Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Jul 30, 2008

Petua Menyuburkan Cinta

“SAYA cinta kamu” atau ‘I love you’, tiga perkataan ringkas tetapi sarat dengan makna yang mendalam.

Hanya perlu diungkapkan dan ia membuatkan hati seseorang melayang sebaik mendengar ungkapan keramat itu.

Bagi pasangan yang baru bercinta, pasti terbayang betapa indahnya alam yang bakal ditempuh sekiranya cinta itu tiada penghalang. Mereka yang sudah melalui detik indah seperti bertunang mahupun menuju ke gerbang perkahwinan, tidak bermakna cinta itu harus dibiar begitu saja tanpa membajanya.

Demi menzahirkan cinta yang sedia intim itu, perkukuhkan lagi benihnya supaya ia terus segar dan bercambah tanpa sebarang halangan. Ertinya, jangan biarkan cinta itu semakin lama semakin pudar, sebaliknya biarkan ia terus membara dan hangat selamanya.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk meluahkan rasa cinta. Apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik itu menjadi saat paling bermakna buat si dia.

Untuk menyuburkan lagi perasaan indah itu antara anda dan pasangan, cuba ikuti petua berikut:
• Tulis dan tampal. Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya, di kerusi, papan pemuka kereta si dia, di komputer riba atau di halaman akhbar yang akan dibacanya.
• Iklan di akhbar. Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman bahkan cinta juga mengajar pasangan erti kewarasan.

Demi membuktikan kesetiaan cinta pada pasangan, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi akhbar yang sering dibaca bersama puisi cinta anda padanya.
• Bukukan cinta. Catatkan kisah perjalanan cinta anda berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel itu pada hari paling bahagia untuk anda berdua. Contohnya, pada ulang tahun hari lahir atau ulang tahun percintaan.
• Pesanan cinta. Rakamkan beberapa baris pesanan cinta anda padanya atau nyanyikan lagu kegemaran anda berdua, lalu kirimkan padanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi khidmat pesanan suara, MP3 atau panggilan secara rakaman video untuk mengungkapkan rasa cinta padanya.
• Koleksi sistem pesanan ringkas (SMS). Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang diterima daripadanya dan tuliskan dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku itu padanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirim itu. Cara ini membuktikan anda menghargai setiap apa yang diucapkannya.
• Menyusun silang kata atau mainan huruf. Kirimkan permainan huruf yang bertulis 'Saya cinta kamu’ atau ‘I love you’ menerusi SMS. Hantarkan satu persatu perkataan supaya si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang anda kirimkan padanya.
• Cinta dalam 100 bahasa. Belajar menyatakan ungkapan ‘saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.
• Kirimkan hidangan tengah hari. Ketika mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ‘saya cinta kamu’ di atas kotak makanan itu.

Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya sehingga kejutan itu membuat diri pasangan rasa hebat.

Apabila hubungan semakin erat terjalin, beberapa kriteria yang lain harus diambil kira. Ia penting bagi menentukan usia perhubungan berterusan dalam jangka waktu yang lama atau ke akhir hayat.

Untuk memupuk rasa cinta berterusan, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan, antaranya:
• Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah sikap saling bekerjasama. Anda dan dia sering saling membantu dalam urusan remeh atau besar.
• Sering menempuh segala aspek kehidupan bersama-sama sehingga semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain. Adakah ia berlaku pada diri anda?
• Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidak dirinya adalah dia bersahaja di depan anda.
• Deria batiniah seolah-olah dapat dibaca oleh si dia apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain.
• Bersama dirinya membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan.
• Dia menjadi orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah.


SUAMI MIANG, ISTERI DINGIN

ANGKA 40 membawa persepsi berbeza pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, lazimnya usia ini dianggap permulaan hidup dan kematangan.

Bagi wanita, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan 'saham mula menurun'.

Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin dan lebih dalam segala-galanya.

Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat!

Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk me nguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin baru.

Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda 'keriangan' luar biasa, diperturunkan sedikit panduan untuk isteri me nyekat suami bermain mata dengan wanita lain.
• Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh mem bangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi usah sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan.

Jika hanya pandai memuji, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.
• Wanita pada usia 40 tahun terutama mereka yang ramai anak, rata-rata sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin.

Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil.

Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak berbicara mengenai seks.
• Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya, sesetengah isteri terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Mereka membiarkan rambut menggerbang macam pe nunggu pohon beringin.

Dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu. Pipi pula berminyak semacam.

Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik lemas.

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan ha ruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.
• Sentiasa senyum. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat. Ingat, lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu.
• Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam.

Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati 40-an, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi.

Tiada lagi bau minyak wangi seperti zaman baru berkahwin dulu, tetapi lebih kepada bau minyak angin.

Jika setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk ‘mencakar’. Ini mungkin nampak remeh, tetapi isteri harus memahaminya.

No comments:

Post a Comment