when no one is really interested in purchasing the lawn mower or subject of the ad.

The good news is that it’s not necessary to “cheat.” Google Adsense is so easy you’ll make more money just going by the rules. Have or write interesting content that will turn up in search engines and you have “targeted” the right people to read those ads. Just think, somebody in Indiana buys a lawn mower and you get a commission!

What Not to Tell Others About the Google Adsense Program – The Most Important Rule

Sympathy only goes so far. Not only is it against the Google Adsense Program Policies but if you rely on friends and family members to click on your ads instead of diligently working the program, you’re cheating yourself – and the Google Adsense Program.

The “help me out” wail may work when your kid is selling outrageously expensive candles for the end of the year school party but it has no place in the Google Adsense Program.

Besides, if you’re asking people to click on your ads, that means you’re not optimizing your site for valid clicks as well as referrals. Use that same energy to polish your content and your site. When family and friends ask what you’ve been up to, you can proudly show them your hard work. When they see how excited you are, you’ll see your referral revenue go up.

Make Money With Adsense?

Who Else Wants To Make Money With Adsense?

Fact number 1: Kids in high school are making thousands of dollars every month with Adsense.

Fact number 2: Housewives, retirees, mom and dads, who are just staying at home and have never made a dime on the internet have created full-time incomes by simply placing Adsense ads on their web site or blog.

These are just some of the “super Adsense earners”. You may have already heard about their story for they are among the few who are on their way to making millions worth of cash just by promoting Adsense sites.

Anyone, any age and gender can become money generating Adsense publishers as long as they what it takes. How does one go about this Internet advertising?

Writing articles for Adsense is the way to do it. Using the right keywords in your articles and having Google ads on a certain site has become the most profitable way of marketing that anybody can get into. No experience and level of education needed. If you are not using this strategy, or may not be aware of it in the first place, chances are you may be losing thousands of dollars worth of extra income and still do not know it yet.

This is one of the many reasons why writing original quality content articles is now the latest in marketing buzz. Content and links. When combined together becomes a really powerful tool to a successful web site and richer individuals. Many internet marketing professionals are already aware of the value of an original quality content and how using keywords can drive targeted traffic into their sites from the search engines.

So why don’t all these web site owners write and submit their own articles if that is what is important?

The simple and understandable answer is that it takes time to write articles, submit them and get targeted traffic to their websites. That is why they get the services of those who can spares sometime to write the articles that would cater to their site purpose but still turn out as a good quality and unique piece of work.

To get into the Adsense marketing business and start earning some good cash, ask yourself. Did you enjoy writing when you were in school? If you answer yes to this question, you already have an initial advantage over most internet marketing business owners that wants to make money online and doing it at home.

With the boom in the Adsense market comes the need for sites to want fresh, quality and original keyword rich content. This way, web site owners can have a steady supply of articles with the proper keywords that they relate to their site contents. The result of this is seen in the sites page rank when indexed by the search engines. Which, in turn, gets moreAdsense ads to show above, below or next to the article on their website with targeted traffic.

What do people have to do?

Write quality and original content, keyword or phrase rich articles with links to your website in the resource box. Then build a website or web page with targeted keyword or phrase rich original content for the targeted traffic that originates from the articles you wrote. Finally, you will have a Google Adsense ads that are targeted to your keyword or phrase rich original content site where visitors will get to visit when they come looking for information.

A win-win situation if you think more about it. A favor for persons looking for quality content and information. For the persons writing the original content articles. And the person with the quality original content rich website. Of course, the search engines and its advertisers are getting targeted traffic and sales but so what? As long as you are getting something in your favor, it does not really matter what the others are getting for themselves.

So who else wants to start earning money with Adsense. You. Everyone. Anybody. Internet marketing has many opportunities wide open for this people. Writing articles and using Adsense for your kind of internet marketing strategy is one sure way of getting a piece of that action and cash.

Better not be left behind the many making millions already.

Apr 28, 2009

Seni air yang unik...




Haiwan dari kertas













REMINDER! Cell Phone may KILL

A few days ago, a person was recharging his mobile phone at home.

handphone dangerous @ hot pictures

Just at that time a call came in and he answered it with the Instrument still connected to the outlet.

handphone dangerous @ hot pictures

After a few seconds electricity flowed into the cell phone unrestrained and the young man was thrown to the ground with a heavy thud.

