Kenapa
Anda Perlu Memiliki Satu Plan Takafulink dan Kad Perubatan Prudential BSN
Takaful Berhad (PRUBSN) ?
1. Kad Perubatan (Medical Card) Prudential BSN Takaful
(PRUBSN) Berhad adalah "GUARANTEED
RENEWAL AND NON CANCELABLE" Sekiranya
anda sudah mempunyai takaful perubatan kami boleh melindungi anda sehingga umur
80 tahun*.
2. Prudential BSN Takaful Berhad (PRUBSN) berikan anda ELAUN
HOSPITAL sekiranya anda memasuki hospital
kerajaan dan swasta. Contohnya RM400 sehari. Sesetengah syarikat lain hanya
akan memberikan elaun sekiranya anda masuk ke hospital kerajaan
sahaja tetapi tidak untuk hospital pakar . Jadi apakah
keperluan anda mempunyai takaful perubatan sekiranya anda akan dibayar elaun hospital apabila
masuk ke hospital kerajaan sahaja. Sedangkan anda membayar perlindungan untuk
mendapatkan rawatan di hospital pakar.
3.
Kebanyakan hospital pakar adalah panel hospital bagi pihak Prudential BSN
Takaful Berhad (PRUBSN) jadi cuma tunjukkan kad perubatan (medical
card) anda sudah boleh mendapatkan rawatan. Anda tidak perlu membayar
dahulu (cashless), kos yang anda perlu bayar hanya 10% (antara minimum RM300 dan maksimum RM1000 semasa discharge).
Contoh :-
* Sekiranya bil rawatan anda RM2000, 10% adalah RM200 tetapi anda
perlu bayar RM300 semasa discharge
* Sekiranya bil rawatan anda RM3000, 10% adalah RM300 dan anda
perlu bayar RM300 semasa discharge
* Sekiranya bil rawatan anda RM10000, 10% adalah RM1000 dan anda
perlu bayar RM1000 semasa discharge
* Sekiranya bil rawatan anda RM50000, 10% adalah RM5000 tetapi
anda hanya bayar RM1000 semasa discharge
Kemasukan ke hospital adalah tertakluk kepada deposit
semasa pendaftaran, maksimum sehingga RM500 - mampu
disediakan dalam masa terdekat) Sekiranya
tiada kad perubatan (medical card) anda perlu menyediakan amount yang
besar untuk mendapatkan rawatan dalam wad contoh deposit yang diminta oleh
hospital swasta:
Rekod ini adalah berdasarkan pada tahun 2003(sekarang 2015) di salah satu
hospital pakar.
Appendix - Deposit RM3,500, Kos Rawatan RM4000 hingga RM5000
X-Knife - Deposit RM20,000, Kos Rawatan RM22,000 hingga RM25,000
Cranoitomy - Deposit RM10,000 Kos Rawatan RM10,000 hingga RM25,00
4. Prudential
BSN Takaful Berhad (PRUBSN) beri anda NON
CLAIM BONUS (NCB) untuk Kad
Perubatan (Medical Card) Takafulhealth sehingga RM500* sekiranya anda
tidak membuat apa-apa tuntutan perubatan.
5. Perlindungan Kad
Perubatan (Medical Card) Prudential BSN Takaful Berhad
(PRUBSN) adalah yang PALING TINGGI dalam industri takaful,
minimum pelindungan adalah RM 500,000 dan maksimum RM4,000,000
6. Sekiranya anda "diagnosed" dengan
penyakit kritikal anda tidak perlu membuat sumbangan bulanan lagi. Sumbangan
anda akan disambung oleh Prudential BSN Takaful Berhad (PRUBSN) selagi
anda masih hidup @ sehingga umur 80 tahun dan anda masih dilindungi. Dalam
ertikata lain, polisi anda adalah PERCUMA dan duit
simpanan akan berkembang.
