Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Aug 10, 2009

Apa yang MESTI kita tahu!!

Remaja juga perlukan vaksin

MAJORITI remaja di Amerika Syarikat tidak menyedari bahawa mereka juga amat memerlukan pelalian vaksin seperti yang diberikan kepada kanak-kanak.

Menurut kajian Yayasan Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NFID), sebanyak 84 peratus remaja AS tidak mengetahui mereka perlu mengambil vaksin tetanus setiap 10 tahun bagi mengelakkan serangan penyakit kancing gigi.

Pemangku Presiden NFID Dr. William Schaffner menjelaskan, semakin ramai penduduk dunia menghidap penyakit yang sebenarnya boleh dicegah dengan suntikan vaksin secara berkala.


GOLONGAN remaja banyak terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang sebenarnya boleh dicegah.


Tambah beliau, cuma 10 peratus wanita berusia di antara 19 hingga 26 tahun mengambil vaksin pencegahan terhadap virus papiloma manusia yang turut mampu menghalang jangkitan kanser serviks sebanyak 70 peratus.

EKSTRA: Vaksin Typherix keluaran GlaxoSmithKline berupaya memberi perlindungan terhadap kanak-kanak seawal usia dua tahun daripada dihinggapi penyakit demam tipoid.

Risiko patah pinggul

WARGA emas yang mengalami patah pinggul berisiko meninggal dunia selepas lima tahun kemalangan melibatkan bahagian tersebut. Peratus risiko tersebut adalah sebanyak 25 peratus.

Menurut penyelidik metodologi kesihatan di Universiti McMaster di Hamilton, Ontario, Kanada, George Ioannidis, kecederaan spinal menyumbang kepada 16 peratus kematian bagi tempoh lima tahun kajian itu yang melibatkan 7,753 responden.


WARGA emas mengalami risiko tinggi jika terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan pinggul patah.


Tambahnya, ia membuktikan ramai yang masih tidak menyedari tentang bahaya osteoporosis yang menyumbang kepada retak tulang terutama bahagian tulang belakang dan pinggul.

EKSTRA: Pembedahan bariatrik yang bertujuan mengurangkan berat badan berisiko menyebabkan tulang patah disebabkan pengurangan densiti tulang secara mendadak, ujar pakar reumatologi Klinik Mayo, Dr. Jackie Clowes.

Ubat pemangkin kanser

UBAT-UBATAN yang digunakan secara berleluasa bagi menentang artritis reumatik, penyakit Crohn dan pelbagai lagi jenis keradangan dikesan berisiko ke atas kanak-kanak dan remaja.

Ini kerana menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA), ia mengandungi pencetus tumor penghilang sel (TNF).


BERHATI-HATI menggunakan ubat-ubatan sekiranya anda mengalami penyakit artritis reumatik.


TNF mampu mengganggu protein yang seterusnya menyebabkan keradangan dan kemusnahan tulang serta tisu dalam tubuh.

EKSTRA: Profesor pediatrik dari sekolah perubatan di Universiti Emory, Georgia, Dr. Robert Geller memberi amaran bahawa kes keracunan di kalangan kanak-kanak semakin meningkat di rumah. Jelasnya, kebanyakan kes seperti terlebih dos, silap memberi ubat dan keracunan melibatkan ubatan yang dijumpai di dalam almari ubat keluarga.

No comments:

Post a Comment