Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Jul 29, 2008

Bentuk Anak Cemerlang

IMPIAN menjadikan anak hebat dan cemerlang adalah sebahagian impian kebanyakan ibu bapa. Biarpun ukuran kebijaksanaan itu dilakukan dalam pelbagai aspek, ada ka lanya impian ibu bapa yang melampau menjadi beban kepada anak.

Banyak cara dilakukan untuk mengukur sejauh mana kehebatan minda anak. Proses pembentukannya perlu di tanam sejak kanak-kanak iaitu dengan menyediakan mereka ruang ke arah kecemerlangan.


Apa yang ibu bapa perlu lakukan adalah merangsang anak supaya mengeluarkan segala yang terbaik dalam diri mereka, mengenal potensi diri dan berusaha menjadi cemerlang.

Banyak perkara menentukan kecemerlangan anak, an taranya:

# Genetik atau persekitaran. Hampir 80 peratus kebi jaksanaan orang dewasa dikaitkan dengan genetik. Bagai manapun, tanpa persekitaran yang kondusif, kebijaksanaan tidak akan ke mana.

# Makanan untuk otak. Makan dengan bijak untuk kesihatan otak bermula sejak dalam rahim. Selepas dilahirkan, menu ini berterusan dengan susu ibu.

Ajar anak menyukai semua makanan yang sihat dan sedap sebaik saja dia tidak lagi menyusu badan. Ajar anak mencuba semua jenis makanan dan mereka boleh memilih apa yang mereka suka dan tidak selepas itu.

# Bina otot mental. Dr Ingegerd Carlsson daripada Uni versiti Lund, Sweden, berkata untuk melatih minda muda anak, baca sesuatu untuk mereka setiap malam. Stimulasi minat anak dan kecurigaannya serta galakkannya bermain muzik.

Bagaimanapun, muzik klasik seperti gubahan Mozart yang dikatakan boleh membaiki skor IQ tertentu disifatkan sebagai berlebih-lebihan.

Minat dan strategi pembelajaran setiap anak adalah unik. Untuk membangunkan kebijaksanaan dalam diri mereka, jangan abaikan cita-cita dan minat mereka.

Latihan untuk menjadi bijak sebenarnya usaha berterusan. Ditambah dengan diet sihat dan seimbang, anak boleh mencapai kejayaan diidamkan.

Bagi memantapkan lagi kehebatan anak, ajar beberapa perkara supaya jadi amalan sejak kecil. Panduan berikut boleh menjadi landasan penting buat ibu bapa:

# Pengurusan masa. Membuat jadual waktu anak adalah perkara terpenting bagi memastikan sistem pembelajarannya teratur dan sistematik. Apabila ada jadual waktu, kerja anak siap pada waktunya.

Selain itu, pantau perkembangan pembelajarannya dari semasa ke semasa.

# Bijak urus masa. Kebanyakan masalah di sekolah di sebabkan tidak dapat membuat persediaan masa dengan betul. Mereka bermasalah di sekolah bukan kerana tidak cerdik atau kurang bijak tetapi disebabkan gagal mengu ruskan masa dengan baik.

Untuk itu, sediakan senarai untuk setiap keperluan anak yang perlu dibawa ke sekolah dan apa yang perlu dibawa pulang dari sekolah setiap hari.

# Pilih keutamaan. Ada kalanya anak gagal menyiapkan kerja latihan dan tidak tahu mana perlu dimulakan. Oleh itu, ajar anak untuk memberikan keutamaan kepada hal yang pen ting.

# Fokus. Gangguan akan menyebabkan anak mudah hilang tumpuan dan mengambil masa lama untuk menyiapkan sesuatu latihan.

# Motivasi. Perhatikan dan nilai kebolehan anak. Raikan kejayaan atau pencapaian anak tidak kira ia besar atau kecil.

# Luangkan masa untuk riadah. Anak yang terlalu aktif biasanya sukar untuk menumpukan perhatian kepada pe lajaran.

Selepas sekolah, beri peluang anak untuk berehat, men dengar muzik, menonton televisyen dan menikmati minum petang sebelum mengajaknya membuat kerja sekolah.

# Ambil berat. Mengambil berat pelajaran anak adalah suatu perkara yang sangat penting dan terbaik dalam memastikan anak mempunyai sikap yang baik di sekolah serta dapat mengelakkan sikap negatif

No comments:

Post a Comment