His parents rushed to the room only to find him unconscious, with a weak heartbeat and burnt fingers.

handphone dangerous @ hot pictures

He was rushed to the nearby hospital, but was pronounced dead on arrival.

Cell phones are a very useful modern invention.

handphone dangerous @ hot pictures

However, we must be aware that it can also be an instrument of death.

Never use the cell phone while it is hooked to the electrical outlet!

Lawak Seram

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Kajian

Gula-gula getah pintarkan anak?


BenarkaH mengunyah gula-gula getah menjadikan remaja lebih pintar? - Gambar hiasan


CHICAGO - Satu kajian oleh para penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah mungkin dapat meningkatkan pencapaian akademik golongan remaja.

Ketika ini kebanyakan sekolah di AS mengharamkan perbuatan mengunyah gula getah kerana para pelajar didapati suka membuang sisa gula getah yang melekit di bawah meja atau kerusi.

Bagaimanapun satu pasukan penyelidik diketuai oleh Craig Johnston dari Baylor College of Medicine di Houston, mendapati bahawa pelajar yang mengunyah gula getah ketika kelas matematik memperoleh markah lebih tinggi dalam ujian dan gred mereka bertambah baik menjelang akhir penggal berbanding dengan pelajar yang tidak mengunyah gula getah.

Kajian dibiayai oleh pembuat gula getah terkenal,Wrigley.

Pengarah Eksekutif Institut Sains Wrigley, Gil Leveille, berkata, Wrigley mendapat maklum balas daripada ramai pelanggan yang menyatakan mengunyah gula getah menjadikan mereka lebih fokus. - Reuters

Risiko korek telinga

SEJAK kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita.

Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional.

Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga.

Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.

Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian.

Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.

Tanggapan salah

Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.

Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun.

Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam.

Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.

Lilin telinga

Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan.

Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax).

Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.

Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga.

Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!

Kesan mengorek telinga

Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.

Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.

Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.

Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini.

Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.

Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.

Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.

Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss).

Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga.

Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.

Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps.

Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.

Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.

Kurang dengar

Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga.

Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal.

Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran.

Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang.

Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.

Rawatan

Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka.

Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.

Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja).

Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut.

Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan.

Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.

Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala.

Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang.

Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap.

Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat.

Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat.

10 permintaan iblis

IBLIS yang dilaknat Allah SWT terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendedahkan semua rahsia yang dikehendaki baginda.

Berikut adalah bahagian akhir jawapan makhluk laknat kepada setiap soalan baginda Rasulullah SAW.


Nabi Muhammad SAW bertanya kepada iblis berapa yang dimintanya daripada Allah SWT.

Iblis menjawab 10 perkara lantas baginda bertanyakan apakah perkara berkenaan. Makhluk laknat itu menjawab: “Aku minta agar Allah SWT membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Dia mengizinkan.

Allah SWT berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak dan janji mereka tidaklah janji syaitan kecuali tipu daya,” (Al-Isra:64).

“Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah SWT.

“Aku minta supaya Allah SWT membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan-Nya maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

“Aku minta supaya boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

“Aku minta supaya Allah SWT menjadikan kamar mandi sebagai rumahku, pasar sebagai masjidku, syair sebagai Quranku, pemabuk sebagai teman tidurku dan memberikan aku saudara maka Allah SWT jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku,” terang Iblis kepada Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman: “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan,” (Al-Isra: 27).

Iblis kemudiannya berkata: “Wahai Muhammad, aku minta supaya Allah SWT membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

“Dan aku minta supaya Allah SWT memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia,” katanya.

Permintaan Iblis itu diperkenankan Allah SWT yang menjawab: “Silakan.”

Iblis memaklumkan dia bangga dengan hal itu kerana sehingga hari kiamat, sebahagian besar manusia bersamanya di hari penentuan berkenaan.

Iblis lalu terus berkata: “Wahai Muhammad, aku tidak boleh menyesatkan orang sedikit pun. Aku hanya boleh membisikkan dan menggoda.

“Jika aku boleh menyesatkan, tidak akan tersisa seorang pun yang beriman. Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikit pun.

“Engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tidak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

“Orang yang bahagia adalah orang yang sudah ditulis bahagia sejak di perut ibunya dan orang yang sengsara adalah orang yang sudah ditulis sengsara sejak dalam kandungan ibunya,” katanya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat yang bermaksud: “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT,” (Hud:118 - 119).

Baginda juga membaca ayat bermaksud: “Sesungguhnya ketentuan Allah SWT pasti berlaku,” (Al-Ahzab: 38).

Iblis lalu berkata: “Wahai Rasul Allah, takdir sudah ditentukan dan pena takdir sudah kering. Maha suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga dan yang sudah menjadikan aku pemimpin makhluk celaka serta penduduk neraka.

“Aku si celaka yang terusir. Ini yang terakhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tidak berbohong," luah iblis laknat.

Waktu mustajab berdoa

BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”


Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya. Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:


- Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

- Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.

- Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

- Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)

Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

- Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:

“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.”

Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.

Akal pemimpin, nafsu tawanan

NAFSU adalah musuh manusia. Ia menjadi laluan syaitan untuk melalaikan dan menyesatkan manusia. Sebab nafsu, manusia boleh menjadi tamak haloba, hilang sifat kemanusiaannya hingga sanggup menipu, menyakiti dan mencederakan orang.

Apabila nafsu menguasai diri, ibarat akal yang sudah di bawah pengaruh ganja, hilang belas kasihan apabila sudah gian hingga sanggup berbuat apa saja, hatta membunuh orang lain.


Sejak kecil lagi anak dibekalkan dengan nafsu, ada yang positif dan ada yang negatif. Nafsu perlu dididik sejak kecil dan ibu bapalah yang patut memainkan peranan itu, menyesuaikan dengan kebaikan.

Imam Al-Ghazali pernah menyarankan, agar anak tidak dimuakan (dimanjakan) dengan kesenangan yang akan menggemukkan hawa nafsu.

Sesekali, biarlah anak berasa sedikit kesukaran dalam kehidupannya. Jangan pula berkata: “Biarlah, itukan budak-budak, nanti besar dididiklah.”

Ini sebenarnya pendapat yang salah kerana hakikatnya jika kecil payah dididik, apabila remaja atau dewasa lagilah sukar. Ini kerana nafsu tua mengikut tuannya, lebih meningkat umur, lebih payah dibentuk dan dididik.

Fahamkan kepada anak sejak dari kecil mengenai nafsu jahat dan baik. Biasakan anak dengan tuntutan syariat seperti solat, puasa dan bab aurat, supaya ia menjadi suatu kebiasaan dan tabiat.

Bantulah anak menahan nafsu yang negatif kerana kegagalan mendidik nafsu anak sejak dari awal, lahirlah manusia dewasa yang berbangga dengan maksiat dan kemungkaran dilakukannya tanpa secebis rasa kekesalan terhadap apa dilakukannya.

Zaman remaja adalah waktu di mana cabaran hawa nafsunya amat besar, lebih-lebih lagi dugaan dan godaan sekeliling amat hebat, dengan gadis yang menawan, pusat hiburan di sana-sini, pengedar dadah bertebaran mencari mangsa, kekayaan dan kemewahan dengan cara salah, kecanggihan Internet yang tidak bertapis dan macam-macam lagi.

Remaja yang tidak ada ‘back up’ (pelindung) iman dalam dirinya akan mudah tewas dan hanyut dengan gelombang nafsunya. Tetapi, remaja berjiwa Islam akan membezakan perkara yang makruf (baik) dan yang mungkar (jahat).

Abdullah bin Mas’ud, seorang sahabat Nabi s.a.w berkata: “Binasalah orang yang tidak membezakan yang makruf dengan yang mungkar.”

Jangan nanti pula semuanya disapu, yang baik dilakukan tetapi yang mungkar tidak ditinggalkan. Jika begitu akan berlaku kecelaruan dalam hidup.

Senjata menghadapi nafsu adalah Islam, iman, akal dan ilmu. Sebagaimana kata-kata seorang cendekiawan Islam: “Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin serta nafsu sebagai tawanan dan rugilah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin serta akalnya sebagai tawanan.”

Justeru, tepuk dada tanya iman. Apakah iman kita mampu mengekang nafsu atau kita hanya mengikut kata nafsu?

