Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (49) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (55) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Jul 20, 2009

Sindrom metabolik



ADA yang tidak kisah, tetapi ada yang cukup risau apabila pengumpulan lemak mulai ketara di sekeliling pinggang.

Apapun, kerisauan itu biarlah bertempat. Bukan semata-mata risaukan pinggang yang kurang langsing seperti dulu, tetapi ia seharusnya lebih membabitkan soal kesihatan diri.

Apatah lagi, lemak di sekeliling pinggang yang lazimnya membuatkan seseorang itu tergolong dalam kategori tubuh berbentuk epal, adalah antara keadaan yang boleh menyumbang kepada sindrom metabolik.

Meskipun sejarah perubatan mengenal pasti sindrom terbabit dengan pelbagai nama sejak 1920-an lagi, sindrom metabolik merujuk kepada sekelompok keadaan yang berlaku pada masa sama, sekali gus meningkatkan risiko beberapa penyakit termasuk penyakit jantung dan kencing manis.

Menurut Pengarah Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan (WMIC), Datuk Dr Khoo Kah Lin, selain lemak sekeliling pinggang atau kegemukan di bahagian perut berkenaan, ciri lain yang merujuk kepada sindrom metabolik adalah tahap triglyceride yang tinggi, tahap kolesterol 'baik' iaitu lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) yang rendah serta peningkatan tekanan darah dan tahap insulin.

"Dari segi ukuran pinggang yang mempunyai risiko, Program Pendidikan Kolesterol Kebangsaan Amerika Syarikat merujuk kepada ukuran pinggang lebih daripada 102 sentimeter (sm) atau lebih 40 inci bagi lelaki. Untuk wanita, ukuran pinggang yang berisiko adalah lebih daripada 88 sm atau lebih 35 inci," katanya yang juga seorang ahli Lembaga Penasihat WMIC.

Jika di Amerika Syarikat, sindrom terbabit menjejaskan kira-kira 25 peratus penduduknya, menurutnya, senario di negara ini tidak jauh berbeza dengan kadar kira-kira 32.5 peratus.

"Perubahan gaya hidup khususnya penurunan berat badan ternyata dapat membantu seseorang menjauhkan pelbagai penyakit termasuk faktor risiko berkaitan sindrom metabolik ini.

"Pengurangan berat badan pula tidak hanya menjurus kepada satu aspek saja misalnya seseorang itu hanya mengurangkan makanannya, tetapi tidak bersenam.

"Sebaliknya, ia harus seiring iaitu pemilihan makanan menyihatkan dan meningkatkan senaman selain kaedah lain seperti pengambilan ubat-ubatan dan pembedahan untuk sesetengah keadaan yang agak serius," katanya.

Beliau akui tabiat masyarakat negara ini yang gemar mengunyah makanan sememangnya mampu menyumbang kepada pertambahan berat badan terutama apabila makanan terbabit kurang berkhasiat.

"Ramai antara kita yang memilih makanan seperti kacang apabila terasa ingin mengunyah makanan pada waktu terluang, tetapi ia bukanlah pilihan yang baik terutama apabila ia diambil dalam kuantiti yang banyak.

"Bukan bermakna kita tidak boleh makan kacang langsung, tetapi seeloknya, pengambilan makanan sedemikian harus dikurangkan.

"Untuk mereka yang gemar mengunyah makanan, apa salahnya sediakan makanan berkhasiat misalnya lobak merah yang dipotong nipis memanjang. Pemilihan makanan ketika hidangan tengah hari juga perlu dilakukan dengan bijak, misalnya pilihan sayur-sayuran yang lebih banyak berbanding makanan lain serta pilihan cara makanan dihidangkan seperti makanan kukus atau panggang," katanya.

Apapun, beliau menyifatkan, mengawal corak pemakanan saja tidak mencukupi untuk mendapatkan penurunan berat badan bersesuaian. Ini kerana kebiasaannya, mereka yang berjaya menurunkan berat badan hanya dengan menjaga pemakanan akan mencapai penurunan pada tahap tertentu saja.

"Tetapi jika golongan ini menggabungkan kaedah lain terutama senaman, mereka boleh menurunkan berat badan pada kadar yang lebih tinggi sekali gus membantu mereka mencapai berat badan bersesuaian," katanya.

No comments:

Post a Comment