Lahirnya Imam Mahdi
Ertinya:Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku".
(H.R Termizi)
Keterangan
Hadis
ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat
sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang
lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan
keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum
muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluarlah
Dajal dan turun pula Nabi Isa 'alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akan
membunuh Dajjal itu.
Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir disaat umat Islam berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu dan berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dbawah kekuasaan Islam.

No comments:
Post a Comment