Dapatkan CD ROM e-Kamus 5.02 anda sekarang, install ke dalam komputer dan gunakan bila-bila masa serta tidak perlu online lagi untuk mendapatkan rujukan kamus yang pantas. Bagi anda yang terlibat dalam tugas-tugas penyediaan dokumen di dalam Bahasa Melayu, anda akan mendapat faedah berganda dari pembelian e-Kamus 5.02 anda. Ini kerana setiap e-Kamus 5.02 disertakan dengan Sistem Penyemak Ejaan Bahasa Melayu Alaf Eja di dalam MS Words. Penyemak ejaan dengan fungsi yang hampir sama dijual sehingga RM250 oleh pengeluar lain. e-Kamus 5.02 Alaf Teras sememangnya ternyata memberikan lebih nilai untuk wang anda kerana anda mendapat penyemak ejaan Bahasa Melayu ini tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.
Apakah e-Kamus 5.02?
Perisian e-Kamus 5.02 adalah lanjutan daripada teknologi perkamusan yang diinspirasikan daripada e-Kamus Versi 5.01 Edisi Profesional yang telah diterbitkan sehingga Oktober 2005. Bagi memenuhi keperluan pengguna, maka bermula pada tahun 2005 hingga Februari 2006, pihak Alaf Teras telah menaik taraf e-Kamus Versi 5.01 kepada e-Kamus 5.02. Dengan penambahan beberapa fungsi baru yang akan dapat membantu pengguna mencari makna dengan lebih cepat dan tepat, adalah diharapkan e-Kamus 5.02 mampu memberi kelainan kepada pengguna. Kandungan data e-Kamus 5.02 akan sentiasa dikemas kini seperti mana yang dilakukan pada versi sebelumnya. Teknologinya diperbaiki serta dinaik taraf dari masa ke semasa bagi memberi kepuasan kepada pengguna.
Ciri-ciri Terkini Dalam e-Kamus 5.02
Terdapat beberapa ciri yang membezakan e-Kamus versi 5.01 dengan versi terkini iaitu e-Kamus 5.02:
- Sistem pengimbas e-Kamus telah dipertingkatkan bagi membolehkan anda mencari makna perkataan dengan hanya menunjukkan perkataan yang dibaca dengan kursor tetikus bagi mendapatkan maknanya. Fungsi ini yang dipanggil "mouse move" merupakan tambahan dan juga pilihan kepada fungsi "double click" yang menjadi ciri penting dalam e-Kamus versi 5.01 yang terus dikekalkan. Fungsi "mouse move" ini menjadikan e-Kamus lebih menarik dan sangat efektif digunakan bersama dengan aplikasi yang berasaskan teks seperti pelayar web, Microsoft Word, Notepad dan sebagainya terutamanya semasa anda membaca.
- Fungsi "add/remove dictionary" membolehkan pengguna e-Kamus memasukkan kamus baru ke dalam sistem enjin e-Kamus dan membuang kamus yang tidak dikehendaki pada bila-bila masa. Oleh sebab itu dengan membeli e-Kamus 5.02, anda bukan sekadar mendapat kamus sahaja tetapi anda mendapat sistem aplikasi perkamusan yang membolehkan anda membangunkan dan memasukkan kandungan kamus anda sendiri ke pengkalan data e-Kamus di dalam komputer anda.
- "Kamus di dalam kamus" merupakan kaedah terkini yang dipraktikkan di dalam e-Kamus 5.02 di mana pengguna boleh melihat hasil pencarian atau penjelasan melalui tetingkap kamus kecil yang dimuatkan dalam tetingkap induk e-Kamus. Melalui tetingkap kecil e-Kamus, pengguna boleh melihat dengan lebih terperinci setiap penjelasan yang terdapat di dalam kotak penjelasan tetingkap induk e-Kamus.
- Tetingkap e-Kamus telah dipertingkatkan di mana pengguna boleh menukar corak tetingkap e-Kamus mereka pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu kembali ke menu asal e-Kamus. Senarai perkataan cadangan tidak lagi terkumpul dalam satu kotak senarai. Pengguna e-Kamus 5.02 juga boleh menggunakan arrow ke atas dan ke bawah untuk melihat setiap makna yang terdapat pada tetingkap senarai.
- Format kandungan e-Kamus telah dinaik taraf di mana penjelasan makna perkataan dipaparkan dalam format yang lebih menarik dan senang untuk dibaca.
- Kaedah pencarian dalam pelbagai cara yang disediakan dalam e-Kamus 5.02 membolehkan pengguna e-Kamus mendapat keputusan hasil pencarian yang lebih tepat berbanding e-Kamus versi 5.01.
- Kemas kini dan naik taraf kini boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Pengguna e-Kamus kini tidak lagi dibebankan dengan fail yang besar untuk mengemas kini dan menaik taraf perisian mereka melalui kaedah muat turun daripada internet. Tempoh yang diperlukan untuk memuat turun satu-satu fail e-Kamus adalah lebih singkat berbanding sebelum ini. Apa yang lebih penting dan istimewa ialah kemas kini sistem dan naik taraf program yang ditawarkan oleh e-Kamus adalah PERCUMA.
Kandungan e-Kamus
Perisian e-Kamus adalah perisian kamus dwibahasa yang ditunjangi oleh Kamus Melayu-Inggeris dan Kamus Inggeris Melayu Alaf Teras. Walau bagaimana pun, ciri terkini dalam e-Kamus 5.02 membolehkan anda menambah jenis kamus mengikut pilihan anda ke dalam sistem enjin e-Kamus. Antara kamus-kamus yang anda boleh tambah ke dalam sistem enjin e-Kamus ialah:
- Kamus Melayu-Inggeris Pilihan
- Kamus Inggeris-Melayu Pilihan
- Kamus Inggeris-Melayu Pilihan (2)
- Kamus Melayu-Melayu Pilihan
- Kamus Inggeris-Inggeris Pilihan
- Kamus Inggeris-Inggeris Pilihan (2)
- Kamus Istilah Komputer
- Kamus Istilah Matematik
- Kamus Istilah Sains
- Kamus Istilah Kejuruteraan
- Kamus Istilah Perubatan/Kedoktoran
No comments:
Post a Comment