Manfaat Membaca


SATU ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar suatu suara mengaku sebagai Tuhan serta menyatakan beliau mencapai taraf kedudukan yang tinggi di sisi Tuhannya.


“Wahai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu. Engkau sudah mencapai darjat kekasihku. Mulai hari ini, aku halalkan bagimu apa yang aku haramkan atas hamba-hambaku.”


Mendengar seruan itu, tahulah Syeikh Abdul Kadir yang ia adalah suara syaitan cuba memperdayakannya. “Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang sudah diharamkan-Nya.”

Syaitan tidak berputus asa, lalu ia berkata lagi: “Sudah ramai wali Allah yang berjaya aku sesatkan dengan helahku, tetapi engkau sudah selamat dari tipuanku kerana ilmumu tinggi.”

Balas Syeikh Abdul Kadir: “Celakalah engkau, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tetapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku.”

Demikianlah secebis kisah orang berilmu, tidak sedikitpun terpedaya dengan umpanan syaitan. Berbeza dengan orang jahil yang mudah tewas dengan pujuk rayu makhluk terkutuk itu.

Wujud perbezaan ketara di antara orang berilmu dan jahil. Orang berilmu lebih mulia peribadi dan kedudukannya, bahkan dalam ibadat tinggi kualitinya, manakala kehidupannya pula lebih berhati-berhati, tetapi tidak pada orang jahil.

Ini sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah, ayat 9 surah az-Zumar, antara lain bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?

Setiap orang memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah. Oleh itu, kita diperintahkan untuk menempuh jalan melalui pelbagai cara untuk memperolehnya khususnya dengan membaca.

Membaca juga perintah pertama yang disampaikan malaikat Jibril kepada Rasulullah.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkan manusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahui.” (al-Alaq: 1-5)

Menurut Dr Gamal Zakaria dalam bukunya berjudul Jalan Menuju Kedamaian, membaca adalah perintah yang paling penting dan paling bermakna ditujukan kepada seluruh umat manusia.

“Kenapa perintah pertama mesti membaca? Betapa pentingnya membaca, Allah s.w.t menurunkan perintah terbabit pada wahyu pertama dengan mengulangi kalimah iqra’ sebanyak dua kali,” katanya.

Beliau berkata, pada ayat terbabit, Allah s.w.t menjanjikan kepada sesiapa yang membaca kerana Allah akan dikurniakan kepadanya anugerah ilmu, pemahaman dan wawasan baru, walaupun objeknya sama.

“Janji Allah dapat dibuktikan dengan sangat jelas dan pasti, ketika kita membaca ayat al-Quran.

“Semakin banyak dan berulang kali kita membacanya, akan muncul penafsiran baru, pengembangan pendapat terdahulu dan keajaiban walaupun membaca ayat yang sama.

“Begitu juga halnya ketika ahli pengkaji membaca alam jagat raya melalui fenomena dan kejadiannya, akan lahirlah penemuan dan teori baru,” katanya.

Kita mendapati orang yang berilmu tabiatnya suka membaca.

Membaca membekalkan ilmu dan keperluan utama untuk membangunkan sebuah peradaban dan bangsa yang maju.

Dr Gamal berkata, semakin mantap dan bermutu bacaan sesuatu bangsa, semakin tinggi peradabannya.

“Hal ini dibuktikan oleh bangsa yang maju dan memiliki peradaban yang tinggi. Mereka adalah bangsa yang rajin membaca buku berkualiti dan menjadikan budaya membaca sebahagian daripada keperluan hidup mereka.

“Bertitik tolak daripada budaya membaca ini lahir karya agung dalam berbagai-bagai bidang.

“Namun ironinya, masyarakat kita pada hari ini adalah masyarakat yang malas membaca termasuk warga kampus.

“Pensyarah dan mahasiswa jarang mengunjungi perpustakaan sehingga masih banyak buku yang belum terjamah.

“Masyarakat kita gemar membaca bahan yang bercorak hiburan, sukan dan hobi berbanding buku ilmiah,” katanya.

Bahkan tidak mustahil juga dengan tabiat malas membaca, menyebabkan semakin ramai orang yang jahil lagi bodoh, sehingga orang ini mengambil tempat dalam masyarakat dan negara, mengakibatkan semuanya punah.

