Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Feb 3, 2009

Sepakat didik anak

BAPA melarang, ibu menggalakkan. Seorang kata ‘jangan’, seorang lagi kata ‘tidak mengapa’. Keliru yang mana satu hendak diikut, akhirnya anak membuat keputusan mengikut kemahuan sendiri. Jika ibu atau bapanya menegah, dia masih mempunyai seseorang yang bersetuju dengan tindakannya dan seterusnya menjadi pembela sekiranya dimarahi.

Dalam membesarkan anak, kadangkala ibu bapa tidak sependapat dan sering memberi pandangan berlainan kepada anak. Misalnya, jika ibu mudah cair dengan menunaikan apa saja permintaan anak, bapa pula bersikap lebih tegas iaitu membelikan barangan yang perlu saja atau bersyarat. Ini bagi mengelakkan anak menjadi terlalu manja hingga merosakkan dirinya sendiri atau tidak tahu menghargai sesuatu pemberian.


Ibu bapa perlu mempunyai kesepakatan dalam mendidik anak. Andai ibu tidak berani memberi kata putus terhadap sesuatu perkara, dia boleh meminta anaknya bertanya sendiri kepada bapa untuk mendapat kata putus - boleh atau tidak.

Usah benarkan orang lain campur tangan dalam urusan mendidik anak biarpun ahli keluarga rapat seperti datuk nenek atau adik-beradik. Ini berikutan dikhuatiri anak akan mengadu kepada datuk atau nenek setiap kali dimarahi ibu bapa tanpa merenung kesalahan diri. Datuk dan nenek yang terlalu memanjakan cucu bukan saja menjadi pelindung malah pembela kesalahan.

Untuk melahirkan keluarga yang harmoni dan tenang, suami isteri perlu bertolak ansur dan saling memahami. Sekiranya tidak bersetuju dengan cara didikan pasangan, mereka boleh membincangkannya secara tertutup, bukannya menyatakan pendirian di hadapan anak. Ini akan membuatkan anak kurang hormat kepada pihak yang tidak dipersetujui dan berasa ‘menang’ kerana ada pihak yang menyokong.

Komunikasi dengan anak penting dan berbicara dengan anak mengikut tahap kemampuannya. Berikan nasihat yang singkat, jelas dan tidak membosankan. Terlalu banyak berleter akan menyebabkan anak menjadi lali dan kebal leteran. Setiap kali ibu berleter, anak sengaja memekakkan telinga hingga mesej berguna yang hendak disampaikan pun tidak lagi bermakna.

Elakkan terlalu banyak menegur secara negatif seperti menghamburkan kata kesat, menyindir atau membuat perbandingan anak dengan anak orang lain. Ini menyebabkan anak berasa kecil hati dan menganggap dirinya tidak disayangi.

Luangkan masa bersama anak dan tingkatkan komunikasi dengan mereka. Dampingi mereka dan dengar cerita yang ingin mereka sampaikan. Anak yang tidak dipedulikan ibu bapa lebih senang mencurahkan isi hati kepada kawan rapat.

Selain itu, sesekali babitkan diri dengan permainan kanak-kanak sambil menyelitkan unsur positif dan pengajaran. Anak juga boleh diajak bermain permainan orang dewasa seperti bola sepak, badminton atau tenis.

No comments:

Post a Comment