Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

May 13, 2010

Anda melabur di internet????

Pelaburan Internet Perlu Taubat Segera : Kata Mufti Terengganu & Johor




KUALA TERENGGANU, 9.4.2007: Orang ramai terutama masyarakat Islam yang menyertai pelaburan melalui Internet diminta segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan
kerana skim berkenaan tidak menepati hukum syarak.



Mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya, berkata skim berkenaan menimbulkan ‘syubhah' kerana pelabur tidak mengetahui perjalanan sistem pelaburan itu serta jenis perniagaan dilakukan.



Selain itu, katanya, skim berkenaan juga tidak mempunyai sebarang kontrak kerana pelabur tidak tahu individu yang mengendalikan skim berkenaan yang dikhuatiri terdedah kepada masalah penipuan.

"Oleh itu, saya nasihatkan mereka yang menyertai pelaburan melalui Internet itu segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana skim berkenaan tidak menepati hukum syarak," katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Metro Ahad, semalam, yang menyiarkan laporan pelaburan menerusi Internet yang disifatkan sebagai saham neraka.

Ismail berkata, masyarakat Islam sepatutnya mengkaji dulu sebelum membuat pelaburan sama ada perniagaan dilakukan halal atau sebaliknya selain berasaskan sistem yang betul dan bukan berbentuk penindasan.
Menurutnya, sebelum seseorang itu melabur, niat mereka perlu betul dan ikhlas iaitu melabur bertujuan mencari rezeki halal, ibadah dan mendapat keredaan Allah."

Tidak sempurna ibadah berkenaan jika bentuk dan cara pelaburan yang dijalankan itu tidak menepati hukum syarak," katanya. Ismail juga kesal bagaimana ramai masyarakat Islam termasuk di negeri ini yang sanggup menyertai skim pelaburan berkenaan walaupun mengetahui pelaburan dijalankan tidak memenuhi hukum syarak.

"Jika tidak tahu, mereka sepatutnya bertanya kepada jabatan berkaitan atau merujuk kepada pakar ekonomi Islam bagi mengetahui lebih lanjut sama ada skim itu halal atau sebaliknya.

"Mereka sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran lumayan diberikan. Kita bimbang yang berpangkalan di luar negara ini menjadi wabak serius kepada umat Islam sekali gus mengundang pelbagai masalah kekeluargaan.

"Contohnya, jika wang diperolehi hasil pelaburan yang tidak memenuhi syarak itu digunakan untuk kehidupan keluarga, ia bakal menjadi darah daging dan boleh merosakkan pemikiran umat Islam," katanya.

Beliau berkata, bagi yang sudah terlanjur, mereka perlu menghentikan segera pelaburan itu selepas mengambil semula modal dilaburkan."Bagi yang sudah mendapat keuntungan dan membelanjakan wang hasil pelaburan Internet itu, mereka perlu menyerahkannya kepada baitulmal," katanya.

Mufti Johor syor kaji isu pelaburan menerusi Internet 

KUALA LUMPUR: Mufti Johor, Datuk Noh Gadut akan mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji isu pelaburan menerusi Internet yang semakin berleluasa kini sebelum ia dijadikan fatwa bagi mengelakkan lebih ramai umat Islam terbabit dalam pelaburan yang meragukan itu.

Beliau berkata, siasatan menyeluruh perlu memandangkan caranya beroperasi masih samar-samar.

“Oleh itu, kami minta pihak terbabit dengan skim ini tampil untuk memberi maklumat terperinci atau membantu kami berhubung perkara ini, mereka boleh menyelamatkan ramai orang jika mereka sanggup datang,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh menyiasat untuk memastikan kesahihannya.

Noh berkata, pada pandangan beliau, pelaburan menerusi Internet ini adalah haram memandangkan terdapat beberapa unsur yang membawa kepada perkara yang mengharamkan. 
“Ia mempunyai faktor riba, judi, tidak jelas, piramid dan skim cepat kaya serta penipuan. Kita tidak tahu keuntungannya datang daripada sumber mana dan jika dilihat skim itu menawarkan perniagaan atas wang orang lain.
"Tidak ada usaha sendiri malah menempel pada wang orang lain sedangkan dalam Islam perniagaan perlu datang dari usaha sendiri,” katanya.

Metro Ahad semalam melaporkan ramai umat Islam kini ghairah menjadi orang kaya baru atau OKB dengan melabur di dalam skim di Internet tanpa mengetahui keuntungan diperoleh yang menjadi darah daging mereka itu adalah haram.

Malah ada beberapa pelabur yang sanggup berhenti kerja kerana tertarik dengan pulangan lumayan mencecah lima angka yang diperolehi hanya selepas beberapa bulan melabur di dalam skim pelaburan Internet.

Sebelum ini, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah sebuah institusi kewangan Islam antarabangsa di Malaysia, Zaharuddin Abdul Rahman memberi amaran, pulangan yang diterima daripada skim di Internet adalah haram.
Noh juga menasihatkan mereka yang terbabit perlu berhenti serta-merta dan bertaubat kepada Allah manakala mereka yang menganjurkannya juga perlu berhenti kerana dianggap bersubahat.
“Wang yang diperolehi daripada skim ini tidak boleh diguna dan jika ada yang sudah menerimanya, mereka perlu menyerahkannya kepada Baitulmal. Jika digunakan ia akan menjadi darah daging kita dan bimbang ia membawa mudarat.

“Dalam salah satu hadis nabi ada menyatakan sesuatu yang disuburkan daripada benda yang haram, neraka adalah tempat yang paling layak,” katanya.

No comments:

Post a Comment