TEKNIK mengesan kewujudan virus selsema burung terbaru, kebaikan asid zoledronik dan petanda osteoporosis adalah topik ruangan Baik Buruk pada minggu ini. Ikuti perbincangannya.
|
KESAN VIRUS SELESEMA BURUNG
SEBELUM ini, banyak masa diambil untuk mengesahkan kehadiran jenis wabak yang mengancam nyawa manusia. Selesema burung adalah antara penyakit yang sering mencetuskan keresahan penduduk dunia.
|
|
Baru-baru ini Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat, Mike Johanns mengumumkan kaedah baru yang dapat mengesan kewujudan virus selesema burung pada spesies unggas dalam masa empat jam.
Namun, tempoh sehingga seminggu diperlukan untuk mengesahkan sama ada burung itu membawa penyakit selesema burung jalur Asia yang lebih berbahaya.
Selesema burung belum lagi merebak ke bahagian Amerika Utara tetapi ujian terhadap burung migrasi liar telah dijalankan demi aspek keselamatan dan kawalan.
Empat jam juga waktu yang diperlukan untuk mendapat keputusan peringkat awal bagi orang yang dijangkiti virus H5N1.
Pakar penyakit berjangkit khuatir virus selesema burung yang sudah melalui fasa mutasi mudah menjangkiti sesama manusia dan seterusnya mencetus darurat wabak itu di seluruh dunia.
ASID ZOLEDRONIK
PENYELIDIK dari Austria dan Jerman mendapati kandungan asid zoledronik dalam ubat tulang yang ditambah dalam terapi endokrin mampu menambah baik kebarangkalian untuk sembuh bagi wanita pramenopaus yang mengalami barah payu dara peringkat awal.
Kajian bagi jenis barah respons estrogen itu diterajui oleh Dr. Michael Gnant dari Universiti Perubatan Vienna bersama kumpulan pakar dari pusat penyelidikan lain di Austria dan Jerman. Laporan kajian itu telah disiarkan dalam New England Journal of Medicine.
|
|
Asid zoledronik biasanya digunakan untuk mencegah tulang daripada mengalami serpihan di kalangan pesakit barah. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit tulang seperti osteoporosis selepas menopaus.
Seramai 1,803 wanita pramenopaus dengan barah payu dara peringkat awal telah diuji dengan pengambilan goserelin (menghentikan penghasilan estrogen) dan tamoxifen, atau anastrozol (yang merencat aromatase), dan juga asid zoledronik.
Ada beberapa kajian praklinikal telah mengesyorkan bahawa asid zoledronik memiliki agen antiketumbuhan. Manfaat tersebut menggalakkan perkembangan sihat bagi bahagian tulang dan juga bukan tulang bagi pesakit barah payu dara.
|
TIADA SIMPTOM AWAL
PERNAHKAH anda terasa seperti tulang bergemeretap ketika melakukan aktiviti fizikal seperti menuruni tangga atau melompat? Ia disusuli pula dengan rasa sakit pada bahagian yang terlibat. Petanda itu menyarankan bahawa anda menghidap osteoporosis. Berbanding artritis, osteoporosis sebenarnya mengelirukan ramai kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom awal.
|
|
Digelar ‘penyakit senyap’, proses kehilangan jisim tulang berlaku tanpa didahului amaran biologi. Seseorang pesakit sering tidak menyedari bahawa mereka sedang menghadapi masalah itu sehinggalah tulang mereka patah, terutama dalam kemalangan kecil yang sepatutnya tidak membawa apa-apa kecederaan.
Ramai pesakit menyangka tanda-tanda seperti kebengkakan dan kesakitan pada sendi akan berlaku, sedangkan mekanisme antara osteoporosis dan artritis adalah berbeza. Tahap osteoporosis sudah serius ketika ia mula memperlihatkan tanda.
Tanpa rawatan khusus, kesan buruk osteoporosis sangat dramatik. Selain tulang belakang yang menyerpih, tulang pinggul, tulang lengan dan juga mana-mana bahagian tulang lain akan kehilangan jisim.
Dalam erti kata lain, tulang yang rapuh itu mengalami trauma minor ketika membuat kerja-kerja pergerakan asas seperti menundukkan badan, mengangkat barang, melompat atau terjatuh dari posisi berdiri.
No comments:
Post a Comment