Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut
perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg
All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja
kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui
mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang
berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan
menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween
ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume
parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca
kisah seram dan menonton filem seram.(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Halloween)
Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut
agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada
tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak
samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai
pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah
masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam
Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik
nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan
Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.
Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam.
Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan
kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk
merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai
identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain.
Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan
akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama
dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh
mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan
peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
(Al-Hajj ayat 67)
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.
No comments:
Post a Comment