INGN tahu kebaikan mentega kacang, minyak ikan dan tidur kepada anda?
Mentega kacang elak penyakit jantung
SANDWIC mentega kacang mungkin menjadi rahsia dalam melawan penyakit jantung.
Menurut penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard, snek berasaskan kacang atau mentega kacang yang diambil sekurang-kurangnya lima kali seminggu mampu mengurangkan risiko penyakit tersebut.
Malah memasukkan elemen kacang di dalam diet adalah amat baik kerana ia mengandungi larutan lemak yang rendah yang seringkali meningkatkan tahap kolesterol.
EKSTRA: Penemuan sejenis bahan kimia yang digunakan bagi proses melembutkan plastik agar ia fleksibel di dalam tali pusat janin terbukti menjadi punca terhadap kelahiran bayi tidak cukup berat, menurut ketua penyelidik dari Majlis Populasi Antarabangsa, Dr. Renshan Ge.
Minyak ikan bantu pulihkan penglihatan
MEREKA yang mengalami kemerosotan mata berkaitan usia dinasihatkan agar lebih kerap mengambil minyak ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Kandungan asid berlemak omega-3 yang terkandung di dalam ikan mampu melambatkan perkembangan penyakit tersebut, jelas penyelidik dari Universiti Tufts, Boston dalam Jurnal Ophthalmologi British.
EKSTRA: Pemberian hormon progesteron bagi membantu kehamilan kembar sebenarnya boleh menyebabkan kehamilan tidak matang, menurut kajian dari Universiti Edinburgh.
Tidur atasi masalah
SEKIRANYA anda mempunyai masalah untuk diselesaikan, pakar menasihatkan anda agar tidur dengan masalah tersebut.
Kajian oleh pelajar perubatan di Universiti California, San Diego mendapati pergerakan pantas mata ketika tidur akan mencetus penyelesaian kreatif bagi masalah yang sedang dihadapi.
Ini dilakukan dengan pembentukan jaringan aktif di dalam otak sekali gus memberi ruang penyelesaian masalah ketika tidur.
EKSTRA: Orang dewasa yang mengalami masalah insomnia turut mempunyai abnormaliti pada saraf-kimia yang menyebabkan mereka sukar menutup minda untuk tidur pada waktu malam, jelas penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard, Dr. John Winkelman.
No comments:
Post a Comment