Huzaifah
Ibnu Yaman r.a berkata : “Rasulullah SAW menceritakan kepada kami dua
buah hadis, aku telah melihat salah satunya dan aku menunggu yang satu
lagi. Nabi menceritakan kepada kami bahawasanya amanah itu turun ke
dalam pangkal (akar) jiwa (hati) manusia, kemudian mereka pun
mengetahui sebahagian al-Quran, sesudah itu mereka mengetahui sebahagian
sunah. Dan nabi menceritakan kepada kami tentang pencabutan amanah.
Sabdanya yang bermaksud : “Seorang lelaki tidur lalu dalam keadaan
tidur, dicabut amanah dalam hatinya, maka tinggal bekas amanah seperti
kesan sesuatu warna yang menyalahi warna asal, warna yang agak hitam.
Kemudian ia tidur lagi lalu dicabut lagi amanah, maka tinggallah
bekasannya yang merupakan kembung-kembung di tangan lantaran banyak
bekerja dengan menggunakan kapak seperti bara api yang engkau
guling-gulingkan di atas kaki mu lalu kembunglah kaki itu dan engkau pun
melihatnya sudah bengkak dan penuh dengan air, padahal tidak ada
apa-apa di dalamnya. Kerana manusia berjual beli tetapi hampir-hampir
tidak ada seorang pun yang amanah lalu seseorang pun berkata”
Sesungguhnya dalam golongan bani fulan ada seorang yang boleh dipercayai
dan dikatakan kepada orang itu : “Alangkah tinggi akalnya, alangkah
bijak bestarinya dan alangkah hebat ketabahannya. Padahal tidak ada di
dalam hatinya sedikit pun keimanan walaupun seberat biji sawi. Dan
sesungguhnya telah datang kepada ku suatu masa (telah berlalu suatu
masa). Aku yang pada masa itu tidak peduli siapakah di antara kamu aku
berjual beli dengannya. Demi Allah sungguh jika ia Muslim, nescaya
keislamannya akan menolaknya kepada ku dan jika ia Nasrani, nescaya
pengurus urusannya akan kembalikan kepadanya. Sedangkan pada hari ini
aku tidak lagi berjual beli melainkan dengan si anu dan si anu.”
(al-Bukhari 81:35 ; Muslim 1:62)
Amanah hilang dari hati manusia sedikit demi sedikit. Pada awalnya ia
hanya meninggalkan titik hitam dan semakin lama titik hitam tersebut
menjadi semakin jelas hingga menggelapkan hati sekali gus menghilangkan
sirnanya. Malah dikatakan amanah itu adalah nilai keimanan itu sendiri.
Dahulu, jika dalam melakukan urusan jual beli seseorang yang Muslim
bersifat amanah kerana agamanya yang menuntut ia bersifat demikian.
Seorang Nasrani pula bersifat amanah kerana pengurusnya menyuruh ia
bersifat demikian. Namun pada masa kini, amanah seakan hilang. Tidak ada
sesiapapun yang layak diberi kepercayaan penuh sama ada Muslim mahupun
kafir. Semua ini disebabkan keimanan manusia yang semakin rapuh dan
luntur, mudah digoda dan tergoda oleh habuan dunia. Hilang amanah hingga
sanggup menerima rasuah, menipu dan menyelewengkan harta. Justeru
sebagai manusia yang beriman hendaklah kita sentiasa memohon kepada
Allah SWT agar dikekalkan dengan sifat amanah dan mempunyai keimanan
yang teguh dan mantap.
No comments:
Post a Comment