Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (49) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (55) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Aug 10, 2009

sketsa

1. Bijak Matematik

Seorang cikgu masuk ke dalam bilik darjah.


Cikgu : Hari ini kita akan belajar mengira..

Murid-Murid : Baik cikgu..

Si guru mula bertanya kepada salah seorang muridnya, Ahmad

Cikgu : Ahmad, jika 1 biji timun ditambahkan 2 biji epal tambah 3 biji nenas dan 4 biji jambu jdi berapa...?

Ahmad : Jadi ROJAK cikgu..!! Nyam2..

Cikgu : Hah...??


2. KemalangaN

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua. seorang wanita tua.dan dua orang anak kecil.luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.masih sihat tanpa sedikit lukapun Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu.lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.

Polis : "Monyet.apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh.kereta terbalik beberapa kali.jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.

Polis : "Oh.lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

polis : "Oh.okey.saya dah faham.wanita tua itu tido dan anak-anaknya bertengkar dalam kereta dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

si monyet kemudian menirukan gaya memandu..


3. Wang Peninggalan

Asri berasa lapar lalu dia pergi ke sebuah restoran untuk makan tengahari..Tiba2 dia ternampak kawan nya duduk minum seorang diri, keadaan nya agak bercelaru seperti tidak terusus... lalu dia pun menyapa kawannya itu...

Asri: Eh..yusof... Kenapa ko ni...nampak sedih je..teruk keadaan ko..cam frust jer..putus cinta ke..cerita la aku nak dengar..mana tau aku boleh tolong.

Perlahan Yusof memandang...lalu mengeleng mengatakan bukan dia putus cinta..lalu dia mula cerita masalah yang menimpa nya

Yusof: Bulan May lepas..mak aku meninggal..tinggalkan aku wang sebanyak RM10,000...

Asri: Aku ucapkan tahziah pada ko..sbar la ye...

Yusof: Bulan Jun yang lepas pulak...ayah aku pulak meninggal...dia wasiatkan aku wang sebanyak RM50,000...

Air mata Yusof mengalir ke pipi nya ..di kesat nya pelahan..Asri menenangkan sabahat nya itu..

Asri: Sungguh pilu..ibu bapa meninggal dalam masa yang singkat...patutla ko begini rupa...byk2 la berdoa semoga roh nya di cucuri rahmat...

Yusof: Bln lepas pulak...Mak cik sedara aku yang menjaga aku pula meninggal..die meninggalkan aku wang sebanyak RM15,000...

Lalu yusof mula meraung ...kaget seketika Asri di buat nya...Yusof diam seketika dan menyambung cerita nya...

Yusof: Sekarang...takde sorang pun yang meninggal..Huawaaaaaaaaaaaaaaaa


4. Special

Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja.. tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia. Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya, tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa. Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la. Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..

O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial satu. Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?
O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai telog dua biji laa..
Mat : Ooooo....siap Boss.

Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00 ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu..

O.K.B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.
Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?
O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste... Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss... Lepas siap makan,

O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah, dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by' saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi, dia pun panggil pembantu dia lagi...

O.K.B : Mattt !!!....
Mat : Yaaaa..Boss,
O.K.B : Mai sini sat...
Mat : Ada apa Boss...?
O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.
Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !

Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi, Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara yang kuat dari dalam bilik..

O.K.B : MATTTT !!!!...
Mat : Ada apa Boss...
O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?
Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu kata yang spesial tu mesti telog dua...
O.K.B : ..????????????????????????


5. Jujur

Sepasang kekasih yang hendak menikah sedang berbincang. Si Gadis berbisik pada kekasihnya, "Sekarang waktunya kita saling jujur agar kelak kita tidak kecewa." Si Pemuda mengangguk. Gadis berkata "Sesungguhnya dada saya rata..seperti Papan.kalau kau tidak suka katakan saja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya sedia menghadapinya", kata gadis.

Pemuda dengan lemah lembut menjawab, "Itu tidak masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih" Gadis pun lega mendengarkannya. Saya juga perlu mengatakan sesuatu sejujurnya padamu.", jelas pemuda. Gadis mengangguk tersenyum. "Sesungguhnya 'anu' saya seperti bayi.", kata pemuda. Sstt.sudahlah itu tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih.", sahut si Gadis.

Pemuda pun lega mendengarkannya. Malam pengantin tiba. Gadis mula membuka baju dan nampaklah dadanya yang memang.memang.benar-benar.rata.Pemuda hanya tersenyum melihatnya. Kemudian pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah 'anu'nya. Melihat itu gadis menjerit dan pengsan. Setelah sedar si gadis bertanya, "Kau katakan 'anu'mu seperti bayi.?" "Ye la memang seperti bayi,panjang 50 cm dan berat 3 kg"


6. Sekolah

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim! Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH TU!!!


7. Oh Suzie

Seorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak kecilnya.Anak wanita itu duduk di dalam troli yang ditolak oleh ibunya.

Ketika melintas bahagian makanan.anak wanita itu merengek-rengek meminta dibelikan biskut.Tapi ibunya kelihatan tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.Anaknya mula menangis dan menjerit Dengan suara perlahan.. si ibu berkata "Sabar Suzie..ada tiga lorong lagi.. jangan marah..ya. tak lama lagi dah."

Kemudian mereka melalui pula lorong yang mengandungi bahagian permainan.anaknya sekali lagi merengek dan menjerit minta dibelikan permainan.Ibunya tetap tidak menghiraukan permintaan anaknya itu dan anaknya terus menangis.Si ibu berkata. "Sabar, sabar, Suzie.ada dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini"

Akhirnya mereka selesai melalui lorong terakhir dan terus pergi ke kaunter dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran.Anaknya masih menangis dengan kuat dan menjerit-jerit minta dibelikan mainan.Si ibu dengan sabar berkata. "Sabar Suzie.kita akan melepasi kaunter ini dalam masa 5 minit sahaja lagi.

Lepas ini kita akan pulang dan boleh tidur dengan selesa." Si lelaki yang melihat kejadian itu kagum dengan kesabaran si ibu.Lalu dia pun mengikuti wanita berkenaan hingga ke tempat parking untuk memberikan pujian."Sungguh Luar biasa.anda begitu sabar menghadapi si kecil Suzie" katanya. Si ibu menjawab.. "Saya Suzie dan ini anak saya namanya Lily.

No comments:

Post a Comment