Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (49) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (55) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Aug 4, 2009

Patuhi arahan kuarantin

Oleh NURUL ANUAR KARI



BUAT pertama kalinya penulis berasa takut akibat menghidap demam selesema. Rasa cemas dan hidup menjadi kalut. Masakan tidak, negara bukan sahaja telah melangkaui jumlah 1,000 pesakit selesema babi (Influenza A H1N1), malahan mencatatkan empat kematian (sehingga 29 Julai 2009).

Perkara pertama yang difikirkan adalah untuk menjauhkan diri dari ahli keluarga yang lain (kuarantin diri) sebelum mendapat pengesahan doktor sama ada cuma selesema biasa ataupun mungkin H1N1. Keresahan memuncak bila melihatkan hidung anak yang masih kecil mula berhingus! Bermacam perkara difikirkan; baik, buruk, termasuk langkah kecemasan segera yang perlu diambil.

Namun, semuanya berlalu dengan selamat selepas dimaklumkan ia hanya selesema biasa. Bagaimanapun, bagi empat kematian pertama H1N1 negara, mereka bukan sahaja terlewat mengesan jangkitan, malahan terlewat mendapatkan rawatan.

*Asas kuarantin

Di seluruh dunia, jumlah jangkitan virus selesema babi menghampiri 200,000 dan tidak menunjukkan tanda akan berhenti meningkat. Jumlah kematian global pula hampir sama dengan jumlah pesakit di Malaysia.

Suasana penutupan pusat pengajian, sekolah, pejabat dan juga tempat awam juga semakin biasa kedengaran. Namun, rata-rata rakyat Malaysia kelihatan bersahaja menghadapinya, lebih-lebih lagi golongan pelajar (yang belum dijangkiti), kelihatan seronok dapat bercuti akibat proses kuarantin.

Walaupun kita diingatkan supaya tidak cemas menghadapi pandemik global ini, corak penularan mendadak menunjukkan masih banyak yang boleh dilakukan bagi mengekang penyebaran virus H1N1. Yang paling ketara adalah proses kuarantin diri mungkin kurang berkesan, terutamanya jika pesakit tidak mematuhi arahan pihak berkuasa.

Kuarantin atau pengasingan mereka yang menghidap penyakit bertujuan mengawal penularan penyakit berkenaan, terutamanya penyakit berjangkit yang mudah merebak seperti selesema. Buat masa ini, proses kuarantin merupakan pilihan terbaik bagi semua (yang sakit atau sihat), memandangkan kesukaran mendapatkan ubat antiviral dan juga ketiadaan vaksin (buat masa ini).

Selain pengasingan, mereka yang disahkan atau disyaki menghidap selesema babi perlu menjaga faktor kebersihan diri. Melihatkan tabiat orang ramai di tempat-tempat awam, bukanlah satu kejutan jika didapati ramai yang dikuarantin ini mengabaikan tahap kebersihan.

Bersin, batuk, meludah, mengelap hingus menggunakan tangan. Kesemua ini dapat menyebarkan virus Influenza A, sama ada terus kepada individu lain ataupun ke atas permukaan rata, seperti tombol pintu, permukaan meja ataupun permukaan peralatan harian lain.

Pinggan, sudu, cawan, baju serta kain yang digunakan pesakit berpotensi menyebarkan virus kepada orang lain. Oleh itu, langkah menjaga kebersihan tangan dan memakai alat perlindungan bersesuaian (terutamanya untuk mulut dan hidung) bagi yang sakit atau sihat, dapat mencegah virus disebarkan kepada orang lain.

Perlu diingatkan bahawa penyebaran virus dan kuman lain banyak berlaku bila tangan menyentuh mulut atau hidung. Lembapan pada hidung, mulut dan juga mata menjadi tempat yang sangat baik untuk virus serta kuman lain masuk ke dalam badan dan membiak.

Dan, jika seseorang sudah diletakkan di bawah kuarantin, sama dipantau ataupun kuarantin diri sendiri, pastikan anda tidak keluar ke tempat awam. Ini paling ditekankan jika pesakit pergi ke tempat tumpuan umum yang padat, seperti kedai makan, pasar raya atau tempat riadah.

*Proaktif

Selepas penutupan berpuluh-puluh sekolah, universiti dan pusat latihan, kita mungkin perlu bersedia untuk penutupan, kuarantin dan pembersihan tempat kerja serta pusat tumpuan orang ramai pula. Seperti mana bandar Mexico mengambil tindakan kuarantin menyeluruh pusat bandarnya bagi mengawal penularan mendadak H1N1, situasi serupa menjadi antara kemungkinan kelak jika penularan virus tersebut masih gagal dikawal.

Kedai makan, panggung wayang, pasar raya dan lain-lain tempat tumpuan umum boleh menjadi pusat penyebaran virus jika tindakan awal seperti kuarantin diri dan amalan kebersihan asas diambil mudah.

Majikan juga perlu mengambil langkah proaktif, bukan sahaja mengelakkan risiko kesihatan kepada pekerja dengan mengelakkan tugasan ke tempat berisiko tinggi (kecuali amat perlu). Pekerja yang menunjukkan gejala jangkitan pula perlu diberikan pengecualian segera untuk menjalani pemeriksaan, supaya sebarang masalah kesihatan dikesan dari peringkat awal.

Ini terutamanya untuk penyakit berjangkit, seperti denggi dan juga selesema yang mudah merebak, walaupun di tempat kerja. Pemeriksaan awal membolehkan rawatan diberikan segera!

Bagi yang banyak merantau di dalam atau luar negara (tugas atau melancong), pastikan tahap kesihatan diri sebelum, semasa dan selepas pulang. Ini bukan sahaja untuk menjaga kesihatan diri, malahan melindungi individu di sekitar kita.

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain, termasuklah penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti, masalah jantung, paru-paru, buah pinggang ataupun sedang hamil, fahami bahawa anda menghadapi risiko komplikasi lebih tinggi jika dijangkiti.

Seperti mana yang ditegaskan sebelum ini juga, jangan sesekali diambil mudah demam, mahupun selesema! Jalani ujian dan pemeriksaan segera bagi memastikan tiada ancaman terhadap diri dan keluarga, di samping mengelakkan penyebaran virus berbahaya kepada masyarakat umum.

Ingatlah, demam dan selesema itu menjadi isyarat asas badan sedang menentang jangkitan kuman atau penyakit. Mungkin selesema babi, mungkin demam denggi, atau mungkin juga bermacam jangkitan kuman berbahaya lain. Sehingga adanya vaksin untuk menentang penyakit berjangkit tersebut, pastikan langkah awal mencegah dipatuhi sewajarnya.

No comments:

Post a Comment