7. DUIT SIMPANAN anda
tidak akan ditolak walaupun anda telah membuat tuntutan. Simpanan anda tidak akan
terganggu walaupun sekiranya anda ada masalah kesihatan.
8. Terdapat manfaat-manfaat lain yang anda boleh
masukkan bergantung kepada budget bulanan anda. PlanTAKAFULINK adalah FLEKSIBEL dan TIADA TEMPOH MATANG untuk membuat pengeluaran ke atas simpanan anda.
9. TEMPOH
PERLINDUNGAN Prudential BSN
Takaful Berhad (PRUBSN) adalah yang paling panjang untuk dalam
industri takaful iaitu 80 tahun, jika dibandingkan dengan dengan pesaing
kami iaitu 55 tahun dan 62 tahun. Ini bermakna anda perlu membeli perlindungan BARU sekiranya
plan anda tamat pada 55 ataupun 62 sedangkan pada masa itu sekiranya anda ingin
mengambil plan baru jumlah sumbangan anda adalah 5 KALI GANDA pada
masa itu dan plan ini hanya boleh diambil sekiranya anda MASIH SIHAT (ramai yang menghadapi masalah
diabetis, kencing manis dan jantung pada umur 50-an dan ke atas dan kebanyakkan
kes akan ditolak sekiranya sudah mempunyai risiko yang disebutkan tadi). Apakah "GUARANTEE"
anda masih sihat pada umur 55 dan ke atas sedangkan pada masa itu risiko untuk
mendapat sakit adalah lebih tinggi. Perlindungan diberikan kepada yang sihat
sahaja. TAKAFUL
DIAMBIL SEMASA ANDA TIDAK PERLUKANNYA.
HUBUNGI SEKARANG UNTUK RUNDINGAN
PERCUMA. 019-6434876
Perbezaan Insurans Konvensional Dan Takaful
Ramai yang keliru bila membicarakan mengenai konsep
takaful dan perbezaannya dengan insuran konvesional. Kebanyakkan prospek dan
pelanggan yang saya temui rata-ratanya mengatakan bahawa pelan perlindungan
yang ditawarkan oleh syarikat takaful adalah sama sahaja dengan konsep insuran
konvesional iaitu kedua-duanya bertujuan untuk memberi perlindungan kepada
individu atau entiti yang dilindungi. Walaupun tujuannya sama iaitu memberi
perlindungan & mengurang impak kerugian apabila berlaku malapetaka, hakikat
yang sebenar ia jauh berbeza dari segi akad & niat transaksi. Perkara ini
telah diulas dengan baik oleh Ustaz Zaharuddin di laman webnya seperti petikan
yang saya sertakan dibawah. Renung-renungkan & selamat beramal.
Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis
yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang
terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul
dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu,
bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia
juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah
mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat
Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat
Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad
derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan
untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah
kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa
jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana,
ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat
diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat
Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
- a) Tabarru' dan Mudarabah
- b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara
panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia
dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal
memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi
menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila
diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil
sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga
berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas
dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia
berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah
tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan
dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus)
setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan
menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi
ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konvesnional menjadikannya
bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful
yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk
jadual ;-
Konvensional (TIDAK halal)
|
Takaful (HALAL)
|
Kontrak
Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang
diinsurankan
|
Kontrak
Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
|
Pemegang
polisi membayar premium kepada penanggung insuran
|
Peserta
membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di
bawah skim.
|
Penanggung
insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan
daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
|
*
Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful
daripada kumpulan wang takaful.
|
|
*
Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful
akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung
kekurangan berkenaan.
|
Pelaburan
kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah
|
Aset
kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari
dengan Shariah.
|
Wang
pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar
oleh pelanggan.
|
Wang
pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak
dimiliki oleh pengendali
|
Keuntungan
yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh
syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
|
Keuntungan
hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat
kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn
adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
|
Pencarum
tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'
|
Lebihan,
untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada
pencarum.
|