Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Jul 13, 2009

Mesti Tahu

Asid amino sayuran rendahkan tekanan darah


HALIA mampu menghilangkan loya dalam dos yang tertentu.

Penyelidikan oleh Sekolah Perubatan Feinberg di Universiti Northwestern, Chicago, Amerika Syarikat mendapati protein dalam sayuran mampu menurunkan tekanan darah.

Analisis yang dilakukan oleh Prof. Emeritus Dr. Jeremiah Stamler mendedahkan asid amino di dalam sayuran berkait rapat sebagai penyokong tekanan darah apabila berlaku sebarang gangguan berbanding protein yang berasal daripada haiwan.

Jelas Stamler, kebanyakan asid glutamik yang merupakan asid yang lazim dijumpai di dalam asid amino mengandungi 23 peratus protein sayuran dan 18 peratus protein daripada daging haiwan.

EKSTRA: Halia yang mempunyai pelbagai khasiat kini dibuktikan mempunyai kuasa menghilangkan loya bagi pesakit yang baru menjalani kemoterapi.

Endometriosis tingkatkan risiko kelahiran bayi pramatang


RISIKO bayi pramatang bermula sejak seawal kehamilan.


Wanita hamil yang mempunyai masalah endometriosis bukan saja berisiko melahirkan bayi pramatang malah bakal mengalami pelbagai masalah berkaitan kehamilan.

Jelas penulis bersama dari Jabatan Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak Institut Karolinkska di Stockholm, Sweden, Dr. Henrik Falconer, kesakitan akibat endometriosis adalah disebabkan pertumbuhan lapisan tisu pada uterus di bahagian luar abdomen seperti ovari.

Keadaan ini akan menyebabkan wanita sukar hamil. Malah, perhatian serta penjagaan khusus diperlukan sekiranya penghidap penyakit ini hamil kerana risiko bersalin secara tidak normal adalah tinggi.

EKSTRA: Satu pertiga wanita yang didiagnosis mempunyai kanser payu dara sebenarnya menjalani rawatan yang tidak diperlukan.

Strok kecil dedah misteri tekanan dalam mata

Ophthamologis Hong Kong berjaya menghuraikan misteri berlakunya tekanan glaukoma normal selepas pesakit mengalami strok kecil.

Proses kematian tisu yang disebabkan oleh kegagalan pengaliran darah dalam tisu cerebral secara senyap yang dialami pesakit dibuktikan menjadi punca keadaan tersebut.

Pendedahan tersebut dilakukan oleh pemangku koordinator perkhidmatan glaukoma di Hospital Mata Hong Kong, Dr. Dexter Y.L. Leung melalui kajian yang dilakukan ke atas 286 pesakit.

Jelasnya, keadaan tersebut berlaku apabila saluran arteri otak tersumbat dan menyebabkan gangguan pada penglihatan.

EKSTRA: Pelekat khas yang ditampal pada kulit mampu membantu mengurangkan kesakitan ketika migrain. Pelekat itu mengandungi sejenis dadah iaitu sumatriptan yang sebelum ini dibekalkan dalam bentuk pil.

No comments:

Post a Comment