INGIN tahu mengenai penemuan-penemuan baru dunia perubatan?
|
Kimoterapi rawat kanser pankreas
HINGGA kini, kanser pankreas adalah penyakit yang paling sukar dirawat. Namun kajian terbaru mendapati teknik kimoterapi mampu mengubati penyakit tersebut.
Menurut pembantu profesor perubatan pusat kesihatan Gastrointestinal di Hospital New York-Presbyterian, Dr. Allyson J. Ocean, eksperimen ke atas tikus makmal yang diberikan ubatan kimoterapi iaitu gemcitabine (Gemzar) menunjukkan perkembangan positif terhadap pembangunan sel baru dalam melawan kanser pankreas.
EKSTRA: Dakwat daripada mesin pencetak yang diliputi bahan kimia N-propyl-acrylamide dan acrylate tints dikenal pasti sebagai pencetus alahan asma, kata kajian pakar paru-paru di Hospital Lenox Hill, New York City, Dr. Len Horovitz.
Cola undang penyakit otot
KAJIAN mendapati pengambilan cola yang kerap akan mengundang hipokalemia iaitu sejenis penyakit berkaitan kejatuhan paras potasium dalam darah yang menyebabkan masalah fungsi otot.
Jelas pakar dari Universiti Loannina, Greece, Dr. Moses Elisaf, kajian tersebut membuktikan kandungan asasnya iaitu glukosa, fruktosa dan kafein merupakan penyumbang risiko terhadap penyakit diabetes, gigi dan perkembangan metabolik malah turut melibatkan kepelbagaian fungsi otot yang terjejas.
EKSTRA: Kemerosotan fungsi dalaman telinga menyebabkan warga emas berisiko jatuh atau hilang imbangan secara serius. Pendedahan ini dilakukan oleh Profesor dan Pengarah Otolaringologi di Sekolah Perubatan Universiti John Hopkins, Dr. Lloyd B. Minor.
Ibu gemuk punca anak asma
|
Malah peluang anak mereka menghidap masalah pernafasan juga akan meningkat sekiranya si ibu juga turut mempunyai masalah asma dan gemuk.
EKSTRA: Menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, wanita mengandung perlu mengambil ubatan pencegahan selesema dengan lebih kerap kerana mereka lebih berisiko berbanding wanita tidak mengandung.
No comments:
Post a Comment