Maksud sabda Nabi s.a.w berikut wajar direnungi: “Allah tidak menarik kembali pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang yang berilmu. Apabila orang berpengetahuan sudah punah, masyarakat mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin dan tempat bertanya. Orang ini akan berfatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan.”

Hati


Di umpamakan raja kepada anggota
Demikian sabda baginda
Mengibaratkan hati mempunyai kuasa
Baik dan buruk sukar dibeza
Terlindung dengan sifat berpura-pura

Sebagaimana iblis telah bersumpah
Hati sasaran menerima padah
Menentang perintah Allah
Akal dan fikiran mudah diperintah
Pelbagai kemungkaran semakin menyerlah

Hati disuci dengan zikir
Supaya iblis dapat diusir
Mensejahterakan akal utk berfikir
Meneruskan ketawaan hingga nyawa berakhir
Iman berperanan menjinakkan hati
Perjalanan fikiran perlu diteliti

Arus nafsu mesti dirawati
Mengawal perasaan menakluki diri
Dibatas keimanan hidup berfungsi
Pencapaian mutlak mukmin sejati

Firman Allah s.w.t yg bermaksud
"Dan janganlah engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.
Iaitu hari yg harta benda dan
anak-anak laki-laki tidak berguna. Kecuali orang yg mendatangi Allah
dgn hati yg bersih"
As-Syuara ayat 87-89

Hudud : Undang-undang Paling Rasional


Hudud: Peraturan Allah yang mutlak
Adaptasi daripada buku as-Syahid Sayyid Al-Qutb

Hanya Allah sahaja berhak menunjukkan sistem dan peraturan bagi kehidupan manusia. Oleh itu manusia seharusnya mengimplikasikan sistem ini ke dalam dunia realiti. Jika diteliti, sistem ini sebenarnya menjaga dan memelihara sifat kemuliaan insan dengan memberikan kemerdekaan serta mengelak manusia daripada diperkotak-katikkan oleh taraf kehidupan. Kemerdekaan bermaksud menjauhkan manusia daripada menjadi hamba hawa nafsu, kelemahan jiwa, ketamakan dan ketidakadilan yang seterusnya akan membawa kepada kemenangan dalam erti kata sebenarnya iaitu ketaatan dan kepatuhan kepada agama.

Sesungguhnya sistem Allah adalah sesuai sepanjang zaman dan universal berbanding sistem yang dicipta oleh manusia yang terbatas daripada segi akal dan pemikiran. Ketiadaan tujuan hidup hanya akan membawa kepada kesengsaraan, ketakutan dan kegelisahan di mana mereka menjadikan wang, kelazatan dunia sebagai Tuhan. Ini jelas menunjukkan kebanyakan manusia sekarang menjadi hamba kepada dunia materialistik bukan lagi kepada Tuhan yang Maha Esa di mana itu bukanlah erti ketamadunan yang sebenar bahkan mereka benar-benar telah kembali ke era jahiliyah di zaman moden. Ketamadunan bukan hanya diukur melalui materialistik dan kemodenan semata-mata tetapi ia juga perlu diselitkan dengan kebersihan hati nurani dan nilai-nilai spiritual.

Orang yang menentang syariat Islam adalah sebenarnya orang yang merasakan bahawa peraturan tersebut akan mengikat dan membelenggu manusia daripada mengikuti hawa nafsunya walhal pada hakikatnya di sebalik kekangannya ada terselit kebebasan. Sebagai contoh, perbuatan zina adalah haram untuk membebaskan manusia daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu dan mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri adalah untuk membebaskan manusia daripada sikap kedekut dan tamak. Namun tanpa disedari oleh manusia, dosa dan kejahatan yang sebenarnya merupakan belenggu yang mengikat jiwa manusia dan menjadi beban serta menjerumus manusia ke dalam lembah kesesatan. Kita menjadi hina kerana mengikut sistem ciptaan manusia yang sentiasa terburu-buru untuk melihat hasilnya dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah apabila munculnya sistem atau peraturan manusia yang baru akan muncul pula masalah baru. Kesimpulanya, sistem Islam yang diwahyukan Allah kepada rasul-rasulnya adalah sistem yang paling efektif kerana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat

Tertekan ker??











Align Center